4 Tips Mix & Match Warna Tudung Dengan Baju



4 Tips Mix & Match Warna Tudung Dengan Baju  Assalamualaikum Dan Selamat Malam...Hai reader semua,Anda ada masalah macam Bonde ke tidak? Kadang jadi blur nak macth warna tudung dengan baju dari hari Isnin - Jumaat kadang jadi pening nak pakai tudung apa? nak pakai baju apa? Bila dapat baju tak tau nak pakai tudung warna apa? 

4 Tips Mix & Match Warna Tudung Dengan Baju

Selalunya, yang pertama cari baju dulu, yang kedua baru cari tudung.  Bonde nak share dengan anda semua apa yang Bonde baca di FB Page viral oh viral tentang warna. Moga menjadi inspirasi kepada kaum wanita khusus pembaca blog Bonde yang belum baca tentang  4 Tips Mix & Match tudung dengan baju.

Moga hari-hari yang kita lalui ceria.. mood ceria membantu untuk jadi happy sepanjang hari, betul tak ? he he he

1. Warna Romantik

4 Tips Mix & Match Warna Tudung Dengan Baju 

2. Warna Sweet

4 Tips Mix & Match Warna Tudung Dengan Baju 

3. Warna Beautiful

4 Tips Mix & Match Warna Tudung Dengan Baju 

4. Warna Gorgeous

4 Tips Mix & Match Warna Tudung Dengan Baju 

Tips Memilih Warna Pakaian Berdasakan Bentuk Badan

Badan gempal dan tinggi

Individu seperti ini sesuai menggayakan baju bewarna gelap seperti warna hitam, coklet gelap, biru gelap, hijau gelap kerana warna-warna ini mampu membuatkan anda kelihatan langsing. 

Serlahkan juga penampilan anda dengan corak bunga-bunga kecil. Untuk kelihatan ceria anda harus bijak bermain dengan warna. 

Awas, elakkan memakai pakaian warna terlalu terang dan corak bunga yang besar kerana ia akan menampakkan kegempalan anda.

Badan kurus dan rendah

Jika anda golongan ini, serlahkan penampilan anda dengan menggayakan warna baju yang lebih cerah dan corak bunga yang sedikit besar. 

Corak garis menegak sesuai dipakai supaya anda nampak lebih tinggi. 

Lengkapkan penampilan anda dengan memakai kasut tinggi wedges, ia mampu membantu menambahkan ketinggian dan pastinya anda akan kelihatan lebih elegan dan trendy.

Badan kurus dan tinggi

Untuk individu yang berbadan kurus dan tInggi, anda sesuai memakai warna cerah seperti merah jambu, merah, kuning, oren, hijau, biru muda dan coklat serta boleh juga menggayakan corak melintang dan bercorak bunga yang besar pada baju bagi mengurangkan anda dilihat terlalu kurus. 

Corak melintang dan besar mampu memberi gambaran bahawa anda lebih berisi.
~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. menarik ni , kadang - kadang makan masa jugak berdiri lama-lama depan almari fikir nak match baju dengan tudung yang bersesuaian

    BalasPadam
  2. Nice tips la Bonde! Saya suka color blocking , hehe.

    BalasPadam
  3. Wah... info yg sgt bagus ni. Terima kasih atas perkongsian

    BalasPadam
  4. Suka sangat entri ni. Maklumla wanita mesti la nak nampak cantik sentiasa. Hehe. TQ

    BalasPadam
  5. Terima kasih bonde!! AM boleh gunakan tips bonde nie utk tampil comel lagi di lain hari.. senang & mudah bila gunakan tips bonde nie!!

    BalasPadam
  6. Menarik ni. Kdang2, terjadi simptom 'takut nak combine colour yang rasa tak matching'. Tapi kalau ikot scheme kaler suma tu, boleh ajer, comey ajer..

    BalasPadam
  7. Teringat plak belajar kemahiran hidup dulu. Ada jugak silibus pemilihan warna vs saiz dan ketinggian individu ni kan...

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.