IFTAR BUFET RAMADAN THE EVERLY, PUTRAJAYA Assalamualaikum Dan Selamat Pagi.. Throwback balik berbuka puasa dekat The Everly Hotel, Putrajaya tahun ini pada 25 Mei yang lalu.. The Everly, Putrajaya setiap tahun mengadakan Bufet Ramadhan. Rasanya ini kali kedua Bonde menikmati Bufet Ramadan dekat The Everly Hotel, Putrajaya ni.
IFTAR BUFET RAMADAN THE EVERLY, PUTRAJAYA
Bufet Ramadan The Everly Hotel, Putrajaya memang sangat sedap kalau anda nak tahu dekat sini tahun ini mengadakan Bufet Ramadan berkonsepkan Nusantara.
Masa datang dekat The Everly, Putrajaya hari tu, agaknya memang langkah Kanan, tak sangka pada hari yang sama kami sekeluarga nak bebuka di situ, ada Majlis berbuka puasa PERKIM dengan Perdana Menteri Malaysia kita iaitu Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah.
Masuk-masuk sahaja agak terkejut juga semua orang sudah berbaris untuk menyambut kedatangan beliau. Kami yang berada disitu juga tak melepaskan peluang untuk melihat dengan lebih dekat lagi.
Berbaris menunggu ketibaan Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah
Tun Dr. Mahathir
Kanda bersalaman dengan Tun Dr. Mahathir
Tun Dr. Siti Hasmah
Ruang Iftar untuk Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah adalah disebelah atas dan kami pula di lobby bawah. Kami tak join majlis tu.
Menikmati Buffet Ramadhan di The Everly memang sedap sekali, Apa yang Bonde paling teruja nak cuba ialah masakan kampung.
Ikan Patin Masak Tempoyak... Orang pertama menyenduk dekat periuk ini adalah Bonde ha ha ha nampak sangat teruja dan tak sabarnya ye tak?
Ikan Patin Masak Tempoyak
Turn Kanda pula menyenduk Asam Pedas Tetel Tulang Rawan.. Menu ni pon Bonde sempat rasa, memang sedap sangat daging dia lembut sekali. Sama rasa macam Asam Pedas yang femes dekat Melaka.
Asam Pedas Tetel Tulang Rawan
Menu lain yang sempat Bonde rasa dekat The Everly Hotel, Puttajaya ialah..
Murtabak dan Kebab
Kambing Grill dan Sos Black Papper
Ketam Sweet Sour dan Sate Daging
Candid... ha ha ha
Spageti
Ice Kacang
Sambil berbuka puasa tu, kami di hiburkan oleh Pak Pandir Otai Busker, Tak sangkalah Pak Pandir yang dekat dalam TV tu yang main busker dekat situ. he he he lagu-lagu yang dimain masih sama best dapat dengar beliau busker live dekat situ.
Cake kat bawah ni satu pon Bonde tak rasa, tapi nampak menarik jadi Bonde share gambar jer yea..
Tempat solat yang selesa.
Alhamdulillah The Evely Hotel, Putrajaya kali ini dapat menyediakan tempat solat yang sangat selesa dan luas di tingkat 1, rasanya tempat solat ini adalah bilik seminar atau dewan seminar. Yang best memang selesa Bonde suka. Terima kasih The Everly Hotel, Putrajaya menyediakan Bilik solat yang selesa.
Baiklah... Moga next year panjang umur boleh berbuka puasa dekat sini lagi...
Bonde sharekan harga Bufet Ramadan tahun 2018 dekat bawah ni.. mana tahu tahun depan kita boleh tau harga kekal? naik? atau turun kan!
HARGA BIASA BERMULA BERMULA 1 MEI 2018 & SETERUSNYA:
RM98/DEWASA
RM49/KANAK-KANAK & WARGA EMAS
UNTUK TEMPAHAN:
03-8892 2929 / 011 - 6318 6029
~ Bonde Senyum Riang ~
2 Ulasan
Entry yang menarik... :)
BalasPadamNampak sedap juadahnya. lagi2 kambing. Tarot memang penggemar kambing
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.