ANDAINYA TAKDIR II



ANDAINYA TAKDIR II Assalamualaikum dan selamat petang... Satu lagi drama yang sangat dinanti-nantikan tahun lepas memang siap-siap rekod drama ni, Kisah rumah tangga Airil dan Fatihah dan kali ini tetap ada mulut-mulut puaka Mak Mentua Tihah (Mak Cik Normah) dan adik iparnya (Sofea) bergabung jadi meletoplah cerita mereka! bila menonton drama ni memang tak boleh nak cakap geramnya hati.. kenapa mesti rasa cemburu sampai macam tu sekali. ANDAINYA TAKDIR II.

ANDAINYA TAKDIR II


ANDAINYA TAKDIR II, TONTON ANDAI TAKDIRNYA II, Shukri Yahaya, Nina Iskandar dan Puteri Balqis,

TONTON FULL EPISOD ANDAINYA TAKDIR II


Drama Andainya Takdir bagi musim kedua. Masih mengekalkan tunjang utamanya iaitu Shukri Yahaya, Nina Iskandar dan Puteri Balqis. Turut menampilkan pelakon seperti Mas Khan, Syazuwan Hassan, Farahdhiya dan ramai lagi. 

Drama terbitan A. Aida Production ini diarahkan oleh Eoon Shuhaini. Akan bersiaran mulai 13 Jun 2018, setiap hari Rabu hingga Jumaat pukul 9 malam di TV3.

ANDAINYA TAKDIR II, TONTON ANDAI TAKDIRNYA II, Shukri Yahaya, Nina Iskandar dan Puteri Balqis,




JUDUL : ANDAINYA TAKDIR II

JUMLAH EPISOD : 20 episod

TARIKH TAYANGAN : 13 Jun 2018

WAKTU SIARAN : Rabu-Jumaat, 9:00 malam

SIARAN TV : TV3

PENULIS SKRIP : Wan Mahani Wan Hassan

IDEA ASAL : Dato A.Aida

PENGARAH : Eoon Shuhaini

TERBITAN : A. AIda Production Sdn Bhd

PELAKON : Shukri Yahaya, Nina Iskandar, Puteri Balqis, Mas Khan, Syazuwan Hassan, Faradhiya, Neera Azizi, Sheila Mambo, Idris Mat Diah, Rosnah Mat Haris, Erry Putra, Adiba Yunus, Jasmine Ashraff, Nafiez Zaidi, Putra Amaris, Annie Arifin, Dian P Ramlee, Anne Abdullah, Norlie Tamam, Ezzaty Abdullah, Jumal Yunus 


ANDAINYA TAKDIR II, TONTON ANDAI TAKDIRNYA II, Shukri Yahaya, Nina Iskandar dan Puteri Balqis,

Shukri Yahaya sebagai Airil /Nina Iskandar sebagai Fatihah

WATAK PELAKON 

Shukri Yahaya sebagai Airil
Nina Iskandar sebagai Fatihah
Puteri Balqis sebagai Aleya
Syazuwan Hassan sebagai Hafiz
Mas Khan sebagai Nizam
Neera Azizi sebagai Sofea
Sheila Mambo sebagai Normah
Idris Md Diah sebagai Jalal
Rosnah Mat Haris sebagai Limah
Dian P Ramlee sebagai Salmah
Annie Ariffin sebagai Norlin
Farahdhiya sebagai Rogayah
Adiba Yunus sebagai Liza
Erry Putra sebagai Mushin
Putra Amaris sebagais Rozali 
Anne Abdullah sebagai Siah
Jasmine Ashraff sebagai Kak Long

LAGU TEMA / OST 

Setia Menunggumu - Sabhi Saddi
Yang Terindah - Escape Plan

SINOPSIS ANDAINYA TAKDIR II


Airil yang sudah bercerai dengan Fatihah berusaha untuk menyatukan semula keluarga mereka termasuk menjalani rawatan dengan doktor psikatri. Airil masih tidak berputus asa memujuk Fatihah untuk rujuk semula walaupun setelah tiga bulan bercerai. Dia merasakan hidupnya tidak sempurna tanpa Fatihah dan Aleeya di sisi. Tapi Fatihah masih trauma dan makin membenci Airil bila Airil masih masuk campur urusan hidupnya hingga Fatihah berpindah ke Terengganu bersama Aleya.

Bila berjauhan barulah Fatihah terasa sukarnya hidup tanpa Airil dan terpaksa berdikari. Apatah lagi Aleeya kini sudah pandai memberontak dek sebab merindukan Airil dan tertekan kerana Fatihah lebih banyak meluangkan masa di tempat kerja baharu daripada anak sendiri. Pelbagai ujian melanda termasuklah desakan cinta dari Nizam, bosnya, masalah Aleya terpengaruh dengan budak nakal dan cinta baru dari Hafiz. Airil berusaha membantu Fatihah dalam diam dan cari kerja di Terengganu dengan terpaksa menggunakan Sofea yang mencintainya. Hinggalah Fatihah sakit berpunca dari pukulan Airil dulu, Fatihah makin membenci Airil. Namun pengorbanan Airil akhirnya disedari Fatihah.

ENTRI BERKAITAN :



Selamat Menonton :)

~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

3 Ulasan

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.