SHOPPING KAFTAN GRACE DI BUTIK HAQQI BANGI Assalamualaikum Dan Selamat pagi, Hai reader semua...
Minggu lepas Bonde berkesempatan singgah di Butik Haqqi Shah Alam, masa tu.. memang memang teruja sekali nak masuk Butik Haqqi tu, maklumlah pertama kali masuk Butik tu, sebelum ni tak pernah tahu pun tentang Butik ni. Rupanya Butik Haqqi ni memang sudah sangat popular siap ada tiga cawangan tau iaiti Shah Alam, Bangi dan TTDI. Yang menariknya Butik Haqqi ni bukan sahaja jual barangan keperluan Haji dan Umrah ada juga pakaian muslimin dan muslimat juga. Koleksi Raya 2018 dah bermuka sejak minggu lepas lagi. Memandangkan minggu lepas belum gaji lagi, macam tak berapa nak sesuai bershopping betul tak? Jadi target Bonde minggu ini nak SHOPPING KAFTAN GRACE DI BUTIK HAQQI BANGI.
SHOPPING KAFTAN GRACE DI BUTIK HAQQI BANGI
Butik Haqqi merupakan hab untuk produk kelengkapan ibadah haji, umrah dan fesyen islamik yang mematuhi syariah.
Haqqi Sebagai Peneraju
Haqqi sebagai peneraju dan hab bagi kelengkapan ibadah haji serta umrah mampu milik yang terbesar di negara ini telah dibangunkan bersama Koperasi Tabung Haji Berhad (KTHB) dengan Glass Go Media selaku rakan niaga dan pakar teknologi maklumat yang menggunakan platform www.haqqi.com.my.
Butik Haqqi adalah satu-satunya butik fesyen islamik yang membolehkan pengguna kini membuat pembelian keperluan ibadah dan fesyen pakaian dengan lebih mudah dan di hujung jari melalui telefon bimbit, tablet mahupun komputer di mana-mana lokasi dan pada bila-bila masa.
Kalau anda terlepas info mengenai Butik Haqqi Shah Alam, anda boleh baca dekat sini. Semalam dekat Butik Haqqi Bangi memang sangat meriah ramai pelanggan datang nak beli persalinan raya. Sama macam Bonde dah tak Sabar nak raya he he he..
[ KAFTAN GRACE PILIHAN BONDE ]
Masa dekat Butik Haqqi Shah Alam, Bonde dah terminat dengan satu baju ni, Kaftan Grace namanya. Ada lima ke Enam warna macam tu.. antaranya Biru, Maron, Hijau, Pink, Coklat Bonde dah belek Kaftan Grace awal-awal lagi... Kain dia memang cantik, lembut dan memang selesa dipakai, di bahagian bahu terdapat taburan batu seakan swaroski.. memang cantik! Kaftan ini juga di datangkan dengan Pelbagai Saiz iaitu S-XXXL.
Memandangkan Bonde mempunyai saiz badan yang gempal dan selalu pakai baju bersaiz #plusize macam tu, mesti risau juga kan tiada saiz nak digayakan.. jangan bimbang Kaftan Grace ini adalah sangat sesuai untuk anda yang bersaiz #plusize.
Sesi terjahan di Butik Haqqi Shah Alam
Tadaaaaa
Cantik tak? Bonde pilih warna pink, ini adalah baju hari raya kedua Bonde :) tema raya kedua adalah warna pink belacan so..samakan warna ni untuk satu family.
Baju Kaftan Grace ni kena pakai inner disebelah dalamnya.. Nanti nak cari Inner pulak! Bonde suka material kain ni bila dipakai kainnya jenis jatuh terletak... Ni gambaran belum digosok agak nampak kedut-kedut disitu.. Nanti kalau dah Gosok memang nampak lagi cantik!
Selain dari tu, dekat Butik Haqqi Bangi ni ada promosi jubah dan Kurta memang sangat berbaloi beli sebab ianya ada potongan Harga tau.. Dekat bawah ni adalah staff dekat Butik Haqqi, mereka sendiri mengayakan produk Butik Haqqi untuk tujuan promosi. Warna popular tahun ini... dikenali sebagai Hijau burung merak!
[JUBAH MUSLIMAH]
Ada pilihan lain lagi... untuk jubah sama seperti diatas.. beza corak dan warna, saiz pula dari S-XXL.
[KURTA]
Di butik Haqqi Kurta Izzue Islam memang menjadi tarikkan kerana ialah mempunyai pelbagai saiz dan warna. Harga promosi pula memang sangat menarik.
Baiklah Bonde sudah selesai membeli belah dekat Haqqi Bangi.. Tapi bila dah balik dekat rumah asyik terpikir ada benda tak complete lagi nih ha ha ha biasalah selagi raya tak muncul selagi itulah semua rasa tak lengkap sahaja. Apa susahnya nanti mesti ada sesi terjahan kali ke tigalah pulak he he he.
Info Haqqi Bangi :
Waktu operasi adalah : 10.00 pagi - 10.00 malam (Sehari sebelum raya kedai masih dibuka dan tutup pada jam 5.00 petang.)
Alamat : Butik Haqqi Bangi, B-23-01, Jalan Medan Pusat Bandar 7A, Bangi Sentral, 43650
Bandar Baru Bangi, Selangor
Hubungi : 03 89121542
Laman Web : www.haqqi.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/haqqi.com.my/
Instagram : https://www.instagram.com/haqqi.com.my/
Twitter : haqqi_official https://twitter.com/haqqi_official
~ Bonde Senyum Riang ~
24 Ulasan
Wah seronok shopping ya Bonda, bagus ya Butik Haqqi nie siap ada jual kelengkapan untuk haji dan umrah sekali kan..
BalasPadamBestlah ada butik macam ni. Bukan saja ada jual kelengkapan Haji dan umrah, ada juga baju lain-lain yang sopan dan sesuai untuk orang Islam.
BalasPadamcantik-cantik bajunya boleh pilih untuk pakai di hari raya
BalasPadamItu kaftannya cantik yah. Itu semua baju bajunyang di pajang apakah adanya di Butik Haqqi Shah Alam semua? Harganya juga gak terlalu mahal kan?
BalasPadamCantikla design2 kaftan dia...
BalasPadamNot bad..suka yg ada corak2 mcm batik tu..lawa...
ingat barang-barang kelengkapan umrah dan haji, tak sangka ada baju raya rupanya. Cantik-cantik juga baju dekat situ. Bonda pakai tu pun lawa. Boleh usha ni
BalasPadamwah bestnya bonda dapat shopping, mmg nice sgt buat untuk raya tuu kan hehe! Not bad jugak yea tengok pilihan yang ada kat sana, siap ada untuk plus size mmg bagus!
BalasPadamCantiknya fashion Kaftan ni. Banyak warna boleh pilih. Ingatkan jual barangan untuk umrah dan haji ajer. Haqqi ni yang paling dekat kat rumah terletak kat Bangi. Boleh la terjah.
BalasPadamWowwww! Ramai rupanya blogger yang singgah ke butik haqqi ni.. Onie je masih belum kesempatan lagi ke sini. Tengok kurta tu macam murah-murah je,hehehe
BalasPadamcanteknya baju bonda...wah dah plan nak pakai raya kedua ya..tadi ayu beria carik warna perak (grey) sbb tema tahun ni warna tu heheheh...alhamdulillah ada..tapi butik Haqqi ni mmg best kan
BalasPadamSuka sangat Bonde dapat shopping baju raya yang cantik-cantik kat Haqqi ni hehehe kita pun suka pakaian kat sini nampak exclusive sikit nak banding tempat lain menarik...
BalasPadamWahh dah selesai dah ekk baju raya Bonde..seronok le beraya gan baju baru..hehehe. Sis pun dapat le rembat satu baju kat Haqqi TTDI, memang cantik2 design dia
BalasPadamMemang duk teringat-ingat baju kat Haqqi kan Bonda. Baju Bonda tu memang cantik - Rawlins approved! Chaiyok Bonda.
BalasPadamsungguh, mmg butik haqqi satu hub menyediakan kelengkapan haji dan umrah. tak payah pusing2 carid ua tiga kedai. pergi sini je lengkap semuanya. harga pulak mampu milik dan berpatutan. design pon cantik2. ahhh sukanya !
BalasPadamSweet je color pink tu dengan bonde. Lawa-lawa juga baju dekat butik Haqqi ni ye. Boleh pergi sekali nanti ni.
BalasPadamCantik la Kaftan ni bonde. Wah ada saiz besar je. Boleh la Ika try pi . Warna pun cantik and soft je.
BalasPadamCantik cantik baju yang di jual di butik Haqqi ni bonde. Jealous saya tengok tau. Baju bonde pilih tuh memang cantik
BalasPadamWowww tak tahu pula dorang ada sampai 3 butik.... Tengok ramai blogger dok tayang baju yang dorang beli dekat sini... Cantik2 pula tue...
BalasPadamcantik2nya baju bonde try fitting tu..berkenan plk ciktom tgok..jenis kaftan ek..
BalasPadamcantik baju pilihan bonde tu..ala retis gitu...
BalasPadamCantiknya kaftan yang Bonde pakai tu. Jubah tu pun cantik juga dengan kombinasi warna plain + corak bunga. Geram tengok orang shopping kat sana. Kita nak juga!
BalasPadamcantiknya kaftan tu, meriah betul butik haqqi ni ye
BalasPadamBanyak pilihan menarik kat haqqi ni...sakan la bonde beraya tahun ni...hihi
BalasPadamlawanya baju tu..tk pernh pakai style yang macam tu lagi..hehe
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.