Assalamualaikum Dan Selamat Malam...
Hai reader semua, anda sudah cuba Sambal Kerang - Adabi, Bonde baru pertama kali cuba Sambal Kerang - Adabi ni selepas mencari stok yang agak sukar nak dapat. Puas Bonde cari stok ni, May be ianya memang laku keras dipasaran. Bonde jumpa stok Sambal kerang - Adabi ni pun dekat Rak tinggal dua tin sahaja. Disebabkan mahu mencuba terlebih dahulu ambik 1 tin sahaja. (takut beli nanti tak kena rasa membazir)
5 KELEBIHAN SAMBAL KERANG - ADABI
HARGA SAMBAL KERANG - ADABI
Berat : 160g
Harga Sambal Kerang ni adalah RM 4.60 satu tin.
CARA MAKAN SAMBAL KERANG - ADABI :
Cara nak masak Sambal Kerang ni sebenarnya senang sangat, buka penutup tin sudah boleh makan dan kalau suka makan panas, just panaskan sahaja samaada dalam microwawe atau pun diatas dapur gas gunakan kuali.
Tak ada Microwawe boleh letak dalam pengukus juga.
Tak ada Pengukus letak air panas dalam mangkuk dan rendam seketika.
Tak ada Microwawe boleh letak dalam pengukus juga.
Tak ada Pengukus letak air panas dalam mangkuk dan rendam seketika.
CARA MASAK SAMBAL KERANG - ADABI :
Memandangkan Bonde suka makan sambal letak belimbing buluh, dan kebetulan ada stok belimbing buluh Bonde tambahkan lima biji belimbing buluh belah dua dan satu labu bawang besar hiris bulat-bulat.SAMBAL KERANG - ADABI BERSAMA BELIMBING BULUH
5 KELEBIHAN SAMBAL KERANG - ADABI
1- Senang dimasak
2- Isi kerang yang besar
3- Rasa yang sangat sedap
4- Mudah dibawa untuk mereka yang kaki travel
5- Harga murah
Untuk Info lanjut anda boleh layari Mediasosial Adabi Consumer dibawah :
Facebook : AdabiMY
Intagram :Adabi_consumer
~ Bonde Senyum Riang ~
2 Ulasan
Senang je nak sediakan kan bonde
BalasPadamtak pernah try lgi tin adabi ni....macam menarik untuk dicuba
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.