Keperluan Diri Dan Checklist Untuk Masuk Asrama Kolej Vokasional



Assalamualaikum Dan Selamat Pagi...

Hai reader semua,

Pada 15 Januari yang lalu Fatin dapat interview dari Kolej Vokasional dan pada 19 Januari adalah tarikh keputusan keluar secara online dan pada 23 Januari tarikh mendaftar masuk Kolej Vokasional.  Macam tak percaya Fatin dapat tawaran dan sudah dua malam Fatin tinggal di asrama apalah khabarnya disana.  Doa Bonde moga Fatin dapat sesuaikan diri dan berdikari, tak pernah selama 16 tahun berpisah dengan Family.  Akhirnya Fatin berpisah dengan kami.  Memang rasa sunyi bila tiada dirumah...maklumlah kawan gaduh, kawan bergurau, kawan sembang.  Dari kejauhan Bonde doakan yang baik-baik sahaja.

Dua hari sebelum Fatin masuk asrama adalah hari dimana kami membeli semua keperluan dan persedian Fatin untuk masuk asrama.

Dibawah Bonde kongsikan semua keperluan dan peralatan yang kami beli untuk rujukan parents semua.

Ia juga boleh digunapakai untuk anak-anak yang memasuki asrama penuh, universiti atau kolej cuma ada penambahan yang lain mengikut keperluan bidang yang diambil dan asrama itu sendiri.

Baca Info : Pra Sekolah 

Keperluan Diri Dan Checklist Untuk Masuk Asrama Kolej Vokasional 

KEPERLUAN DIRI & CHECKLIST UNTUK MASUK ASRAMA  KOLEJ VOKASIONAL, ASRAMA PENUH, UNIVERSITI DAN KOLEJ.


1-Persediaan untuk barang peribadi dan persalinan.


Baju Kurung (5 helai cukup)
Baju Riadah (3 hehai)
T-shirt (3 hehai)
Seluar (3 helai)
Sweater (1 hehai)
Track Pants (2 Helai)
Bra & Panties (Bawa secukupnya)
Kain Batik (1 Helai)
Tudung (4 helai hitam) (1 helai putih) (1 tudung sarung)
Anak Tudung (3 helai)
Brooch (5 biji)

Jam Tangan 
Kasut Sukan (1 pasang)
Kasut Sekolah (2 pasang) hitam + putih
Selipar Jalan (1 pasang)
Selipar Tandas (1 pasang)
Stokin (untuk ke kelas dan untuk bersukan)
Towel (2 helai) Besar + kecil

2-Barang Kelengkapan Kerohanian


Telekung
Sejadah
Al-Quran/terjemahan
Yaasin

3-Barang Kelengkapan Peralatan Untuk Bilik Mandi


Baldi
Gayung
Bakul Kecil (buat letak shampoo, mandian,ubat gigi , berus gigi)
Laundry Bag
Sabun Basuh Baju
Downy
Berus
Hangers ( 2 set)
Sepit baju (1 set)
Hanger Bulat (kecil untuk gantung pakaian dalam, stokin dan serkup kepala)

KEPERLUAN DIRI & CHECKLIST UNTUK MASUK ASRAMA  KOLEJ VOKASIONAL, ASRAMA PENUH, UNIVERSITI DAN KOLEJ.


Bonde bekalkan Balm Tasneem "Slepp Time" untuk Fatin, sebabnya takut dia tak boleh tidur masa baru-baru duduk dekat asrama!

Info berkaitan Balm Tasneem Baca disini

4-Barangan Kelengkapan Dandanan Diri


Talkum Powder (baby johnson warna pink)
Lipsbalm
Facial Cotton
Tisu Basah
Cermin
Sikat
Penyepit Kuku
Getah Rambut
Deodrant
Perfume
Pads (Day & Night)
Pantiliners
Tisu Paket
Berus Gigi
Ubat Gigi
Shampoo
Conditioner
Shower Cream
Pencuci Muka
Cotton Bud
Minyak angin
Balm Tasneem

5-Barangan dan Kelengkapan untuk Katil


Bantal (Batal extra aka batal busuk)
Sarung Bantal (beli dekat koperasi)
Cadar (Beli dekat koperasi)
Selimut
Jam Loceng

6-Keperluan Kelengkapan Ke Kelas


Payung Kecik 
Beg kain untuk ke Kelas 
Beg Pack (senang nak angkut buku sekolah)
Alat Tulis 
Dictionary 
Note Pad
File (untuk simpan kertas/surat memo)

7-Keperluan Untuk Kelengkapan Locker



Mangga / Padlock (2 Set ) untuk luggage/locker
Mug,Sudu & Garfu, Mangkuk.
Stok Makanan (Maggi, Air Kotak , Biskut, Gula-gula standby kalau lapar)

8-Barangan tahap 1 Tak Perlu Bawa Seperti Dibawah :


Handphone
Charger
Laptop
Pendrive

Kebanyakan barang-barang ni beli pada hari ahad sebelum tarikh mendaftar pada hari selasa.  Barang keperluan ni boleh juga dapatkan koperasi sekolah tapi nanti semua barang akan jadi sama dengan pelajar lain punya.  Jadi semua barang-barang yang ada kena tulis nama siap-siap takut tertukar dan hilang dicuri.  

Selain tu baju korporat, baju koko, baju asrama dan track bottom beli dekat koperasi sekolah. mengikut saiz Fatin.  


KEPERLUAN DIRI & CHECKLIST UNTUK MASUK ASRAMA  KOLEJ VOKASIONAL, ASRAMA PENUH, UNIVERSITI DAN KOLEJ.

Ayah lah paling sedih nak lepaskan Anak kesayangannya...

Setakat ini barangan dan keperluan yang disediakan untuk minggu pertama, jika ada pernambahan akan Bonde update kendian.  Moga pengkongsian ini bermanfaat pada yang lain.

Sebelum berpisah... hati yang acah-acah kental jangan nages depan anak.  bertabahlah nages dekat rumah atau dalam perjalanan balik nanti.  Biarkan anak belajar berdikari dan adapat sesuaikan diri dengan suasa baru InsyaAllah.

~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

25 Ulasan

  1. Gud luck fatin masa untuk berdikari. Sure bonde banjir masa balik tu kan.kan..

    BalasPadam
  2. Good Luck Fatin, saya pun kalau berpisah dgn anak..mesti banjir punye hehe

    BalasPadam
  3. wah tq bonde lengkap list ni mmg boleh jadikan panduan

    BalasPadam
  4. 10q for sharing.feel free to visit www.kickstory.net

    BalasPadam
  5. tengok barang2 tu teringat zaman duduk asrama
    mengimbau memori betul
    hehehe

    BalasPadam
  6. God luck Fatin, all the best to you. Teringat akak 3 tahun yang lalu masa anto anak ke IKBN.. masa anto ada 2 beg, bila akhir tahun jemput balik.. amboii 4-5 beg , entah bila masa nya dia shopping.
    Masa outing lah tu

    Ketahui Cara Buat Duit Secara Pasif, Secara Online, Tanpa Modal

    BalasPadam
  7. Hihi dulu siap dibekalkan dengan biskut Dan meggi

    BalasPadam
  8. Good luck.. hehe.. kena careful tu, nnti tak sampai 2 3 minggu, akan dapat incoming call kata barang hilang. selalu la duk asrama macam tu.. hehe

    BalasPadam
  9. A great info kal zaida. Next time if i know someone who attends vocasional schools, i will show em these tips. Thank you !

    BalasPadam
  10. Panjang jugak checklist untuk fatin... Tapi itu la adat bila nak masuk asrama. pernah melaluinya jugak suatu ketika dulu. apa pun selamat menempuh alam asrama ^_^

    BalasPadam
  11. Alahaiii...teringat masa anak sulung dok asrama dulu. Mmg sedih betul nk berpisah masa tu...anak pulak sikit2 call, bila dia call mula lah kita pun bekejarlah ke asrama..kenangan betul.
    Apa2 pun good luck pada fatin..selamat maju jaya dlm pelajaran

    BalasPadam
  12. Banyak juga ye bonde keperluan yang kena bawa

    BalasPadam
  13. Congratulations Fatin. All the best on your new journey.

    BalasPadam
  14. Semoga berjaya Fatin. waah bonde.. tasneem balm tak tinggal tu..

    BalasPadam
  15. Wow, you daughter has enter secondary school. A good checklist to prepare your daughter to asrama.

    BalasPadam
  16. good luck fatin, selamat bermandiri semoga impiannya tercapai

    BalasPadam
  17. tengok list ni rindu pulak nk duk asrama hehe

    BalasPadam
  18. Saya pun belajar kat sini sekarang , tpi tak pernh lagi nampak anak puan

    BalasPadam
  19. Nak tenye fon memang tak boleh bawa ke...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau sekolah yang sama Pengetua memang pantau pelajar dan penggunaan telefon bimbit, buat masa sekarang boleh bawa sebab pergi mana-mana kena scan mysejatera dan kena buat latihan di google meet boleh berhubung dengan pihak sekolah tentang info terkini penggunaan telefon bimbit ni yea

      Padam
  20. saja jalan jalan..menarik blog...

    BalasPadam
  21. jika puan nak cari bantal gebu jomla try bantal DAS ABDUL yang glamer tu..heheh ..sy jual..boleh wsp sy 0166371460

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.