Assalamualaikum Dan Selamat Malam...
Hai reader semua,
Cuti Tahun Baru Cina yang Lepas Bonde dan family sempat berjalan ke Genting Highland, memandangkan ini adalah trip yang tidak dirancang kami terjah sahaja, memandangkan musim panas masa tu tak bisa duduk diam sahaja dirumah dan kami buat perancangan saat akhir... iaitu pada awalnya dalam perancangan nak ke Pulau Pangkor, Lumut, Camping Janda Baik.(semua tak jadi)
Pengalaman Pertama ke Genting Highland menaiki kereta Axia, Boleh ke Axia naik ke Genting?? Sebelum ini Bonde ada terbaca soalan ni dekat FB tentang kereta Axia Boleh ke naik ke Genting Highland pada CC yang rendah, Jadi Bonde dan family buat kajian tu pada kereta kami sendiri he he he. Memandangkan Kanda arif dalam hal-hal ini.. (Boleh follow sahaja)
Mestilah boleh sebab dah sampai puncak atas tu... dan dah selamat pergi dan balik pun hi hi hi Alhamdulillah sampai juga akhirnya Axia ke Genting Highland. Tapi yang pandu kereta bukan Bondelah yang pandu Kanda.. he he he sebab kena pandai control minyak dan break kalau tak pandai kereta boleh tersadai tepi jalan.
Genting Highland berkabus dan suhu pada masa tu memang sejuk 24 darjah - 25 darjah memang sejuklah cuaca dekat sini memang tenang sekali...
Nak masuk Sky Avenue Genting Highland... sekarang dah jadi shopping mall dulu dikenali sebagai tempat main indoor game, game untuk kanak-kanak memang best dulu Fatin pun dah lupa masa kami bawa dia datang sini, umur dia masa tu 2 tahun... langsung dia tak ingat apa.
CNY DI SKY AVENUE GENTING HIGHLAND
Kami baru melangkah masuk ke dalam Sky Avenue Genting Highland wah rasa macam berada dekat Hong Kong... penuh dengan tang lung merah pelbagai saiz cantik sangat.
Deco sempena CNY memang sangat menarik dibawah dan diatas penuh dengan tang lung sangat menarik... suka tengok cantik sangat!
Ruang meninjau ini Boleh nampak cable car. Lalu lalang... dekat luar mesti lagi sejuk...
Team park masih dalam proses renovation lagi... Ingat beberapa tahun dulu naik dua kali datang sini, zaman bujang dan zaman sudah ada keluarga rangka Roller Coaster yang warna biru tulah yang paling tertinggi sekali masa tu... dan naik 2-3 kali seronok sangat. Tapi kalau suruh naik sekarang tak tahulahhh masih berani macam dulu-dulu atau tidak he he he
Tak sahlah tak bergambar dekat sini... deco-deco bunga sakura ni menarik sangat.. sampai beratur tunggu turn nak bergambar... Hai lahhh Bonde pon nak bergambar juga...
Pemandangan dari atas kebawah... memang ramai oooo berbilang bangsa ada... pelancong pon ramai!
[ SKY SYMPHONY THEATRE OF LIGHT & SOUND ]
Yeay... dapat tengok Sky Symphony Theatre Of Light & Sound, memang menarik sekali terlopong mulut tengok... Cantik sekali.... Kami akan tengok pada 4.00 petang nanti. Video Sky Symphony Bonde dah uploud dekat Instagram.
Sebelum tu lampu tu akan bertukar-tukar imej dia.. seperti kita berada di kota Hong Kong dan China Town. Tadaaa... tengoklah gambar-gambar dekat bawah...
Pemandangan dari atas...
Lepas keluar dari Sky Avenue singgah berehat dan makan di Jan Bin...apa menu menarik dekat situ.. Wafle Ice Cream dan Malaysianbing
Wafle Ice Cream
Sangat sedap.... makan pula masa cuaca sejuk-sejuk memang sedap! walfle tu panas he he he nanti anda trylah sendiri.
Malaysianbing
Rasa dia macam kebab sikit-sikit dan ada rendang juga he he he... selera masyarakat Malaysia, ramai juga peminat Malaysianbing ni tau beratur dekat stall tu tau.
Amboi-amboi.... bukan main lagi dua beranak ni tau... Oklah bagi can Ayah dengan anaknya lepas rindu dan makan tu dengan nikmat...
Babak suap-menyuap ni... dua beranak kan main lagi ...
[ JALAN-JALAN TAMAN DEPAN SKY AVENUE]
Oklah... Kami nak balik dah... nexttime datang lagi... Dan harap masa tu theme park dah buka. Seronok datang sini.
~ Bonde Senyum Riang ~
9 Ulasan
Waaaa.. best..
BalasPadamMarsha pun dah lama tak naik genting. CNY ritu plan nak naik juga tp tengok mcm jammed xjadi
BalasPadamKak Sue lama tak ke sana Bonda, last masa muda-muda dulu.. hehehe..
BalasPadamBila gaknya nak sampai sana lagi.Mesti dah banyak perubahan kan
BalasPadamBestnya jalan-jalan genting. Dah lama tak gi genting. Sweet nya anak dengan bapak tu makan bersuap ☺
BalasPadamAla lama tak naik genting. Best pula tgk gambar2 bonde ni. Meriah sgt atas tu. Rasa nak naik genting je skrg.
BalasPadamWahhh happy bonde eh.. Seronok nampak decoration dia.. Cantik2 =)
BalasPadamlama betul tak pergi Genting.. Rindu plak nak ke sana.
BalasPadamDah lama tak pergi genting.nanti nak pergi lagi lah..tgk bonde dan family happening btul
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.