MAAF! PERKATAAN YANG SUKAR NAK DIUCAPKAN



MAAF! PERKATAAN YANG SUKAR NAK DIUCAPKAN Assalamualaikum dan Selamat Pagi... Hai reader semua,

Maaf adalah perkataan yang sukar untuk diungkapkan jika kita telah buat kesalahan perkataan maaf sukar diungkapkan kerana berasa serba salah dan masih ingin tangguh-tangguh untuk menyatakan maaf,  perkataan maaf ini juga terlalu mudah diungkapkan jika kesalahan tidak disengajakan. 

Bagi sesetengah orang yang egonya tinggi dan suka menunding jari kearah orang lain, memang sukar nak memohon maaf...dia akan rasa tidak bersalah dan baginya tak perlu memohon maaf. 

Sebagai insan biasa,
Tidak salah memohon kemaafan dengan individu didunia ni, tidak jatuh maruah diri hingga rasa diri dipijak-pijak oleh orang lain sekiranya menyata permohonan maaf.
MAAF! PERKATAAN YANG SUKAR NAK DIUCAPKAN


MAAF! PERKATAAN YANG SUKAR NAK DIUCAPKAN 

Jadi sampai bila nak tunggu?? sampai orang yang diaibkan dan difitnah tu meninggalkan dunia??? Ini adalah kes berat! hati kalau sudah menjadi hitam akan sukar untuk diputihkan kembali.  Dosa dengan manusia lain, dosa dengan Allah lain.

Walaupun hati mulai kecewa, Moga pintu hati kita semua lebih terbuka untuk memaafkan... moga tidak jadi dendam.

Hati yang lapang dan tenang adalah bila tiada masalah dengan sesiapa di dunia ini.

MAAF! PERKATAAN YANG SUKAR NAK DIUCAPKAN

 TIDAK DENGKI KEPADA SAUDARA ISLAM

Seperti dijelaskan Allah dalam Al-Qur’an surat AL-HASYR : 10, yang berbunyi :

“…."Ya Tuhan kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang".

Dan Surat AL-HIJR : 47, yang berbunyi :

“Dan Kami lenyapkan segala rasa dendam yang berada dalam hati mereka, sedang mereka merasa bersaudara….”.




~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Setuju bonde. Memang maaf tuh sesuatu yang susah nak ungkapkan. Macam saya mudah maafkan orang tapi kalau sesuatu yang dia buat tuh buat saya susah nak lupa memang payahlah nak kata maaf

    BalasPadam
  2. tulah.. kdg sebab segan jugak. dan ego yg membatasi semua

    BalasPadam
  3. Good sharing Bonda, kadang kat mulut dah kata maaf tapi kat hati belum tentu kan..

    BalasPadam
  4. Betul tu Bonde maaf tu mmg susah kita nak lafaz kan.. Lagi benda yang menyakitkan. Kdg tu mulut kata maaf tp hati tidak seikhlas mana.. Apa pun semoga kita sentiasa bermaaf maafan antara satu sama lain.

    BalasPadam
  5. ray selalu ingatkan diri sendiri untuk ringan mulut and ikhlaskan hati untuk ucapkan perkataan maaf. thnk you

    BalasPadam
  6. mmg betul bonde.. perkataan tu mmg paling susah nak sebut tapi mama pun mendidik didir sendiri utk senang nak mengucapkan perkataan ni

    BalasPadam
  7. maaf antara salah satu magic words tapi tu lah, magic words ni memang jarang sangat orang luahkan.

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.