Assalamualaikum Dan Selamat Malam...
Hai reader semua...
Walaupun ini cerita tahun lepas, tapi Bonde tetap nak ceritakannya kerana ini adalah pengalaman berharga bagi Bonde yang harus anda semua tahu juga.
Pelancaran Kebun Komuniti Untuk Warga Majlis Perbandaran Sepang telah diadakan pada 20 Disember 2017 tahun lalu di Perkarangan Majlis Perbandaran Sepang (Bersebelahan Kantin Majlis Perbandaran Sepang)
Kebun Komuniti Untuk Warga Majlis Perbandaran Sepang ini adalah Program Jabatan Perancang Bandar Dan Desa dibawah Program Low Carbn City"untuk warga kerja MPSepang dimana satu jabatan di MPSepang akan dapat satu 'planter box' dan satu 'planter box' terdapat empat pokok didalamnya.
Antara tanaman yang akan terdapat dalam 'planter box' adalah :
1) Limau Kasturi
2) Tembikai Susu
4) Timun
5) Cili
Pelancaran Kebun Komuniti Untuk Warga Majlis Perbandaran Sepang telah diadakan pada 20 Disember 2017 tahun lalu di Perkarangan Majlis Perbandaran Sepang (Bersebelahan Kantin Majlis Perbandaran Sepang)
Kebun Komuniti Untuk Warga Majlis Perbandaran Sepang ini adalah Program Jabatan Perancang Bandar Dan Desa dibawah Program Low Carbn City"untuk warga kerja MPSepang dimana satu jabatan di MPSepang akan dapat satu 'planter box' dan satu 'planter box' terdapat empat pokok didalamnya.
Antara tanaman yang akan terdapat dalam 'planter box' adalah :
1) Limau Kasturi
2) Tembikai Susu
4) Timun
5) Cili
MYOFFICE MYFARM @SEPANG
Warga Jabatan Kawalan Bangunan antara yang terawal hadir pada program tersebut.
Untuk gimic Pelancaran Poster dan belon akan di letaskan oleh Dato' YDP
Encik Ismail dengan Kak Anum sedang menanam pokok kedalam plantet Jabatan Kawalan Bangunan.
Acara terakhir siram air kepada Pokok... Steady Bos!
Turn Jelin dengan Hema pulak..
Bismillahhirahmanirahm Moga pko limau ini hidup subur... dan berbuah lebat.
Warga Jabatan Kawalan Bangunan
Moga Pokok Limau Kami Hidup subur hendaknya.
Kenapa Jabatan Kawalan Bangunan dapat Pokok Limau Kasturi?
Jabatan kami dapat pokok Limau Kasturi ini kerana telah di tetapkan oleh Jabatan Perancang.
Bonde sempat google kegunaan Limau Kasturi. Untuk rujukkan anda semua:
[ 10 KEBAIKAN LIMAU KASTURI ]
1 . Ubat Batuk
limau+kicap+garam = minom setiap pagi and malam …batuk akan beransur pulih ( Ini Bonde pernah amalkan ternyata menjadi syukur alhamdulillah)
2 . Ubat Demam
Petiklah 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.
3. Ubat Ketiak
Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang.
4 . Ubat Pening Kepala
Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.
5 . Ubat Lelah
Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi.Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi. Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tak mengalami lelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara ini seminggu sekali.
6 . Ubat Kurus
Perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.
7 . Ubat Kelemumur
Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau nipis. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.
8 . Ubat Hilang Minyak Pada Baju
Perahkan sebiji limau kasturi ke dalam piring.Campurkan perahan limau kasturi tadi dengan sedikit garam.Kemudian, gosokkan campuran di atas pada bahagian pakaian yang terkena minyak.Lepas dah gosok, biarkannya selama 5 hingga 10 minit. Kesan minyak tu akan hilang nanti.Akhir sekali, barulah anda basuh pakaian tadi bersama dengan pakaian lain macam biasa.
9 . Ubat Wangi Rambut
Ambil beberapa biji limau nipis & hiris2kan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening & menyejukkan kepala.
10 . Ubat Kilatkan Cermin Mata
Cermin mata selalu kabur warna kerana terkena peluh disekitar mata atau hidung. Cuba petua ini bagi mengatasi cermin mata anda jelas lebih lama. Cuci & gosokkan sedikit limau pada kacanya. Bilas bersih2 kemudian lap dgn kain bersih atau tisu. Hasilnya cermin mata lebih kuat & jelas lebih lama.
SUMBER INFO
Selamat Mencuba!
SUMBER INFO
Selamat Mencuba!
~ Bonde Senyum Riang ~
3 Ulasan
uishh .. macam best je tgk gambar2 tu. Saya suka je bab tanam-tanam pokok ni.
BalasPadamBile ade mase boleh undang saye ke lokasi ini Bonde, salam dari Blogger Kalimantan.
BalasPadamwow boleh jadikan ubat kurus>? nak try la!
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.