Assalamualaikum Dan Selamat Petang...
Hai reader semua,
Kalau pergi sarapan pagi di OldTown White Coffee anda selalu order apa? Kalau Bonde dengan family memang wajib order makanan dekat bawah ni..
Kalau makan dekat OldTown White Coffee memang dah tahu dah menu apa yang akan dioder jadi tak ambik masa yang lama dok belek-belek buku menu tu. Lama belek, lamalah makanannya sampai. Jadi setiap kali nak makan dekat situ, tanya siap-siap dalam kereta bila sampai terus oder dekat kaunter.
MENU WAJIB ORDER KALAU KE OLDTOWN WHITE COFFE
1. Egg boil / Telur separuh masak
Akan oder 2 set untuk Kanda dan Fatin, Kadang Kanda tak makan Bonde yang makan.. letak lada sulah letak kicap... ummpphhh sedap!
2. Kaya & Steamed Bread
Kanda yang suka makan Kaya & Steamed Bread ni, Kalau tak habis Bonde yang kene habiskan (sebab tu badan bertambah sado hu hu hu tak suka pembaziran)
3. Special Springy Noodles Soup
Menu ni Kanda akan oder masa dia lapar jer, Kalau tak lapar dia tak oder.. sebab maggi tu dia suka he he he
4. Vanilla Ice Cream & Red Bean
Ini desert yang Kanda akan pilih, Dia suka sangat makan Ice cream dengan kacang merah ni, Bonde tukang habiskan kalau tak habis he he he. Air fav Kanda OLDTOWN White Coffee – Cham.
5. Fish Ball Noodles Soup
Ini memang kesukaan Bonde, setiap kali makan dekat sini memang akan order fish ball noodles soup ni. ( tambah cili, kicap,cili flake danminta extra kacang dan ikan bilis). Air fav Bonde lime ice.
6. OLDTOWN Nasi Lemak Classic
Fatin memang akan pilih nasi lemak, dia akan pilih dan tukar-tukar ikut selera dia, selain OLDTOWN Nasi Lemak Classic, dia akan order OLDTOWN Nasi Lemak Chicken Rendang atau OLDTOWN Nasi Lemak Sambal Sotong. (ikut mood dia) air fav pula ice lemon tea.
Suka sangat dapat makan nasi lemak fav dia ...
Tentang Harga pula....
Bagi Bonde, berpatutkan sebab ianya cafe francais yang Popular di Malaysia. rasa makanan sedap dan oklah harga makan dekat sini, Kalau nak jimat, untuk sarapan anda kene ambik promosi breakfast sebelum jam 11.00 pagi. Kalau sebelum tu ada pelbagai menu untuk breakfast. Untuk kami yang datang pada waktu malam ni. Makan bertiga RM 41.22 tambah gst RM 43+
CYBERJAYA
Block 3503, Prima Avenue,
Jalan Teknokrat 5, 63000 Cyberjaya, Selangor.
Phone: 012-269 4999
Fax: 03-8322 6682
~ Bonde Senyum Riang ~
13 Ulasan
Bila dah tahu menu apa yang nak dipesan mudah dan cepat jadinya...tu yang PC dengan En Suami kadang pergi dikedai makan yang sama..terutama kalau nak segera ke satu-satu tempat yang lain...
BalasPadamsemua makanan tu sedap2
BalasPadamhehehe
kalau pergi old town suka order asam laksa dia ataupun nasi lemak rendang ayam :D
BalasPadamsedapya.. mama pun suka mkanan kopitiam mcm ni
BalasPadamNasi lemak dengan telur separuh masak tu memang wajib order
BalasPadamNah 2x je p oldtown ni..sekali ngan family n sekali ngan kawan..mesti order roti ns lemak dgn mee kari..jom bonde banjer el plak hihi
BalasPadamKak Sue lama dah tak datang makan sini, Kak Sue suka mee kari kat sini..
BalasPadamHusband saya x suka masuk kat sini.x suka katanya tpi saya syak harga mknanan tu benornya.. Hehe
BalasPadamDari dulu lagi Sal suka menu yang dok ada kat Old Town White coffee..banyak pilihan dan paling best nasi lemak dia..perghhh..
BalasPadamSedap sedap menu kat Old Town ni Bonde. Marsha pun suka masuk Old Town ni
BalasPadamKite suke makan mi kari dia.tapi versi kering. Tak ingatlah nama dia..lama dah xmasuk sini.hehe..air plak kite suke hazelnut white coffee..
BalasPadamSaya tak pernah makan di oldtown lagi bonde
BalasPadamTry akan roti Johnny Sedap !!!
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.