Assalamualaikum dan Selamat Malam...
Hai reader semua,
Bonde nak sharekan dengan anda semua pada hari Rabu 25 April yang lepas Bonde ke Genting Highlands luangkan masa semata-mata untuk Bufet Ramadan terbaik hanya di Rajawali Coffee House
Jika anda bercadang untuk ke Genting Highland pada bulan Ramadan nanti, Maklumlah mesti ramai yang nak shopping dekat GPO yang baru dibuka tu kan! Lepas tu tak berkesempatan nak cari tempat berbuka puasa yang selesa untuk anda dan keluarga, Bonde cadangankan anda singgahlah ke Resort World Genting ini, Kerana Resort World Genting ada menyediakan pakej berbuka puasa yang memenuhi selera anda sekeluarga. Sebab apa Bonde kongsikan cerita ni, sebab Bonde sudah rasa satu persatu dan rasanya perlu Bonde kongsikan dengan anda semua bagi memudahkan anda yang nak cari tempat berbuka puasa nanti.
BUFET RAMADAN TERBAIK HANYA DI RAJAWALI COFFEE HOUSE, RESORTS WORLD GENTING
Berbuka puasa dikelilingi awam di
Resorts World Genting dengan lebih 100 hidangan tradisional Malaysia
Bulan
suci Ramadan bakal menjelma tidak lama lagi dan Resorts World Genting menjemput
semua rakyat Malaysia datang berbuka puasa di Rajawali Coffee House di Hotel
Awana. Datang bersama keluarga, dalam satu kumpulan atau rakan-rakan kerja
sepejabat untuk berbuka puasa dengan pelbagai juadah dan hidangan menarik
tradisional Melayu bermula 18 May hingga 13 Jun 2018.
Bufet Ramadan di Rajawali Coffee House bakal
menampilkan lebih daripada 100 hidangan serata Malaysia. Berbuka puasa dengan pelbagai
pilihan kurma premium diimport khas dari Iran, Turnisia dan Maghribi.
Gerai
Sate dengan pilihan Sate Ayam, Daging, Kambing dihidangkan bersama Otak-otak
dan pelbagai hidangan sampingan termasuk Nasi Himpit, Timun, Bawang Bombay dan
Kuah Sate merupakan menu wajib rakyat Malaysia yang terdalam dalam Bufet
Ramadan.
Buat penggemar sup, satu kios khas Sup Citarasa Awana yang merupakan
kepakaran Rajawali Coffee House disediakan dengan pilihan termasuk Sup Gear Box
‘Lambreta’, Sup Perut, Sup Daging dihidang bersama Roti Banggali untuk menjadi
peneman lengkap dan dengan pelbagai hidangan lain.
Hidangan utama pula ialah Kambing
Bakar Australia dengan sos Lada Hitam Homemade dan Sos Pudina termasuk pilihan
Ayam Percik dengan Sos Percik Merah dan Rojak Ayam.
Kios Ikan Bakar pula
menawarkan pelbagai pilihan ikan-ikan tempatan yang popular termasuk Kembung,
Siakap, Kerapu, Keli, Tenggiri, Terubuk, Patin, Tongkol, Cencaru dan Tilapia.
Kesemuanya dibakar dengan sempurna disajikan bersama Sambal Celup, Sambal
Belacan, Cincaluk, Budu atau Air Asam.
Pilihan makanan laut pula terdiri daripada Ketam segar, Udang, Sotong, Ikan Kembung dan Bebola Ikan/Sotong Goreng Tepung.
Hidangan tidak akan lengkap tanpa nasi, pengunjung boleh menikmati keenakan Nasi Dagang, Nasi Kerabu, Nasi Beriani, dan Nasi Putih. Kesemua hidangan tersebut pula ditemani dengan pilihan kari dan lauk-pauk di kios utama termasuk Gulai Lemak Daging Salai, Asam Pedas Ikaan Pari, Rendang Tok, Patin Tempoyak, Pajeri Terung, Tempe dengan Ubi Kentang bersama Tauhu Jepun dan Cendawan.
Pilihan Nasi Kandar boleh didapati di Kios Penang termasuk Kari Kepala Ikan, Kambing Masala, Kari Sotong, Prathal Ayam, dan Dalca Sayur. Bubur Lambuk dengan pilihan lauk seperti Serunding Kelapa/Ayam/Daging, Udang, Daging Cincang, Lobak Masin, Ikan Bilis, dan Kicap Cili Padi tersedia di Kios Bubur Lambuk.
Jangan dilupakan keenakan Roti John
dihidang bersama Daging, Ayam atau Sardin. Pilihan Murtabak, Roti Canai dan
Roti Telur hingga ke Puree, Capati, dan Idli turut disediakan.
Seleksi mi boleh menuju ke Kios Ipoh dengan pilihan Mi Kari Ipoh dan Char Kuetiau bersama-sama Sotong Kangkung.
Terdapat juga kios hidangan laksa dengan menu Laksa Kedah,
Laksa Johor, Mi Jawa, Mi Bandung dan Mi Rebus.
Melengkapkan semua hidangan semestinya Ulam segar dengan pilihan Kerabu Kacang Botol, Kerabu Taugeh, Kerabu Mangga, Kerabu Kaki Ayam dan Kerabu Perut Lembu dan dimakan bersama Genting Garden Salad, Tauhu Sumbat, Rojak Buah dan Pasembor.
Jangan lepaskan peluang merasai juadah pencuci mulut. Ia merupakan satu lagi kepakaran Rajawali Coffee House dengan seleksi lebih daripada 50 jenis kuih Melayu Homemade termasuk Kuih Lapis, Kuih Bingka Ubi Kayu dan Kuih Talam sehinggaa ke Lepat Pisang, Badak Berendam, Kuih Sagu Merah.
Pilihan tradisional lain termasuk Bubu Cha-Cha,
Pengat Pisang Raja, Ais Batu Campur, dan Cendol serta aiskrim lazat menanti
kanak-kanak.
Akhiri hari berbuka dengan buah-buahan tropical termasuk Nangka, Cempedak, Ciku, Dokong, Langsat, Mata Kucing, Manggis dan Rambutan ataupun pilihan Jeruk Nyonya Masdor.
Basahkan tekak dengan pilihan air rakyat Malaysia termasuk Sirap Bandung, Sirap Selasih, Kacang Soya, Air Mata Kucing, Air Asam Boi, Teh Tarik dan jus buah-buahan segar.
[SUASANA DALAM RAJAWALI COFFEE HOUSE]
[RIVIEW IKHLAS DARI BONDE]
Bonde sangat berpuashati dengan semua menu yang disajikan, yang sangat sedap dan pasti akan repeat lagi ialah sup gearbox ‘Lambreta’ memang sangat sedap dan sentiasa teringat-ingat... (sila tambah cili kicap untuk rasa yang lebih power he he he..)
Kuih muih yang pelbagai jenis, sangatlah teruja bila melihatnya (naseb Bonde tahan nafsu buaya he he he)
Tempat makan yang sangat selesa, segala menu sentiasa panas perghhhh memang membangkit selera!
Tempat makan yang sangat selesa, segala menu sentiasa panas perghhhh memang membangkit selera!
Bufet Ramadan di Rajawali Coffee
House akan bermula pada 18 Mei hingga 13 Jun 2018 dan diikuti pula Bufet Hari
Raya Aidilfitri pada 15 & 16 Jun 2018.
[HARGA]
Harga bufet RM110 bersih untuk
seorang Dewasa dan RM55 untuk seorang Kanak-kanak berusia bawah 12 tahun dan
Warga Emas 60 tahun ke atas. Untuk tempahan awal, nikmati harga istimewa RM90
bersih seorang (Dewasa) bagi tempahan sebelum 20 Mei 2018.
[ UNTUK TEMPAHAN ]
Untuk tempahan, sila
emel awana.rajawali@rwgenting.com atau hubungi 03 6436 9000 / 019 388
0390.
~ Bonde Senyum Riang ~
9 Ulasan
Berbaloi bayar harga dengan pilihan makanan yang banyak! Kalau pergi sana confirm tak tahu nak makan yang mana satu
BalasPadamBestnye menu die. Mkn like a King nii
BalasPadamMacam-macam ada. Puas makan. Berbaloi dengan harga dia. View pun tenang je.
BalasPadamSampai atas puncak Genting Bonde gi berbuka yer. hehhe Bestnya makanan kat sini yang menarik ada nasi kandar tu. Tak payah susah payah nak mai penang dah.
BalasPadampilihan yang banyak..ruang makan pun selesa
BalasPadamsesekali nak kelainan...bolehla jengah GH kan...
BalasPadamBanyak ya pilihan makanan bonde.rambang mata tgk.berbaloilah dengan harga yang ditawarkan
BalasPadamNasi buluh yang menarik minat Marsha...lain dari lain
BalasPadamMacam2 ada bonde, rambang mata. Berbaloi dengan harga, view pun best.
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.