Assalamualaikum Dan Selamat Malam...
Hai reader semua...
Bonde nak tanya ada dekat sini peminat minyak wangi enchanteur tak? Info untuk anda semua, Enchanteur ada mengeluarkan produk baharu khas untuk anda yang sukakan wangian... #farfumelover dan #enchanteurlover memang ramai peminatnya tak heranlah produk enchanter masih bertahan hingga kini.
Kini enchanteur hadir dengan saiz baharu memang sangat sesuai untuk dijadikan hadiah...
Selain produk set diatas terdapat produk lain dalam bentuk set yang baharu juga seperti dibawah.
SET HADIAH ENCHANTEUR DENGAN WANGIAN PENUH KEINDAHAN
JADIKAN HADIAH UNTUK TERSAYANG
Bagi anda yang tidak ada idea apa yang hendak diberi kepada sebagai hadiah yang menjadi kebiasaan seperti jambangan bunga, coklat dan kad hadiah yang tidak akan bertahan lama, set wangian adalah pilihan hadiah lebih ideal. Set hadiah sebegini sangat serbaguna untuk dijadikan hadiah pada mana-mana majlis atau ulang tahun memandangkan rekaan pembungkusan serba indah dan lengkap dengan rangkaian rejim penjagaan diri yang mengandungi wangian EDT dan losyen.
Pemberian wangian dilambangkan seperti memberi sejambak bunga yang besar, tetapi lebih praktikal dan mengandungi intipati kuntuman bunga semerbak. Lebih penting lagi, haruman ini membawakan gabungan simbolik keintiman dan kemewahan.
Pewittttt berbunga hati sidia, penerima akan dapat menikmati pengalaman hadiah penuh wangian. Perasaan indah yang kembali mekar semula akan mengeratkan hubungan baik biarpun di antara si anak- si ibu, adik beradik, teman istemewa, malah hubungan antara pelajar dan guru. Sedikit sentuhan perincian akan mengekalkan detik-detik penuh keajaiban setiap hari.
Menyedari penghargaan yang diberikan terhadap wangian EDT, ENCHANTEUR memperkenalkan 5 set wangian tersendiri yang disediakan dalam bingkisan yang direka cantik, sesuai untuk semua perayaan - sama ada hari ulang tahun, perayaan, hari lahir, anugerah pencapaian dan hari penghargaan. Pek EDT mesra perjalanan bersaiz 15ml ini menjadikan hadiah ini sesuai sebagai kejutan dan mudah dibawa di dalam beg tangan.
ENCHANTEUR telah membina reputasi sebagai jenama haruman dan penjagaan diri yang terkemuka dan berkualiti, diilhamkan dari Kota Perancis. Setiap aromanya telah dipilih oleh pakar wangian Perancis. Kami berbangga kerana dapat memenuhi keperluan wanita untuk mencipta sebuah pengembaraan cinta menakjubkan yang penuh dengan tujuan dan keanggunan.
SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS (BELLE AMOUR & MON AMIE)
Mon Amie jika diterjemahkan, bermaksud My Friend (Sahabatku), memberikan wanita aroma yang menyenangkan dengan penuh kesegaran apabila berada di luar; manakala Belle Amour yang membawa erti Beautiful Love (Keindahan Cinta), satu wangian yang didambakan terhadap seorang gadis impianmu. Kedua-dua wangian floral ini melambangkan persahabatan dan hubungan cinta yang mekar direka khas dengan bahan unik dapat menjamin mood
keseronokan pada siang hari serta pengalaman suasana temu janji malam yang
indah. Set ini sangat sesuai dijadikan hadiah sempena apa jua sambutan kerana
wangian ini hadir dalam botol bersaiz comel dengan penutup berbentuk reben ENCHANTEUR
Paris yang tersendiri - seolah-olah
hadiah yang diikat dengan reben. Kedua-dua wangian ini telah digubah di dalam
kotak yang sangat cantik bersama Menara Eiffel ENCHANTEUR Paris. Set hadiah
yang mengandungi 15ml wangian EDT Belle Amour dan Mon Amie boleh didapati
secara eksklusif di kedai farmasi Watsons seluruh negara.
SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS (MON AMIE & ADORE)
Mengandungi 2 wangian EDT Mon Amie dan Adore bersaiz 15ml, set hadiah
ini digubah khas untuk memikat dan menawan hati orang di sekeliling. Mon Amie
adalah aroma personaliti menawan dalam semua hubungan, yang merangkumi persona
terang, dan ceria si gadis. Wangian Adore pula menggambarkan haruman gadis
idamanmu yang comel dan sentiasa meninggalkan kesan yang mendalam. Set hadiah yang
sungguh menakjubkan ini meningkatkan mood si gadis agar dirinya sentiasa berasa
istimewa dan berkeyakinan. Set eksklusif ini boleh didapati di kedai Watsons
sahaja.
SET HADIAH ENCHANTEUR PARIS MON AMIE
Set mempesonakan ini mengandungi sebotol wangian EDT bersaiz 15ml serta
losyen badan dan tangan Light & Fresh yang segar dan melembapkan kulit
dalam pek size 100ml, kedua-duanya dalam variasi wangian Mon Amie. Haruman ini
meremajakan, manakala losyen yang diperkaya dengan lidah buaya, portulaca,
ekstrak liquorice dan ejen pelindung matahari bertujuan untuk melindungi kulit
agar lebih lembut, cerah, lembap dan sentiasa dilindungi dari sinaran UV.
Diformulasikan agar bertekstur ringan dan tidak berminyak, membolehkan si gadis
melakukan aktiviti harian dengan mudah dan selesa. Gabungan set ini akan
memberikan kenalan gadismu bau haruman sepanjang hari serta penjagaan asas
hariannya terjaga rapi. Luahkan penghargaan anda kepadanya kerana sentiasa
tampil mempesona seperti permata! Dua barangan ini digubah dalam kotak berwarna
yang ceria dan boleh didapati secara eksklusif di farmasi Guardian seluruh
negara.
SET HADIAH MINI ENCHANTEUR (MON AMIE AND CHARMING)
Set hadiah ini terdiri
daripada wangian Mon Amie dan Charming bersaiz 15ml setiap satu, yang berkonsepkan
siang dan malam. Set ini melengkapi gaya hidup si gadis yang gemar menggunakan
aroma berbeza untuk waktu yang berbeza. Pada siang hari, dia mempunyai persona
Mon Amie – individu yang periang, dan mudah didekati manakala pada waktu malam,
dia akan bersiap untuk keluar dengan haruman sofistikated yang menonjolkan
keanggunan
diri serta membuat si dia terpikat. Set hadiah ini boleh didapati di
kedai runcit utama di seluruh negara, serta laman membeli belah atas talian-
LAZADA.
SET HADIAH MINI ENCHANTEUR (BELLE AMOUR & ROMANTIC)
Diilhamkan dari personaliti romantis si gadis, ENCHANTEUR memperkenalkan
set hadiah di dalam kotak merah jambu – di dalamnya mengandungi wangian Belle
Amour dan Romantic bersaiz 15ml setiap satu. Kedua-dua wangian menyenangkan ini
bertujuan untuk menyemarakkan cinta dan kasih sayang untuk menjadikan setiap
detik bersama berharga. Anda pasti terpesona dengan keanggunan dan
kecantikannya yang memukau. Bingkisan set ini dijual di kedai runcit utama di
seluruh negara dan laman membeli belah atas talian- LAZADA.
HARGA MAMPU MILIK !
ENCHANTEUR PARIS MINIATURE EDT GIFT SETS dijual pada harga
RM34.90 (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak).
ENCHANTEUR PARIS MON AMIE GIFT
SET berharga RM23.50 (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak).
ENCHANTEUR MINIATURE GIFT SETS dijual pada harga RM34.90 di
Semenanjung Malaysia & RM36.70 di Sabah dan Sarawak).
~ Bonde Senyum Riang ~
12 Ulasan
wow.. mewangila bonde nanti.. ahahhaha
BalasPadamComel ja kan set macam nie.. sesuai juga nak jadikan hadiah kan..
BalasPadamSA suka yg kaler pink tu...wangi ..
BalasPadamcomel je.. packaging dia cantik.. bau dia confirm la kan..
BalasPadamjealousnya korg dapat ni. tp emi pun dah byk koleksi enchanteur kat rumah. Tak sempat nak guna hahah
BalasPadamwahh sesuai sangat kalau nak buat kejutan untuk yang tersayang. haruman enchanteur ni pun memang wangi. sangat elegan!
BalasPadamset dia didatangkan dalam box yang sangat cantik.. kalau orang bagi kita memang rasa happy sangat2.. pengganti bunga .. heee
BalasPadamThe packaging is really stunning. My friend birthday is coming up, guess I know what to get for her now! Thanks!
BalasPadamsuka enchanteur..wangii
BalasPadamThis will be a really great gift set. Loving the combo, must smell really good too.
BalasPadamIs a good idea for gift. I love the packaging so much.
BalasPadamsha guna jugak perfume ni!
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.