TAUHU BEGEDIL ABG BRAIN



TAUHU BEGEDIL ABG BRAIN Assalamualaikum dan Selamat petang... Rata-rata sekarang dekat FB sedang viral Tauhu Begedil terliur dibuatnya tau.. lalu lalang dekat wall kita tu hah... dekat area pejabat di Cyberjaya ni ada jual Tauhu Begedil dekat Restoran JConer tapi macam biasalah laku keras Tauhu Begedil JConer tu tau, lambat memang habis... Tak sempatlah merasa kalau lambat kena cepat-cepat pergi samaada tapau atau makan dekat situ kena datang awal.

Bagi anda yang teringin nak makan tapi susah nak dapat Tauhu Begedil dekat dengan area anda apa kata anda cuba buat sendiri untuk makan sendiri, dan mana tahu dengan kepakaran anda tu.. mana tahu anda boleh buat jualan pula nanti boleh dapat income!  jana pendapatan dari rumah! TAUHU BEGEDIL ABG BRAIN

TAUHU BEGEDIL ABG BRAIN

TAUHU BEGEDIL ABG BRAIN


Bahan untuk Tauhu Begedil:


Tauhu kering yang selalu digunakan untuk tauhu bakar.
4 – 5 biji kentang Holland (mudah dilenyek)
Ayam/daging kisar

2 – 3 ulas bawang putih
Sedikit air
Bawang goreng/daun ketumbar
2 – 3 biji telur
Sedikit tepung jagung hujung sudu
Garam (secukup rasa)

Cara Buat Tauhu Begedil:


1. Rebus kentang yang telah siap dikupas dan bersihkan. Potong kecil supaya senang kentang nak lenyek.


2. Tumis bawang putih dan bawang merah serta masukan isi ayam/daging kisar yang telah siap direbus.


3. Toskan kentang rebus, lenyek dan gaul bersama secubit garam.


4. Campurkan kedua-dua campuran kentang, bawang goreng dan daun ketumbar tadi bersama hingga serasi.


5. Gunakan pisau tajam untuk memotong sedikit bahagian tepi tauhu sebelum menyumbatnya dengan inti. Pastikan inti tidak terlalu penuh kerana takut terkeluar masa menggoreng.


6. Biarkan seketika dalam frozen untuk bertahan isinya dalam tauhu sebelum goreng.


7. Pecahkan telur, pukul bersama sedikit garam dan tepung jagung (tepung jagung boleh buat telur menjadi sedikit pekat dan cantik kembang)


8. Celup dan salutkan satu persatu tauhu begedil yang siap isi inti, goreng dengan minyak penuh sehingga garing.

Sumber disini.

Selamat Mencuba!

~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. dekat facebook saya pun viral jugak ni tapi saya belum ada masa nak buat. saya tak pernah rasa pun bergedil ni macam mana, semua orang cakap sedap. by the way, saya first time datang sini dan terus follow sini sebab suka dengan cara awak menulis. kalau sudi meh lah singgah blog saya hehe. saya followers ke 1188

    BalasPadam
  2. Sedapnyaa tauhu bergedil, buat minum petang memang ngam! Nani baru buat Sabtu lepas :)

    BalasPadam
  3. saya tak minat bergedil...tapi boleh cuba je...hehehe kalau org beri kita makan..kekeeke

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.