TEMA GLAMOROUS NIGHT DI MLM APC 2017



Assalamulaikum Dan Selamat Petang...

Hai reader semua,

Menemani Kanda mencari pakaian untuk dipakai pada malam Anugerah Perkhidmat Cemerlang.

Tahun ini pejabat kami menjadikan Tema Glamorous Night sebagai tema Malam Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.  seperti biasa dan tahun-tahun sebelumnya penerima APC adalah surprise dan akan diketahui oleh penerima sahaja.

Memandangkan tahun ini, Kanda adalah salah seorang penerima APC nampak gayanya kena juga cari pakaian untuk Majlis tersebut. (Bagi glamour)...

Kali ini Bonde yang buat surprise kepada Kanda he he he... Pada mulanya.. Bonde cakap dengan Kanda nak cari baju untuk Bonde, tapi sebenarnya Bonde nak "surprise"... nak belanja baju untuk Kanda pakai malam tu... he he he

Tak apalah sesekali belanja suami apa salahnya.   Dia gumbira pasti hati kita pon berbunga-bunga gumbira juga kan!... 

Tak sabar nak tengok Kanda bergaya masa Malam APC tu nanti, Nampak happy sahaja menjelang malam tersebut :) 

Bonde ajak Kanda pergi Mall yang dekat dengan pejabat Bonde dekat Cyberjaya, Kebetulan masa jalan-jalan dengan"geng lunch"hari sebelum ajak Kanda pergi Bonde nampak kedai pakaian ni... Nama Kedai ni HEMAN memang jual pakaian untuk lelaki.

Bonde ada nampak beberapa pakaian yang sesuai ikut tema malam APC kami.  Tu yang Bonde plan nak surpriseee Kanda he he he

[ 3 PAKAIAN YANG DI CUBA ]

TEMA GLAMOROUS NIGHT, MAJLIS MAKAN MALAM, SUIT LELAKI, PAAKAIAN FORMAL LELAKI,

KOD 1 WARNA PUTIH KELABU SIZE S


TEMA GLAMOROUS NIGHT, MAJLIS MAKAN MALAM, SUIT LELAKI, PAAKAIAN FORMAL LELAKI,

KOD 2 WARNA HITAM KELABU SIZE S

TEMA GLAMOROUS NIGHT, MAJLIS MAKAN MALAM, SUIT LELAKI, PAAKAIAN FORMAL LELAKI,

KOD 3 HITAM LINE UNGGU SIZE M

TEMA GLAMOROUS NIGHT, MAJLIS MAKAN MALAM, SUIT LELAKI, PAAKAIAN FORMAL LELAKI,

Kanda pekenan yang no 3 ni tapi saiz tak sesuai M agak besar di bahannya.  Jadi tak boleh buat apa sebab memang tiada saiz untuknya.  terpaksalah reject yang No 3,  Pilihan seterusnya warna No. 1 yang tu Bonde pekenan sebab akan nampak perbezaan jarang-jarang orang nak pakai warna tu.  Tapi Kanda kata yang No. 2 ni Boleh pakai bila-bila masa dan yang penting warna senang nak match dengan kemeja atau t-shirt. Oklahlah pilih yang No 2. Kanda nak yang simple sahaja, tak nak keterlaluan...glamour meletop-letop pulak nanti! Tutup hal baju sebab dah selesai.

Untuk kali ni, Bonde adalah google dekat internet juga macam mana tema glamorous Night ni, banyak yang Bonde dapat sumber rujukan dan contoh pakaian ... antaranya Bonde kongsikan seperti dibawah ni,  Anda jangan tak sahut cabaran tau kalau ada Dinner-dinner bertema ni.. senang sahaja semua boleh google jer! pasti jumpa!

5 TIP FESYEN ‘SIMPLE BUT NICE’ UNTUK LELAKI

1. ‘FIT’ ALWAYS WORKS


Ini merupakan peraturan utama apabila anda cuba mengenakan apa saja pakaian pada tubuh badan anda. Pastikan pakaian yang disarungkan itu benar-benar padan dengan tubuh badan anda. Tidak terlalu ketat dan tidaklah terlalu longgar. Pastikan pakaian yang fit iaitu pakaian yang membuatkan badan anda rasa seolah ‘dipeluk tapi bukan dijerut’. Fit bukan bermakna ketat ya!

2. WARNA MAINKAN PERANAN PENTING


Simple is enough guys! Anda dinasihatkan untuk mengamalkan pengayaan pakaian dengan tidak menggunakan lebih daripada tiga warna. More than that, is a big no no! Anda pasti tidak mahu dicopkan over the top bukan? Pemakaian yang ringkas seperti blazer dan jeans dilihat antara pilihan yang terbaik.


3. JANGAN TERLALU IKUTKAN TREND

Hati-hati dengan trend pakaian yang muncul dari semasa ke semasa. Setkan dalam kepala anda bahawa tidak semua trend bersesuaian dengan tubuh dan gaya anda. Anda ingat trend itu cool, namun malangnya trend juga bisa memusnahkan. Sarunglah apa saja asalkan ia sesuai dan bersederhana, okay?

4. TAK PERLU ACAH-ACAH BERADA

Pemilihan pakaian yang simple but nice is okay, tetapi anda dinasihatkan agar untuk membeli pakaian yang benar-benar diperlukan sahaja. Anda tidak perlu membeli skarf ataupun clutch just to look good and expensive. Apa-apapun cermin diri anda terlebih dahulu. Ini kerana sebaik saja anda mencipta gaya ‘acah-acah’ tersebut, orang di sekililing pasti akan menilai dan menantikan penampilan anda di hari-hari yang seterusnya. Risaukan pula anda tak boleh ‘catching-up’. Buat malu saja!

5. PADANAN

Ada waktunya pakaian anda tidaklah mahal mana, tetapi tampak simple but still looks classy and expensive. Bagaimana? Senang saja! Anda perlu bijak memadankan pakaian anda tersebut. Sekiranya anda memakai kemeja berbutang kosong yang biasa, cuba padankan dengan seluar khakis mahupun slack, selain seluar jeans. You’ll look different!

Sumber : glamlelaki.my dan bagi anda yang keliru tentang tema boleh juga rujuk disini  Jenis-jenis pakaian formal yang perlu diketahulelaki

~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. semuanya cantik bonde. pandai bonde pilih

    BalasPadam
  2. wow betul-betul glamour ni bonde. pandai bonde pilih.

    BalasPadam
  3. Tahniah buat kanda bonde. Suka juga kot no3 tu tapi no 2 pun smart juga.senang nak matching. Selamat berglamorous night bonde.

    BalasPadam
  4. Tahniah kat Kanda tu sbb boleh APC. Bonda bila lagi?

    Jom sertai giveaway yg sdg berlangsung di blog Abam Kie? Terima kasih.

    http://www.zukidin.com/2018/04/spm-result-giveaway.html

    BalasPadam
  5. Salam sejahtera

    Terima kasih kerana sertai Review Blog April 2018.

    Senarai Peserta : https://aerillhassan.blogspot.my/2018/04/senarai-peserta-review-blog-april-2018.html
    Senarai Pemenang : https://aerillhassan.blogspot.my/2018/04/senarai-pemenang-review-blog-april-2018.html

    BalasPadam
  6. Amboi segaknya ayahanda bonde. Mesti seronok pergi event. Enjoy!

    BalasPadam
  7. Semua saya nampak smart bonde.tapi no 3 tuh memang saya berkenan

    BalasPadam
  8. Suka yang no 2 tu nampa smart dan boleh gayakan bila masa je. Warna pun mudah suai padan dengan apa pun.

    BalasPadam
  9. Wow memang bergaya sakan dan nampak macho...

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.