Resepi Daging Masak Kerutuk Assalamualaikum Dan Selamat Petang, hai reader semua,Pertama kali Bonde cuba memasak menu Daging Masak Kerutuk ini, Bonde tak pernah makan menu ni sebelum ni, jadi tak tahu rasanya macam mana, Dengan menggunakan Serbuk Kerutuk Adabi maka terhasillah menu ini, mudah dan simple sahaja menu ni... rupa tak penting yang penting rasanya sedap dan lazat. Asal usul nama Masak Kerutuk ni pon Bonde tak tahu, Ada terbaca popular di negeri Kelantan tak tahu betul ke tidak.(maaf kalau salah)Resepi Daging Masak Kerutuk
Maklumlah kalau dah pencen nanti bolehlah Bonde cuba macam-macam resepi sebab memang suka mencuba macam-macam masakan.
Resepi Daging Masak Kerutuk
Resepi Daging Masak Kerutuk
Bahan-bahannya:
500 gram Daging (rebus hingga empuk Bonde empukkan dalam 15 minit sahaja guna Dapur dan Periuk AMC)
2 Labu bawang besar (dihiris)
5 ulas bawang putih (dihiris)
3 batang serai (dihiris)
1 paket kerisik
1 paket serbuk kerutuk Adabi
500 ml santan kotak
3 serangkai ( bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga)
sedikit garam
sedikit serbuk cukup rasa maggi
Cara-cara memasak :
Kali ini, Bonde gunakan dapur AMCMalaysia secara manual, setting kepanasan api ke nombor 4 untuk panaskan minyak, masukkan serbuk kerutuk, bawang merah dan bawang putih dan serai, biarkan ianya garing.. dan masak rata.
Masukkan daging dan santan, kacau rata.. settingkan kepasan api ke nombor 5 dan 6 untuk ianya masak sempurna dan lebih cepat, selepas itu masukkan garam dan serbuk cukup rasa maggi, seterusnya masukan kerisik dan biarkan ia kering sedikit. tutup suiz api dan padamkan plug.
Sedia untuk dihidangkan!
Masakan Daging kerutuk kali ni, Bonde buat tak pedas next time boleh letak cili api belah dua kalau nak pedas dan tambah kentang. Lauk macam ni sesuai dimakan bersama nasi minyak, nasi berani, nasi impit dan pulut tanak, kalau tak ada nasi putih pon boleh he he he
1- Set Dapur dan Periuk AMC Malaysia memudahkan kerja-kerja memasak Bonde.
2- Bahan yang dimasak menggunakan Set Dapur dan Periuk AMC Malaysia adalah masak paling sempurna.
3- Kualiti kesegaran makanan kekal tidak teralu masak.
4- Makanan yang dimasak masih mengandungi kualiti dan zat makanan.
5- Dapur Bonde tidak kotor kerana tidak ada masakan yang tepercik keluar.
5 PERKARA YANG MENJADIKAN PERIUK AMC PILIHAN BONDE:
1- Set Dapur dan Periuk AMC Malaysia memudahkan kerja-kerja memasak Bonde.
2- Bahan yang dimasak menggunakan Set Dapur dan Periuk AMC Malaysia adalah masak paling sempurna.
3- Kualiti kesegaran makanan kekal tidak teralu masak.
4- Makanan yang dimasak masih mengandungi kualiti dan zat makanan.
5- Dapur Bonde tidak kotor kerana tidak ada masakan yang tepercik keluar.
Untuk maklumat lanjut tentang Set Dapur & Periuk AMC Malaysia anda bolehlah layari mediasosial AMC Malaysia yang berikut :
Instagram : amcmalaysia
~ Bonde Senyum Riang ~
25 Ulasan
mudahnya nak buat hehehe
BalasPadamNyumm nyummm... Lea pun tak pernah buat kerutuk ni.. Leh la mencuba nanti.. hiks..
BalasPadamWah sedap nie.. senang ya pakai dapur AMC tu Bonda..
BalasPadamthanks bonde. baru semalam nenek aff request menu ni :D
BalasPadamsenanglah ada perencah adabi ni
BalasPadamSekarang dh mudah sebab dh ada perencah kan..semua dh moden..kalau dulu nanak masak papayah skit sebab kena sediakan bahan.
BalasPadamkerutuk. biasa tgk tapi tak pernah beli, bonde.
BalasPadamakan cuba la resepi ni semata-mata nak beli pek kerutuk tu.
terpikat jugak dgn piuk tu. nanti nak baca la review yg lain pasal piuk.
Menu baru ni. Pernah dengar tpi tak pernah try. Nantilah suruh mak buat. Hehehe. Thanks bonde for sharing
BalasPadamLama gila tak makan kerutuk sebab dulu kat kg mak selalu buat , kat sini mcm susah nak jmpa rempah dia , tapi sedap kerutuk ni
BalasPadamthanks sharing this recipe. This looks so yummy, makes me hungry now.
BalasPadamlaparnya tengok...
BalasPadamTAHUKAH ANDA! bisul @ BARTHOLIN CYST boleh terjadi akibat dari msalah KEPUTIHAN <-- klik untuk lanjut
Btul tu. .Kalo menu kerutuk ni mmg kt klate femes.. Mmg beli rempah khas dr klate . Kt kl xde jual... Pernh juga tgk rempah kerutuk adabi tu.. lapar plak tgk bonda masak ni yummy
BalasPadamSedap masakan ni. Antara fav famili. Lagi kalau makan dengan nasi panas atau nasi impit... nak buat la esok huhuh
BalasPadamTak pernah lagi try masak daging masak kerutuk. Ingatkan renyah step nak membuatnya. Tapi kalau ada rencah adabi ni senang sikit kot dan cepat sikit nak masak kan
BalasPadamwow! it looks so tasty! i definitely need to try it ! a bit challenge for me to self cook, so it is good by using the product! thank you for sharing.
BalasPadamTak pernah cuba masak kerutuk lagi.. nnt leh ambik resepi bonde ni..pakai rencah adabi pun mmg mudah dan xperlu bersusah2 dah.. isskkkk nak try jugak la
BalasPadamResipi daging masak kerutuk tu rupanya ada bahan2 rempah yang dah siap dari Adabi ya, tak pernah tau. Nak coba lah jugak. Thanks for sharing
BalasPadamPetua Awet Muda Untuk Opah
Bella tak teren masak. Jadi jarang dengar nama kerutuk ni. Hehe.. Tengok dari cara membuatnya macam senang je. Hmm nak try buat lah cuti2 ni!
BalasPadamBestnyerr ada amc ni bonde. Cepat dan sedap bila memasak. Sesuai untuk ibu bekerja, x ambil masa yang lama untuk memasak
BalasPadamRupa-rupanya adabi ada rempah untuk ayam kerutuk ini. :) nampaknya sungguh enak lar. Kena suru si isteri cuba esok kerana cuti kan?
BalasPadamThe prepack sauce makes it so simple, especially for people who cant really cool like me, next time I'll try this.
BalasPadamDaging masak kerutuk!! Dulu penah rasa yg ex masak.. so far kerutuk dia yg terbaik AM penah rasa.. yelah dia kan cheff.. tapi mmg kerutuk dia yg terbaik setakat nie yg AM rasa.. nak try masak kerutuk kang dpt kritikan dr diri sendiri.. hehehe.. apapun terima kasih atas perkongsian.. AM nak beli la dapur AMC.. ramai ckp bagus!!
BalasPadamIbu memang suka makan daging kerutuk ni, sedap. Nyum nyum dagingnya seronok di kunyah. Yang tak best selit daging di gigi
BalasPadamTerima kasih banyak banyak kerana kongsi resepi yang menjadi kesukaan mama. Dah lama nak buat tapi tak pernah lagi dapat
BalasPadamResepi dari seberang ni sanagt di gemari oleh maznee. Suka sangat sebab nak makan dengan nasi tu rasa selera
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.