AKTIFKAN DIRI
ANDA BERSAMA SAFI SHAYLA - PAKAR RAMBUT WANITA BERTUDUNG. Assalamualaikum Dan Selamat Malam, Hai reader semua,
Khamis, 3 Mei bertempat di District 21, IOI Mall Putrajaya. Bonde menghadiri Majlis Pelancaran produk Safi Shayla baharu.
Memang sangat teruja nak ke District 21 memang selalu ke IOI Mall Putrajaya tapi tak berkesempatan nak masuk ke situ. Dengan adanya peluang ini sudah tentu Bonde tidak melepasnya.
Pada era yang moden ini, masa
merupakan sesuatu yang amatlah penting dan tidak boleh dijual beli. Oleh kerana
dunia yang semakin pesat membangun dan masa tidak menunggu sesiapa pun, ramai
diantara golongan wanita terutamanya yang bertudung sering menghadapi masalah
rambut rapuh dan kegatalan kulit kepala. Ini boleh berpunca dari pelbagai
faktor antaranya kekalutan dan tekanan bekerja mahupun kekotoran dan habuk
akibat pencemaran.
Keyakinan diri adalah kunci utama bagi
golongan wanita untuk menjalankan tugasan seharian dengan lebih berkualiti dan
bertenaga. Oleh sebab itu, golongan
wanita yang bertudung mahupun tidak, kini usah risau, gentar mahupun
kecewa kerana SAFI yang merupakan rangkaian produk Halal yang terbesar di dunia
dalam produk penjagaan diri memahami masalah yang dihadapi oleh golongan
tersebut. SAFI telah mengeluarkan rangkaian lengkap produk penjagaan rambut
wanita bertudung – SAFI SHAYLA. Produk
ini bukan hanya ditambah baik di dalam variasi syampu tetapi SAFI SHAYLA kini
memperkenalkan Mist 2 dalam 1 Rambut & Hijab, Serum Rambut dan Minyak Rambut
yang membantu golongan wanita bertudung dengan penjagaan rambut yang rapi untuk
memberikan rambut yang sihat dan bersinar.
SAFI SHAYLA kini mempunyai formulasi baru
yang mengandungi 1001 manfaat Habbatus Sauda dan kebaikan Micro Bamboo Charcoal.
Habbatus Sauda merupakan ekstrak yang digunakan sejak zaman dahulu lagi dan
dipercayai dapat memberikan manfaat kepada penggunanya. SAFI memperkenalkan
Habbatus Sauda di dalam produknya kerana ia dapat membantu mengurangkan
kegatalan kulit kepala dengan cara mencegah penghasilan bakteria. Tambahan pula,
Habbatus Sauda dapat mengekalkan rambut sihat kerana ia dapat menghindari
keguguran rambut dan membuat rambut lebih lembap dan bersinar.
Micro
Bamboo Charcoal
membantu menghilangkan toksin daripada kulit kepala, mengurangkan rambut
berminyak dan memberikan sinar kepada rambut. Dengan mengeluarkan minyak dan
kotoran, Micro Bamboo Charcoal
menjadikan rambut lebih lebat dan pada masa yang sama dapat mengawal bau
rambut. Bau rambut merupakan sesuatu yang penting untuk golongan wanita bertudung
kerana ia dapat meningkatkan keyakinan diri.
SAFI SHAYLA kini
mengeluarkan rangkaian produk syampu yang baru yang bukan sahaja mengandungi
formulasi Habbatus Sauda dan Micro Bamboo Charcoal tetapi ia juga
disertakan dengan pembungkusan baru yang menarik di dalam pelbagai saiz dan
disertakan juga dengan haruman yang menyegarkan. Menariknya, haruman ini, ia
dapat dapat bertahan selama 48 jam.
Pakar dalam
penjagaan diri, SAFI SHAYLA memahami masalah yang menghantui golongan wanita
bertudung kerana sudah ramai wanita yang kecundang apabila berhadapan dengan
soal penjagaan rambut. Dengan rangkaian produk terbaru ini, SAFI SHAYLA ingin membantu
golongan wanita bertudung untuk merasa lebih yakin dengan diri bagi mengejar
impian dan cita-cita setinggi gunung, tidak kira di dalam bidang apa sekalipun.
Golongan wanita ini dapat mencapai impian bukan sekadar dengan menggunakan syampu
yang baharu tetapi juga dengan bantuan rangkaian penjagaan rambut syampu
Mist 2 dalam 1 Rambut &
HIjab, Serum Rambut dan Minyak Rambut untuk mendapat rambut ikal mayang dan
kulit kepala yang sihat.
Mist 2 dalam 1
Rambut & HIjab boleh disembur terus ke rambut atau hijab kerana sifatnya
yang cepat kering. Berbeza dengan produk lain di pasaran yang meninggalkan
kesan, jangan khuatir kerana produk ini tidak meninggalkan sebarang kesan ke
atas rambut ataupun hijab. Bagi wanita moden, SAFI SHAYLA Mist 2 dalam 1 Rambut & HIjab sangat sesuai dalam
kehidupan seharian kerana ia meninggalkan haruman yang menyegarkan di mana ia
dapat bertahan selama 24 jam. Selain itu, ia juga dapat mengekalkan kelembapan
rambut, mengembalikan sinar, memberikan lebih kelembutan, bermaya dan
membuatkan rambut lebih ringan.
Hasil gabungan
ramuan syampu dan serum SAFI SHAYLA ia dapat menghasilkan rambut lebih lembut
dan ringan. SAFI SHAYLA Serum Rambut didatangi dengan 2 variasi iaitu – Licin
Terurus dan Hitam Menawan.
[MINYAK RAMBUT SAFI SHAYLA]
Minyak rambut SAFI
SHAYLA pula dapat memberikan rambut yang lembut serta licin sekaligus
memberikan rambut kelihatan sihat serta memberikan keharuman yang berpanjangan.
Setiap variasi
produk yang dihasilkan dan diformulasi oleh SAFI SHAYLA adalah untuk melengkapi
satu sama lain. Dengan menggunakan variasi produk dalam rangkaian SAFI SHAYLA,
ia dapat memastikan golongan wanita bertudung memperoleh lebih keyakinan diri
dengan mempunyai rambut selembut sutera dan sihat.
1. SAFI SHAYLA Syampu
Segar & Bermaya – Mengandungi Nano
Lipid Enhancer dimana ia dapat melindungi rambut dan mengeluarkan kekotoran
minyak pada rambut. Selain itu, ia juga dapat membersihkan kulit kepala dengan
lebih berkesan dan hasilnya memberikan rambut rasa segar dan bermaya.
2. SAFI SHAYLA Syampu
Licin Terurus – Mengandungi Teknologi Perawatan Rambut Lembut yang dapat
meluruskan, melembutkan, melindungi dan mengurangkan rambut kerinting. Ia dapat
menjadikan rambut anda lebih mudah untuk djaga/dimanja.
3. SAFI SHAYLA Syampu
Anti-Kelemumur – Mengandungi Micro ZPT
Complex dimana ia dapat mengurangkan 99.9% kulat yang boleh menyebabkan
kelemumur hanya dengan basuhan yang pertama.
4. SAFI SHAYLA Syampu
Kawalan Rambut Gugur – Mengandungi Pro-Vitamin B5, protein gandum yang dapat
mengukuhkan struktur rambut dan mengurangkan keguguran rambut.
5. SAFI SHAYLA Syampu
Hitam Menawan – Juga mengandungi
Sheen Lock yang merupakan ejen pengunci
kilauan yang dapat membuat rambut hitam berkilat, sihat, lembut dan mudah diurus.
6. SAFI SHAYLA Syampu
Itch-Kontrol – Mengandungi minyak argan dan
mentol yang dapat menyegarkan dan
menghapuskan bau di kulit
kepala. Minyak Argan dan mentol akan membuatkan kulit
kepala terasa
sejuk dan segar seperti berada di awang-awangan.
7. SAFI SHAYLA Syampu
Kawalan Minyak – Mengandungi citrus dan mentol dimana ia dapat membantu dalam
pengawalan rambut berminyak dengan membersihkan liang-liang roma secara
mendalam dan memusnahkan minyak yang berlebihan. Citrus dan mentol juga dapat
menghilangkan kekotoran dan menyegarkan kulit kepala.
8. SAFI SHAYLA Syampu
Kawalan Rambut Rosak – Mengandungi amino
complex yang membantu dalam pemulihan rambut rosak dengan memelihara
selaput rambut sekaligus memberikan kelembapan pada rambut.
[INFO HARGA PRODUK SAFI SHAYLA BAHARU]
Rangkaian produk SAFI SHAYLA boleh didapati dalam pelbagai saiz dengan harga mampu milik :
1. Syampu
pouch – 480G (RM14.65) (5 Variasi)
a)
SAFI
SHAYLA Syampu Kawalan Rambut Gugur
b)
SAFI
SHAYLA Syampu Segar Bermaya
c)
SAFI
SHAYLA Syampu Itch-Kontrol
d)
SAFI
SHAYLA Syampu Anti-Kelemumur
e)
SAFI
SHAYLA Syampu Licin Terurus
2. Syampu
pump – 520G (RM19.90) (5 Variasi)
a)
SAFI
SHAYLA Syampu Kawalan Rambut Gugur
b)
SAFI
SHAYLA Syampu Segar Bermaya
c)
SAFI
SHAYLA Syampu Itch-Kontrol
d)
SAFI
SHAYLA Syampu Anti-Kelemumur
e)
SAFI
SHAYLA Syampu Licin Terurus
3. Syampu – 160G (RM8.35) / 320G (RM13.65) (8 variasi)
4. SAFI SHAYLA Mist 2 dalam 1 Rambut dan Hijab – 100ML (RM17.90)Terdapat dua variasi iaitu Licin Terus dan Hitam Menawan. Kedua-dua variasi SAFI SHAYLA Mist 2 dalam 1 Rambut dan Hijab mengandungi Habbatus Sauda Organik, perapi asas semulajadi, Pro-Vit B5 dimana ia membekalkan rambut dengan nutrisi, anti-bakteria, perlindungan dari cahaya matahari, memberi kelembapan, mengembalikan sinar, menghindari rambut rosak dan pada masa yang sama ia membuatkan rambut lebih lebat dan sihat.
5. SAFI
SHAYLA Serum Rambut – 50ML (RM17.90)
Juga terdapat dalam dua variasi
Formulasi SAFI SHAYLA Serum Rambut mengandungi:
a) Minyak
organik Habbatus Sauda – Memberikan perlindungan UV, membekalkan nutrisi untuk
rambut yang mengandungi anti-bakteria.
b) Minyak
Moroccan Argan Organik – Kaya dengan vitamin, mineral dan anti-oxida yang dapat
membantu dalam hidrasi rambut. Dengan itu ia dapat menghasilkan rambut yang
lebih lembut dan mengurangkan kerosakan rambut rapuh dengan meningkatkan
keanjalan rambut. Pada masa yang sama ianya dapat memulihkan kilauan rambut.
c) Minyak
Zaitun Asli – Menyegarkan kembali rambut kering, kusam dan kerinting.
d) Minyak
Vitamin E – Mengekalkan rambut yang kuat dan sihat kerana minyak vitamin E
mengandungi anti-oxida yang dapat meneutralkan radikal di rambut.
6. SAFI
SHAYLA Minyak Rambut – 100ML (RM11.90)
SAFI
SHAYLA Minyak Rambut difomulasikan dengan Habbatus Sauda organik dan juga
Minyak Zaitun asli. SAFI SHAYLA Minyak Rambut mempunyai 3 variasi iaitu:-
a) SAFI
SHAYLA Anti-Kekeringan – Mengandungi Vitamin E, A & C yang dapat menjadikan
kulit kepala lebih sihat dan melindunginya daripada sinaran cahaya matahari.
b) SAFI
SHAYLA Kawalan Rambut Gugur – Mengandungi minyak argan yang membantu memberikan
rambut kelihatan lebih bersinar dan mengurangkan rambut rapuh.
c) SAFI
SHAYLA Anti-Kelemumur – Mengandungi ajen anti-kelemumur dan mentol di mana ia
berkesan dalam mengurangkan kelemumur, kegatalan kulit kepala dan kulit kepala
yang berminyak. Berbeza daripada 2 minyak rambut yang disebutkan di atas,
minyak rambut SAFI Shayla Anti_Kelemumur dipakai sebelum mencuci rambut. Urutkan
secara perlahan-lahan minyak rambut di permukaan kulit kepala hingga ke hujung
rambut. Biarkan selama 3 – 5 minit, kemudian basuh dan bilas bersama rangkaian
produk syampu SAFI SHAYLA.
Rangkaian penjagaan
rambut SAFI SHAYLA melengkapi antara satu sama lain dan ia dapat membuahkan
hasil yang baik bagi golongan wanita bertudung atau pun tidak. SAFI SHAYLA ini sangatlah bersesuaian bagi
semua golongan wanita daripada wanita bekerjaya sebagai pemain drum, pemain
papan luncur, pengajar zumba ataupun penunggang jet-ski kerana SAFI SHAYLA
mengurangkan kegatalan dan masalah kulit kepala berminyak sambil meninggalkan
kesan haruman sepanjang hari.
Rangkaian produk
SAFI SHAYLA adalah dalam lingkungan harga mampu milik dan memiliki sijil halal.
SAFI SHAYLA boleh didapati di pasaraya besar, pasar raya dan juga di laman web
dalam talian. Untuk keterangan lanjut mengenai produk SAFI, sila log masuk ke
laman sesawang Facebook SAFI, www.facebook.com/SAFIMY , laman sesawang
Instagram di SAFI@safimalaysia dan Chanel SAFI di Youtube iaitu www.youtube.com/safimalaysia
~ Bonde Senyum Riang ~
5 Ulasan
Bestnya.. Bestnya.. Excited nk pi cari especially yg mist tu..
BalasPadamMist tu Ana paling suka. Wangi sangat. Wajib bawa ke mana-mana.
BalasPadamDia punya mist tu bau wangiiii sangat tau. SUkaaaa...
BalasPadamwahh dia punya packaging tu stylo habis mmg aktif sgt lah pakai syampu ni mmg best wangi je
BalasPadamTergoda tengok packaging dia tu.. Memang gempak..
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.