CABARAN SARAPAN 5 HARI DENGAN SUSU DUTCH LADY PUREFARM



CABARAN SARAPAN 5 HARI DENGAN SUSU DUTCH LADY PUREFARM  Assalamualaikum Dan Selamat Malam, Hai reader semua.. Hari yang kuat memerlukan permulaan yang mantap. Memandangkan susu adalah salah satu minuman yang bernutrisi daripada alam semulajadi, susu Dutch Lady PureFarm menjadi pilihan yang lazat dan berkhasiat untuk keluarga Malaysia pada waktu sarapan untuk menyemarakkan pagi mereka bagi mengharungi cabaran sepanjang hari.

Sarapan pagi sering diabaikan kerana kita selalu tergesa-gesa untuk keluar bekerja atau ke sekolah, walaupun ianya merupakan salah satu hidangan yang paling penting. Selepas tidur semalaman, badan kita memerlukan banyak khasiat, dimana hidangan terakhir yang kita ambil adalah 8 hingga 12 jam sebelum tidur. Inilah sebabnya sarapan bernutrisi itu penting untuk permulaan hari yang kuat. Sarapan membantu meningkatkan tahap tenaga yang diperlukan oleh badan kita untuk melakukan aktiviti seharian. CABARAN SARAPAN 5 HARI DENGAN SUSU DUTCH LADY PUREFARM 

CABARAN SARAPAN 5 HARI DENGAN SUSU DUTCH LADY PUREFARM, SUSU DUTCH LADY PUREFARM,


CABARAN SARAPAN 5 HARI DENGAN SUSU DUTCH LADY PUREFARM 

PERMULAAN HARI YANG KUAT DENGAN PROTEIN DARIPADA SUSU

Minum segelas susu Dutch Lady PureFarm untuk melengkapkan sarapan anda


Tetapi kita tidak semestinya mengambil sarapan pagi yang berlebihan untuk memulakan hari kita. Sebenarnya, satu gelas susu sudah dapat memberi kita nutrisi yang diperlukan dengan mudah dan cepat, serta cukup senang disediakan pada waktu pagi terutamanya ketika kita tidak mempunyai masa yang untuk menyediakan sarapan.


Bukannya mudah untuk mendapatkan semua nutrien yang diperlukan dalam satu hidangan, tetapi dengan minum susu, ia membantu memenuhi nutrien yang diperlukan oleh badan kita. Kebanyakan orang menyedari bahawa susu kaya dengan kalsium, tetapi susu sebenarnya membekalkan nutrien penting lain yang tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, seperti protein. Tambahan pula, segelas susu sewaktu sarapan membantu badan kita bersedia untuk menyerap lebih banyak nutrien daripada makanan yang diambil sepanjang hari anda.

"Sejak tahun 1963, Dutch Lady Malaysia terus berusaha memenuhi misi untuk membina warga negara yang sihat serta membina keluarga yang kuat. Selama 55 tahun , kami menggalakkan warga Malaysia untuk bersarapan dengan susu bersama keluarga mereka. Nutrien daripada susu membantu membina keluarga yang lebih kuat dan sihat. Keluarga dapat mengeratkan silaturahim antara satu sama lain semasa menjamu sarapan pagi bersama. Yakni, kedua-duanya adalah sama penting bagi kita untuk permulaan hari yang kuat," kata Ramjeet Kaur Virik, Pengarah Pemasaran untuk Dutch Lady Malaysia.


CABARAN SARAPAN 5 HARI DENGAN SUSU DUTCH LADY PUREFARM, SUSU DUTCH LADY PUREFARM,

BAGAIMANA SUSU MEMBINA KELUARGA YANG KUAT? 

Pakar Pemakanan dari Dutch Lady Malaysia, Tan Huey Ghee ada jawapannya: "Protein dalam susu bertindak sebagai blok pembina bagi otot, tulang, rambut dan kuku1 kita, ia juga memainkan peranan penting dalam pelbagai proses biokimia, termasuk pembentukan, pengawalan, pembaikan dan perlindungan badan kita. Anda boleh katakan bahawa protein adalah nutrien penting yang menyelenggara serta memelihara badan kita supaya berfungsi dengan lancar untuk melakukan aktiviti seharian".

"Kajian menunjukkan bahawa protein dalam susu mengandungi 9 asid amino penting (EAA) dan lebih mudah dihadam berbanding dengan sumber protein lain2. Dengan erti kata lain, susu adalah sumber yang mudah untuk memperolehi protein yang berkualiti tinggi," katanya.

Tan seterusnya menjelaskan: "Tidak seperti lemak badan, protein tidak boleh disimpan oleh badan kita untuk kegunaan masa depan. Ini bermakna kita bergantung kepada makanan harian untuk memenuhi keperluan protein kita. Oleh itu, sarapan pagi kita haruslah membekalkan sekurang-kurangnya 20% hingga 25% daripada keperluan nutrisi harian kita3".

SUSU DUTCH LADY PUREFARM


Bonde memilih Susu Dutch Lady PureFarm setiap pagi bagi membantu mengekalkan tenaga di waktu pagi.

Untuk itu Bonde sahut...

SUSU DUTCH LADY PUREFARM

CABARAN SARAPAN 5 HARI DENGAN SUSU DUTCH LADY PUREFARM 


CABARAN SARAPAN 5 HARI DENGAN SUSU DUTCH LADY PUREFARM, SUSU DUTCH LADY PUREFARM,


Hari Pertama: Sarapan yang dibekal oleh Dutch Lady iaitu Mee Goreng Mamak Special + Segelas Susu Dutch Lady PureFarm


CABARAN SARAPAN 5 HARI DENGAN SUSU DUTCH LADY PUREFARM, SUSU DUTCH LADY PUREFARM,


Hari Kedua : Super Gran & Seed Granola + Sebiji Pisang + Hirisan kiwi halwa + Segelas Susu Dutch Lady PureFarm



CABARAN SARAPAN 5 HARI DENGAN SUSU DUTCH LADY PUREFARM, SUSU DUTCH LADY PUREFARM,


Hari Ketiga : Double Choc Muffin + Sebiji Pisang + Segelas Susu Dutch Lady PureFarm


CABARAN SARAPAN 5 HARI DENGAN SUSU DUTCH LADY PUREFARM, SUSU DUTCH LADY PUREFARM,


Hari Keempat : Cornflakes _ Sebiji Pisang + Buah kismis + Segelas Susu Dutch Lady PureFarm



CABARAN SARAPAN 5 HARI DENGAN SUSU DUTCH LADY PUREFARM, SUSU DUTCH LADY PUREFARM,


Hari Kelima : Oat + Sebiji Pisang + 3 keping biskut oat + Segelas Susu Dutch Lady PureFarm

MANFAAT MINUM SEGELAS SUSU DIWAKTU PAGI

"Minum susu Dutch Lady PureFarm pada waktu pagi membawa banyak perbezaan dalam pengambilan protein kita - hanya dengan minum satu gelas sahaja dapat membantu anda memenuhi lebih daripada 50% keperluan protein yang diperlukan sewaktu sarapan dengan cara yang mudah," 

Sebagai susu No.1 di Malaysia, Dutch Lady PureFarm penuh dengan khasiat. Minum segelas susu dapat membekalkan badan kita dengan nutrien penting, seperti:

Protein membantu membina dan memperbaiki tisu supaya badan kita berfungsi dengan baik

Kalsium merupakan kunci tumbesaran dan perkembangan tulang dan gigi yang kuat untuk kanak-kanak dan membantu orang dewasa mengekalkan jisim tulang yang sihat untuk gaya hidup yang aktif

Vitamin A membolehkan mata kita berfungsi dengan baik dan membantu kita kekal fokus, sama ada di sekolah dan di tempat kerja

Vitamin B2 menyokong pelepasan tenaga daripada karbohidrat, lemak dan protein

Vitamin D membantu penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus.


CABARAN SARAPAN 5 HARI DENGAN SUSU DUTCH LADY PUREFARM, SUSU DUTCH LADY PUREFARM,

SERTAI SEKARANG PERADUAN SARAPAN PAGI #dutchlady breakfastchallenge

Mulakan hari anda dengan kuat bersama khasiat dari segelas susu Dutch Lady PureFarm sewaktu sarapan! Sertai peraduan sarapan pagi #dutchladybreakfastchallenge menerusi dalam talian dan rebutlah peluang untuk memenangi hadiah menarik yang bernilai lebih daripada RM35,000 dengan hanya melengkapkan sarapan pagi anda bersama susu Dutch Lady PureFarm yang bermula pada 8hb Oktober sehingga 11hb November 2018!

Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Dutch Lady Malaysia di www.facebook.com/spread.the.goodness.of.milk atau www.dutchlady.com.my



~ Bonde Senyum Riang ~





Catat Ulasan

24 Ulasan

  1. wahhhhh menu semua nampak sedap walaupun simple je!

    BalasPadam
  2. sedapnya susu ni! dalam tempat simpan makanan sha pun ada susu dutch lady hehehe

    BalasPadam
  3. Susu kaya dengan vitamin, kalsium, protein, dan pelbagai nutrisi lengkap utk hidangan sekeluarga. Susu Dutch Lady memang sedap...

    BalasPadam
  4. susu yang memang enak dari dulu lagi! nyum2!

    BalasPadam
  5. itulah sedap bak hang susu putih ni. kita dulu tak minum susu putih ni tapi lepas rasa sendiri ek sedap plak hah...

    BalasPadam
  6. meriahnyaa breakfast! gambar pun cantik ! all the best ya bonda moga murah rezeki nanti

    BalasPadam
  7. Susu Dutch Lady susu pilihan ana sekeluarga. Memang berkotak2 stok ada dekat rumah tu.

    BalasPadam
  8. syok nya berbreakfast dengan dutch lady... breakfast the most important meal of the day.. it's great to eat healthy!

    BalasPadam
  9. Zaza pula yang rasa terliur tgk susu dgn sarapan akk tu.. Pnh rasa yg coklat je.. Full cream tak lagi.. Nanti nak beli lah

    BalasPadam
  10. wahh tahniah kak zaida dah selesaikan cabaran. yes, breakfast mmg sgt penting utk mulakan hari. tambah2 dpt minum susu setiap pagi, lagi bagus. mmg feveret susu dutch lady nie !

    BalasPadam
  11. Lepas ni kena consume susu dh..tk boleh dh makan minum suka2...kena betulkan semula pemakanan

    BalasPadam
  12. Susu dutchlady ni memang pilihan kami sekeluarga sejak dulu lagi. Rasanya pun segar je. Bila join cabaran selama 5 hari ni rasa seronok pulak. Sejak dari tu setiap pagi kinah minum segelas susu. Nak sihat katanya

    BalasPadam
  13. Susu memang bagus untuk kita minum. Banyak khasiat. Sarapan dengan susu dengan mulakan kerja dengan penuh bertenaga. .Susu dutch lady sedap.. Nad suka yang coklat

    BalasPadam
  14. Good luck akak. Emi pun join jugak cabaran ni, tapi belum sempat buat blogpost lagi. inshaAllah sehari dia lagi emi publish entry.

    BalasPadam
  15. SEdap sedap belaka menu sarapan pagi..lagi sedap bila ada susu Dutch Lady kan..dah la sedap, sihat plak tu

    BalasPadam
  16. Saya pun selalu minum susu masa sarapan pagi. Sebab senang macam-macam boleh buat.

    BalasPadam
  17. Breakfast ni penting kan jarang orang amalkan. Lengkap 5 hari bonde punya breakfast. Lagi lengkap breakfast dengan minum susu ducth lady .

    BalasPadam
  18. Good luck utk entri ni. Betul bonda sarapan mmg sangat penting. Untuk lebih tenaga dan kesihatan yg baik

    BalasPadam
  19. Wah bonde. Hari hari minum susu nampak

    BalasPadam
  20. setiap pagi minum susu..bagus²..sedapnya menu setiap hari...

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.