Assalamualaikum Dan Selamat Malam,
Hai reader semua,
Kajian
automotif Bosch: Hanya satu peratus pemandu wanita tahu menyelesai masalah
tanpa bantuan
Wanita lebih
cenderung meminta pertolongan daripada ahli keluarga dan rakan-rakan apabila
kereta mereka rosak.
BOSCH MEMBANTU WANITA MENGATASI MASALAH BATERI KERETA
Petaling
Jaya, Malaysia – Satu kajian oleh Bosch Automotive Aftermarket mendedahkan hanya satu peratus wanita
mampu menyelesaikan masalah berkaitan kenderaan mereka sekiranya berlaku
kerosakan berbanding kaum lelaki sebanyak 48 peratus. Kaji selidik yang
dijalankan oleh Bosch – pembekal utama komponen gantian automotif itu
melibatkan seramai 350 pemandu negara ini berusia 18 hingga 55 tahun bertujuan
mendapatkan input mengenai tabiat pengurusan bateri kereta yang merupakan salah
satu penyebab utama kenderaan rosak.
“Kajian kami menunjukkan bahawa 70 peratus daripada kerosakan
kenderaan berpunca daripada masalah bateri. Masalah tersebut bukan sahaja
menimbulkan kesulitan malah mampu mendatangkan risiko keselamatan kepada semua
pemandu terutama kaum wanita sekiranya mereka terkandas bersendirian” kata
Encik Pang Yoon Kong, Pengurus Bosch Automotive Aftermarket Malaysia.
Kaji selidik itu juga mendapati 84 peratus wanita akan mendapatkan
bantuan daripada ahli keluarga dan rakan-rakan manakala 12 peratus dalam
kalangan mereka akan menghubungi syarikat penyedia bantuan kerosakan kenderaan
sekiranya kereta rosak akibat kegagalan bateri.
“Menurut kaji selidik itu, sejumlah besar wanita
masih tidak mengetahui bagaimana untuk mengatasi masalah kereta rosak akibat
kerosakan pada bateri kenderaan. Di Bosch, kami berhasrat untuk memperkasakan
pemandu terutamanya wanita untuk memiliki pengetahuan mengenai kenderaan dan
boleh mengenal pasti tanda-tanda awal kerosakan pada bateri kerana 70 peratus
daripada kerosakan kenderaan berpunca daripada masalah bateri,”
Lima tanda bateri kereta rosak:
·
Aci
engkol perlahan
Bunyi
aci engkol pada enjin lembap dan ambil masa lama untuk dihidupkan
·
Lampu
amaran papan pemuka
·
Perlu
bantu mula (Jump start) bateri
Gantikan
sekiranya bateri kenderaan telah dibantu mula melebihi tiga kali dalam tempoh
seminggu
·
Bekas
bateri bengkak
Bateri
kereta yang terdedah kepada jumlah haba berlebihan mungkin membengkak dan boleh
menyebabkan jangka hayat bateri lebih pendek
·
Bau
seperti telur busuk
Bateri
kereta mengandungi asid sulfurik, ia akan mengeluarkan bau seperti telur busuk
sekiranya berlaku lintar pintas, beku atau terlebih cas. Pastikan bateri
diperiksa secepat mungkin kerana berkemungkinan berlaku kebocoran asid sulfuric
yang boleh merosakan bahagian kenderaan yang lain
29 percent of women drivers, compared to 22.6 percent of men, are still using
lead-acid batteries as opposed to maintenance-free ones, as the survey
revealed. “More drivers now prefer maintenance-free batteries, compared to
lead-acid batteries which require constant and regular maintenance on the
driver’s part. Maintenance-free batteries have more advantages as they
typically have higher cranking power and charge capacities, recharge faster,
and last longer. Drivers are able enjoy a stress-free driving experience
without worry about battery water levels at different states of charge,” added
Pang.
Kaji selidik itu juga mendedahkan sejumlah 29
peratus pemandu wanita berbanding 22.6 peratus pemandu lelaki masih menggunakan
bateri asid plumbum (bateri sel basah) berbanding bateri bebas penyelenggaraan
(bateri sel kering).
“Lebih ramai pemandu kini memilih untuk menggunakan bateri sel kering berbanding
bateri sel basah yang memerlukan penyelenggaraan. Bateri sel kering memiliki
kelebihan kerana mampu memberikan lebih kuasa, mengecas lebih pantas dan mampu
tahan lebih lama. Pemandu dapat menikmati pengalaman memandu tanpa tekanan
tanpa perlu bimbang mengenai air bateri” tambah Pang
Bateri Bosch
boleh didapati di semua pengedar sah di seluruh negara:
~ Bonde Senyum Riang ~
6 Ulasan
Wah lepas nih bertambah mudahlah kita ye bonda sebab dah ada bosch nih
BalasPadamtengs bosch membantu kami para wanita dan memudahkan keje kami
BalasPadambateri sel kering ya yg ni? kami dah pernah guna dulu tapi balik semula guna yg air. .hehe
BalasPadamMudah dengan adanya bosch ni kan
BalasPadamMama tgh pakai yg kering skrg
BalasPadamOwahhh menarik la. Kena dapatkan juga ni
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.