FLOWER CHIMP MENERIMA PELABURAN BERJUMLAH RM 6 JUTA BERIKUTAN PRESTASI CEMERLANG DI ASIA TENGGARA Assalamualaikum Dan Selamat Petang! seronoknya kalau dapat Bunga! jarang sekali wanita tak sukakan bunga, sekarang ni wanita dan lelaki boleh jadikan hadiah bunga sesuatu yang istimewa. Bagi wanita yang memberi lelaki bunga ianya boleh diletakkan di sudut meja mereka, dengan memandang bunga tersebut pasti si dia akan ingat pada kita betul tak? Tahukah anda ada satu syarikat yang membuat perkhidmatan penghantaran bunga ini. Anda tak perlu keluar bazir-bazir masa, duit dan tenaga nak keluar mencari florist, anda boleh tempah secara atas talian sahaja. wahhh mudah bukan. Bonde tengok kat laman web Floer Chimp tu cantik-cantik tau! jadi tak heranlah kenapa FLOWER CHIMP MENERIMA PELABURAN BERJUMLAH RM 6 JUTA BERIKUTAN PRESTASI CEMERLANG DI ASIA TENGGARA
FLOWER CHIMP
MENERIMA PELABURAN BERJUMLAH RM 6 JUTA BERIKUTAN PRESTASI CEMERLANG DI ASIA
TENGGARA
Pengasas
Berhasrat Meluaskan Perniagaan ke Singapura Menjelang Pertengahan Ogos 2018
KUALA
LUMPUR, 15 Ogos 2018 - “Ucapkan dengan bunga!”
Kepesatan industri e-dagang di peringkat global telah memacu perkhidmatan
penghantaran bunga dan membolehkan pengguna mencipta kenangan indah bersama
insan tersayang. Bayangkan, betapa mudahnya anda boleh memilih jambangan bunga
kegemaran anda dan merancang penghantaran semudah di hujung jari sahaja.
Daripada pilihan jambangan sempena hari lahir
hingga ke kiriman bunga sebagai tanda ucapan tahniah, titipan istimewa sempena
sambutan Hari Kekasih dan Hari Ibu, Flower
Chimp akan memenuhi keperluan bunga-bungaan anda dari harga serendah RM89 sahaja. Melangkah setapak ke
hadapan berbanding pesaing mereka, Flower
Chimp menawarkan perkhidmatan penghantaran ke seluruh negara yang meliputi lebih daripada 80 daerah di dalam
Malaysia, termasuk di Sabah dan Sarawak. Dengan rangkaian meluas seperti itu,
tidak hairanlah perkhidmatan penghantaran bunga dalam talian tersebut menjadi
pilihan utama pelanggan yang turut menikmati penjimatan menerusi penghantaran secara percuma ke atas
semua tempahan tanpa had perbelanjaan minima. Malah, pelanggan juga boleh
menjadualkan penghantaran pada hari yang
sama bagi semua tempahan yang dibuat sebelum pukul 1 tengah hari untuk
mengejutkan insan tersayang mereka.
“Walaupun kami masih baharu dalam perniagaan
penghantaran bunga ini, Flower Chimp
telah berkembang hingga menjadi jenama terkemuka dalam industri ini. Dalam
tempoh kurang daripada dua tahun, kami telah menjadi pilihan nombor 1 dalam
perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian di Malaysia, Indonesia dan
Filipina dengan rekod pertumbuhan lima
(5) kali ganda berbanding tahun lepas,” kata Maximilian Lotz, Pengasas Flower Chimp.
Berikutan prestasi memberangsangkan mereka
dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian, Flower Chimp berjaya menambat pelaburan berjumlah RM 6 juta daripada sekumpulan pelabur
termasuklah Asia Venture Group (AVG),
sebuah syarikat persendirian yang telah menilai potensi besar Flower Chimp menerusi model perniagaan
dan strategi pemasaran mereka yang unik. Syarikat yang sama turut membuat
pelaburan dengan syarikat lain seperti iMoney,
Happy Fresh dan iPrice. “Kami mensasarkan untuk mengembangkan rangkaian kami di
Singapura menjelang pertengahan bulan Ogos 2018 dan di negara Asia Tenggara
yang lain termasuklah Vietnam, Thailand dan Hong Kong pada tahun 2019,” tambah
Lotz.
Lotz dan rakan
kongsi/Ketua Pegawai Operasi, Niklas Frassa yang mendalami sendiri
perniagaan bunga-bungaan berhasrat untuk menggunakan pelaburan yang diterima
untuk mengukuhkan operasi mereka di Indonesia dan Filipina, di samping
meningkatkan infrastruktur teknikal untuk memanfaatkan pelanggan kami dengan
ciri-ciri pintar termasuklah sistem penjejakan secara langsung bagi setiap
pesanan. “Dalam masa yang sama, kami menjalankan kajian ke atas pasaran semasa
secara berterusan dalam mencari idea untuk produk dan promosi baharu untuk
pelanggan kami yang kembali untuk mencari sesuatu yang bersesuaian dengan
keperluan mereka,” kata Frassa.
Kata Frassa lagi, “Dengan kuasa pemasaran
dalam talian dan media sosial, kami mahu mengukuhkan penjenamaan kami dan
menjadi pilihan pertama dalam kalangan pelanggan yang semakin lama semakin
bijak mengendalikan perkata berkaitan teknologi. Kami yakin, dalam tempoh dua
belas (12) bulan akan datang, dari Suku
Keempat (Q4) 2018 hingga ke Suku Keempat (Q4)
2019, Flower Chimp akan
berkembang sehingga tiga (3) kali ganda menerusi sumbangan daripada empat
pasaran utama iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina”.
Untuk Keterangan lanjut layari laman web tersebut:
Flower Chimp di Malaysia Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.com/ Facebook: https://www.facebook.com/FlowerChimpMY/
Instagram: @flowerchimp
Flower Chimp di Indonesia Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.co.id/ Facebook: https://www.facebook.com/FlowerChimpID/
Instagram: @flowerchimp.id
Flower Chimp di Filipina Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.com.ph/ Facebook: https://www.facebook.com/FlowerChimpPH/
Instagram: @flowerchimp.ph
~ Bonde Senyum Riang ~
7 Ulasan
Senang ada delivery mcm ni kan. Bunga pn nampak fresh dan cantik²
BalasPadamPenghantaran pada hari yg sama dengan harga serendah rm89? Terbaik lah flower Chimp.
BalasPadamBunga dia lawa sangat bestnya kalau dapat satu ni
BalasPadamCantik bunga-bunga dia
BalasPadamBouquet bunga dia semua lawa2 kan
BalasPadambestnyaa kalo ada yang sudi post kasi kite hehe..
BalasPadamCantik canik bouquet bunga tuh kan bonde
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.