Bihun Philips Pressure Cooker



Bihun Philips Pressure Cooker Assalamualaikum dan Selamat Petang... Pertama kali cuba masak Bihun dalam Philips Pressure Cooker.  Minggu lepas mood rajin nak cuba masak bihun dalam Philips Pressure Cooker sebelum ni memang ada nampak post-post dari rakan tentang cara-cara masak ni dalam group pengguna PPS dekat FB cuma Bonde ni takut nak mencuba.  Takut nanti masa nak makan bertukar menjadi mood sedih akibat bihun tidak boleh dimakan Bihun Philips Pressure Cooker


Bihun Philips Pressure Cooker

Masak Phillips Pressure Cooker, Pengguna Phillips Pressure Cooker, Product Phillips, Pressure Cooker, Resepi  Phillips Pressure Cooker,


Rupanya memang mudah sangat masak bihun guna Philips Pressure Cooker, sebab apa Bonde kata mudah sebabnya... apabila kita gunakan PPS ni, bukan setakat ianya Boleh di buat kerja kita mudah, ianya boleh buat kerja lain.. Boleh tinggalkan masakan kita boleh pergi sidai kain dekat luar rumah... he he he boleh sempat membawang dengan jiran kalau mahu.. tapi Bonde tak buatlah membawang tu semua.. sebab banyak kerja lain nak buat lepas satu-satu kena buat dan bagi selesai, hujung minggu jer ada masa nak mengemas rumah he he he..

PPS ni sebelum ni, Bonde letak atas almari jarang gunakan dia.. lepas ni letak bawah jer.. sebab nak guna selalu... rugilah kalau ada tapi tak gunakan!  kalau rosak sebab selalu guna tak apa puas hati.

Panjang pula intro Bonde... Nah resepi dan cara memasak Bihun mudah dengan Philips Pressure Cooker.

Bihun Philips Pressure Cooker


BAHAN-BAHAN :

1 Bungkus Bihun ( buka dan rendam sekejap)

200 gram daging ( hiris siap rebus dlm PPS )

3 biji telur

2 sudu serbuk cili

1 biji bawang (hiris)

4 ulas bawang putih (hiris)

2 biji cili merah (hiris)

sedikit minyak ( untuk menumis)

sedikit cukup rasa manggi 

sedikit kicap

setengah cawan air

Cara Memasak Bihun Philips Pressure Cooker

Step Pertama : Tekan button bake 

Untuk menumis semua bahan tumisan masukkan minyak terlebih dahulu, bawang putih, bawang merah, tumis hingga garing masukkan daging, masukan serbuk cili, masukkan cukup rasa maggi dan pecahkan telur didalamnya.. kacau rata.
Masak Phillips Pressure Cooker, Pengguna Phillips Pressure Cooker, Product Phillips, Pressure Cooker, Resepi  Phillips Pressure Cooker,


Step kedua : Tekan Button Steam/Stew - Valve seal

Dan masukan bihun. masukkan air steam ambik masa 10-12 minit, bila dah bunyi beb tanda sudah masak. buka penutup masukkan kicap dan cili merah dan gaul rata. siap :)


Masak Phillips Pressure Cooker, Pengguna Phillips Pressure Cooker, Product Phillips, Pressure Cooker, Resepi  Phillips Pressure Cooker,

P/S: 

Memandangkan masih musim raya, Mana yang tak sempat nak memasak untuk tetamu tu bolehlah buat cara memasak guna Philips Pressure Cooker.  Anda boleh hidangkan untuk tetamu bertandang ke rumah juga.

Selamat Mencuba!

~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Mudahnya nak masak, no wonder lah ramai sangat yang suggest beli pressure coooker ni

    BalasPadam
  2. terbaek.. sedap ni :)

    Jemput join segmen ejulz jika sudi :)
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

    BalasPadam
  3. wah nampak lazat lah bihun ni.. saya x reti lah guna PPC.. tu yg x beli tu

    BalasPadam
  4. Sedap juga makan time petang2 hujung minggu mcm ni.. menyelerakan :)

    BalasPadam
  5. Nampak menarik bonde..tp kiter takde pressure cooker laaaa

    BalasPadam
  6. tengah dok fikir, nak beli ke tak nak pressure cooker

    BalasPadam
  7. Terima kasih puan sudi kongsi ilmu. Nampak sedap. Nak cuba jugak goreng bihin guna PPC.

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.