Cara Nak Proses Jeruk Rebung



Cara Nak Proses Jeruk Rebung Assalamualaikum Dan Selamat Petang...

Hai reader semua, ada tak dekat sini peminat rebung, tak kisahlah rebung masak apa??? selalunya dari mana anda dapatkan rebung itu beli dikedai ataupun buat sendiri, Bagi Bonde memang rebung adalah kesukaan Bonde sejak kecil lagi, rebung memang makanan kami... Maklumlah dulu-dulu semuanya arwah mak cari dekat kebun sawit dekat hutan belakang rumah sahaja semua tu punca makanan kami sekerluarga.

Makan memang sedap... dulu, tak pikir kepayahan Mak kite nak siapkan lauk / makanan untuk kita satu keluarga, memang nampak mudah sahaja bila nampak menu rebung ni jual dekat kedai atau restoran yang hidangkan nasi campur.  pernah tak anda pk macam mana nak jadikan menu masakan.

Arwah Mak dulu memang rajin, proses rebung dan jual dekat tempat kerja, dulu sampai yang ada yang marah bila rebung "sold out", ada yang oder sekali beberkas-bekas sebab nak buat kenduri dan ada yang oder berbungkus-bungkus setiap kali Mak menjual, seronok masa tu... sebabnya Bonde pon turut dapat upah duit belanja sekolah bila jualan Mak habis.  Mana tak laku sebab mak jual dengan harga yang murang satu plastik penuh isi rebung  air sikit jer RM 1.00 mak jual.

Petua Nak Hilangkan Miang Rebung

Notalgia sangat tau, dulu Bonde siap kena miang rebung satu badan, angkara tak dengar cakap Mak supaya pegang dengan berhati-hati rebung yang masih mempunyai miang dikulitnya. Terpaksalah mak gunakan rambut untuk disapukan pada  seluruh badan, Bonde baru hilang rasa miang tu, ni petua miang rebung.

Kisahnya hari tu, Bonde nampak dekat Cameron Highland, Bonde terjumpa ada orang asli yang jual rebung fresh di tepi jalan.  Ada dua jenis rebung dia orang jual satu rebung biasa dan satu lagi rebung madu.  Bonde tak pernah makan rebung madu jadinya Bonde tak beli masa tu... Memang geram jer rasa nak beli jer semua, tapi tak perlah next time kita beli lagi.

Cara Nak Proses Jeruk Rebung 

CARA NAK PROSES JERUK REBUNG, JERUK REBUNG, MENU REBUNG, MASAK LEMAK CILI API REBUNG, PETUA HILANGKAN MIANG REBUNG, MAKANAN ORANG NEGERI SEMBILAN, MAKANAN ORANG NEGERI SELANGOR,REBUNG BULUH, REBUNG MADU,

Cara nak pilih rebung tengok pangkalnya kalau lembut boleh beli, kalau keras pilih yang lain... anda boleh jer pilih mana yang anda nak sebab kitakan pelanggan (He he he).

CARA NAK PROSES JERUK REBUNG, JERUK REBUNG, MENU REBUNG, MASAK LEMAK CILI API REBUNG, PETUA HILANGKAN MIANG REBUNG, MAKANAN ORANG NEGERI SEMBILAN, MAKANAN ORANG NEGERI SELANGOR,REBUNG BULUH, REBUNG MADU,

Lepas pilih, minta dia buangkan miang dan kulit terlebih dahulu, supaya miang tu tak melekat pada anda pulak.

Hiris secara memanjang kulit rebung ni agak nipis dan lembut, caranya layangkan sahaja pisau anda.

CARA NAK PROSES JERUK REBUNG, JERUK REBUNG, MENU REBUNG, MASAK LEMAK CILI API REBUNG, PETUA HILANGKAN MIANG REBUNG, MAKANAN ORANG NEGERI SEMBILAN, MAKANAN ORANG NEGERI SELANGOR,REBUNG BULUH, REBUNG MADU,

Hiris secara membulat, jangan terlalu nipis kemudian hiris secara memanjang- manjang,  cara ini akan membuatkan rebung lebih ranggup dan sedap.

CARA NAK PROSES JERUK REBUNG, JERUK REBUNG, MENU REBUNG, MASAK LEMAK CILI API REBUNG, PETUA HILANGKAN MIANG REBUNG, MAKANAN ORANG NEGERI SEMBILAN, MAKANAN ORANG NEGERI SELANGOR,REBUNG BULUH, REBUNG MADU,

Setelah dihiris masukkan ke dalam bekas yang telah diletakkan air didalamnya dan taburkan garam di bahagian atas dan kacau rata.

CARA NAK PROSES JERUK REBUNG, JERUK REBUNG, MENU REBUNG, MASAK LEMAK CILI API REBUNG, PETUA HILANGKAN MIANG REBUNG, MAKANAN ORANG NEGERI SEMBILAN, MAKANAN ORANG NEGERI SELANGOR,REBUNG BULUH, REBUNG MADU,

Jeruk rebung hendaklah di kacau setiap hari bagi memberi rasa garam rata kepada isi rebung.


CARA NAK PROSES JERUK REBUNG, JERUK REBUNG, MENU REBUNG, MASAK LEMAK CILI API REBUNG, PETUA HILANGKAN MIANG REBUNG, MAKANAN ORANG NEGERI SEMBILAN, MAKANAN ORANG NEGERI SELANGOR,REBUNG BULUH, REBUNG MADU,

Lepas satu minggu anda sudah boleh memasaknya mengikut menu yang anda suka. bagi Bonde menu yang selalu dimasak adalah Rebung Masak Lemak Cili Api Campur Perut Llembu, Rebung Masak Lemak Cili Api Campur Daging , Rebung Masak Lemak Cili Api  Campur Ikan Bilis dan Rebung Masak Lemak Putih.

KENAPA SELALU BELI REBUNG YANG DIJUAL TAK SEDAP?

- Rebung tua hasilnya keras-keras sukar untuk dikunyah

- Rebung bau busuk dan bau masam sangat kuat

- Rebung yang diproses dijual agak mahal kuantiti pula sikit 

Selamat mencuba... Moga bermanfaat yea!

~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. suka jugak makan rebung tapi kalau yang dijual mesti berbau, potong selera bila makan

    BalasPadam
  2. kami selalu dapat bekalan rebung di Kg Lendu, Melaka - mkck buat sendiri

    BalasPadam
  3. sdap ni klu buat msk lmak rebung & perut lmbu..:)

    BalasPadam
  4. Nani pernah tengok wan nani buat macam ni. Memang kalau beli alahai sikit bebenor lah dapatnya.

    BalasPadam
  5. sha suka rebung tapi takpernah makan lagi jeruk rebung haha nanti nak try la

    BalasPadam
  6. Suka makan, tapi nak buat sendiri tu memang taklah. Hahaa. Beli makan kat kedai je kitaaaa

    BalasPadam
  7. Sedap eh bonde.. Saya tak makan rebung. Tengok orang makan macam sedap je

    BalasPadam
  8. saya pun tak ingat saya pernah makan rebung ke tak..sebab kt umah memang tak masak rebung...

    BalasPadam
  9. Ada yg kata kena rebus 2 kali. Selepas rebus yg k-2 baru rebung redi utk dimasak..?

    BalasPadam
  10. Last week SA makan rebung..angin dan bisa- bisa satu badan....

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.