Lobster ialah sejenis haiwan laut yang tergolong dalam kumpulan krustasea. Lobster terkenal dengan dagingnya yang lazat dan sering dianggap sebagai makanan mewah di banyak restoran. Berikut ialah beberapa maklumat lanjut tentang udang galah:
RESEPI LOBSTER BUTTER LEMON
Penampilan fizikal:
Lobster mempunyai badan yang keras dan berlapis-lapis, dilindungi oleh cangkerang yang keras. Cengkerang udang galah biasanya berwarna merah, biru atau hijau, bergantung kepada spesies. Mereka mempunyai sepasang antena panjang yang digunakan untuk mengesan makanan dan merasakan perubahan dalam persekitaran.
Habitat:
Udang galah terdapat di pelbagai perairan di seluruh dunia terutamanya di laut. Mereka biasanya tinggal di dasar laut, berhampiran terumbu karang, batu, atau di antara batu. Lobster lebih aktif pada waktu malam, dan mereka sering bersembunyi di celah batu atau lubang yang mereka gali sendiri untuk melindungi diri daripada pemangsa.
Makanan:
Lobster ialah haiwan karnivor yang memakan pelbagai jenis makanan, termasuk ikan mati, kerang, moluska, dan detritus laut. Mereka menggunakan antena mereka untuk mencari makanan di dasar laut. Kaki depan udang galah biasanya dilengkapi dengan kuku yang kuat yang digunakan untuk mengoyak makanan.
Pembiakan:
Proses pembiakan udang galah sangat menarik. Lobster mempunyai tempoh mengawan yang biasanya berlaku pada musim panas. Selepas hubungan seks, betina akan mengeluarkan telur yang akan dibawa dalam kantung di bawah ekornya selama beberapa bulan sehingga telur menetas. Anak udang galah yang baru menetas dipanggil "larva" dan akan melalui beberapa peringkat perkembangan sebelum menjadi udang galah dewasa.
Perikanan dan Penanaman:
Lobster merupakan komoditi bernilai tinggi dalam industri perikanan. Mereka sering ditangkap dengan perangkap udang galah yang diletakkan di dasar laut. Sesetengah spesies udang galah juga dibiakkan di ladang udang galah, di mana ia diternak dalam keadaan terkawal. Ini membantu mengekalkan populasi udang galah liar dan mengekalkan daya tahan spesies tersebut.
Penggunaan Manusia:
Daging udang galah dianggap sebagai makanan mewah dan biasanya dimakan secara rebus, panggang atau goreng. Daging udang galah mempunyai rasa yang kaya, lazat dan tekstur yang unik. Biasanya dihidangkan dengan mentega cair atau sos lain.
Lobster adalah haiwan yang menarik dari perspektif biologi dan masakan. Walaupun ia sering dianggap sebagai makanan istimewa, usaha pemuliharaan telah diambil untuk mengekalkan populasi udang galah dan memastikan kelestarian sumber ini.
Ada tak yang suka makan Lobster dekat sini, Bonde suka seafood jadi mestikan suka makan Lobsterkan! Bezanya Lobster yang ini saiznya agak kecil seperti udang galah. Sudah kebetulan beli inilah pengalaman pertama masak Lobster sendiri.
Oleh sebab tak tahu nak masak apa kawasan kata sedap buat masak Butter, Buttermilk dan juga masak lemak cili api macam udang galah tu. Udang yang Bonde beli ni 500 gram ada dalam 14 ekor masa beli memang ianya masih hidup lagi tau.. Jadi semalam Bonde hanya masak 7 ekor sahaja, memandangkan hanya berbuka berdua sahaja dirumah bersama Fatin. Jom baca Bonde kongsikan RESEPI LOBSTER BUTTER LEMON.
Baca : Kerang Masak Kam Heong
RESEPI LOBSTER BUTTER LEMON
RESEPI LOBSTER BUTTER LEMON
Bahan-bahan :
7 ekor - Baby Lobster
1 labu -Bawang Holen (hiris)
5 labu - Bawang Putih (hiris)
3 biji -Cili api Merah(hiris)
3 biji -Cili Api Hijau (hiris)
3 tangkai - Daun Kari
1 Biji - Buah lemon
3 sudu - Butter cup
sedikit serbuk cukup rasa maggi
CARA MEMASAK LOBSTER BUTTER LEMON :
Bersihkan dan cuci baby lobster terlebih dahulu, kemudian rebus, jangan terlalu lama, selepas siap direbus bolehlah siang dan belah seperti gambar dibawah :
Selepas itu untuk memasak pula masukkan butter tadi kedalam kuali dan masukan bahan-bahan yang telah siap dihiris bawang holen, bawang putih, cili api dan daun kari,
Bila sudah garing dan naik bau, bolehlah masukan baby lobster dan kacau rata, selepas itu tuangkan perahan lemon diatasnya.
Siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba :)
Sila share resepi ini jika suka.
~ Bonde Senyum Riang ~
8 Ulasan
sdapnya..:)
BalasPadamperghhhh
BalasPadamterliur tengok
apa ni bonda up resepi lobster tengah hari. o mcm ni buat sos lemon ek. nak try la ngan ayam. lobster takada, belum cukup budget nak beli, huhuhu.
BalasPadamfav lobster tp tk pernh lg masak sdiri
BalasPadamMak hai sedapnya Lobster..
BalasPadamwah sedap. .thank you bonde share resipi
BalasPadamwah mudahnya resipi ni tapi nak cari baby lobster tu yang susah
BalasPadamwahh sedapnya..nampak menyelerakan.....tak pernah lagi masak lobster ni..
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.