JENIS MAKANAN YANG TAK BOLEH DIMAKAN OLEH IBU BERPANTANG SEMASA BERSALIN



Assalamualaikum Dan Selamat Petang...
Hai reader semua,

Bonde terbaca info ni berkaitan  Makanan yang dipantangkan untuk  ibu yang baru lepas bersalin makan/mengambilnya semasa dalam tempoh pantang.

Suka Bonde nak berkongsi dengan anda semua maklumlah dalam usia yang meningkat ni ramai pula di kalangan kawan-kawan dan keluarga bertanya dengan Bonde.  Kadang Bonde sendiri lupa apa yang boleh dimakan, dan apa yang tidak... tak ingat.. mungkin  termakan/terminum semut ha ha ha, jadi dengan adanya entri ini bolehlah sama-sama refresh balik untuk pengetahuan dan rujukan anda.

Pengalaman masa Bonde berpantang dulu secara czer memang susah jugalah sebab nak kena jaga jahitan luka, pengalaman tu memang sukar nak dilupakan.

Berpantang dirumah mentua, memang pengalaman yang indah bagi Bonde , Bonde mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada arwah ibu mentua yang jaga Bonde dalam berpantang. Memang tak terbalas jasa arwah. 

Dari menjaga makan minum  Bonde, siapkan air mandi, pakaikan param, pakaikan pilis semua arwah yang buat, mandikan Fatin masa tu pun arwah yang buat... arghhh sedih pulak bila ingat moment masa tu.  Syukur sangat ada arwah yang jaga.  Walau kadang perangai mengada Bonde ada buat arwah terasa.  Maklumlah masa tu muda belaka tak lari dari nak mengada-mengada acah-acah manja. 

Rindu Mak 💚💚💚💚💚

[JENIS MAKANAN YANG TAK BOLEH DIMAKAN OLEH IBU BERPANTANG SEMASA BERSALIN ]

JENIS MAKANAN YANG TAK BOLEH DIMAKAN OLEH IBU BERPANTANG SEMASA BERSALIN

[JENIS IKAN]

Ikan kembung - gatal 

Ikan cencaru - tajam 

Ikan siakap - boleh menyebabkan bentan 

Ikan sardin - gatal

Semua makanan dalam tin - tinggi garam , angin dan bisa 

[JENIS SAYUR-SAYURAN DAN BUAH]


Sayur kangkung - sejuk dan angin 

Timun - sejuk 

Terung - sejuk dan boleh menyebabkan bentan 

Nenas - tajam dan boleh menyebabkan bentan 

Kacang tanah - angin 

Telur - gatal

Paling dielakkan oleh ibu bersalin czer kerana boleh menyebabkan luka czer menjadi gatal dan bernanah

Santan - sejuk dan angin

[JENIS MAKANAN PALING DISYORKAN BUAT IBU BERPANTANG]

Ikan haruan 

Ikan Parang

Ikan selar 

Ikan gelama 

Ikan merah

Daging 

Sayur sawi 

Sayur carrot 

Sayur brokoli 

Buah oren manis 

Kismis 

Kurma 

Madu 

Habbatussauda

Susu kambing 

Halia 

Bawang putih 

Lada hitam 

Ulam pegaga

Makanan bergoreng elakkan ya sampai pada minggu kedua berpantang baru boleh makanan makanan bergoreng , contoh ayam goreng , ikan goreng .


[JENIS MASAKAN PALING DISYORKAN]


Sup 

Bakar 

Rebus


[JENIS MINUMAN DISYORKAN]


Jus oren manis - bagus untuk luka

Air milo panas 

Teh dan kopi panas - boleh mula pada minggu kedua berpantang sebab angin

Air rebusan daun sireh dan manjakani dan campur gula batu 

Air rebusan kunyit


[ELAKKAN SAMA SEKALI]


Air sejuk dan air batu (ais) wajib pantang sampai 100 hari buat ibu berpantang yang bersalin normal Buat ibu bersalin czer wajib pantang sampai 1 tahun .


Ibu berpantang disyorkan makan secara kerap tapi dalam portion sederhana .

Elakkan makan nasi sehingga bertambah 2-3 pinggan ya , nanti perut ibu senang buncit dan menggeleber .


Kerapkan minum air , minum air tidak menyebabkan miss v basah atau berair seperti anggapan sesetengah orang. Tapi kalau ibu kurang minum air , anda akan cepat lesu dan pengeluaran susu turut terjejas .


~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

23 Ulasan

  1. ala.. tak tau pula kalau c-section pantang setahun. Ingatkan sama 6 bulan.. dah la selalu tukang habiskan ice cream anak :P

    BalasPadam
  2. Saya pun pernah tulis pasal jenis makanan untuk ibu hamil ni semasa isteri saya mengandungkan Najmi tahun lepas.

    BalasPadam
  3. Info yg Sgt berguna bonde. Tq for sharing

    BalasPadam
  4. tq bonde untuk info ni. muda2 pun kadang2 lupa jugak. hehe

    BalasPadam
  5. Saya hari tu berpantang ais memang setahun. Tapi air sejuk ok je sebab mak bidan yang jaga sya hari tu kata tak ada masalah. Dari segi sains pun sebenarnya tak ada masalah untuk ambil air sejuk

    BalasPadam
  6. memang tengah mencari info info tentang berpantang ni.. persediaan utk bulan julai nnti.. hehehe.. anyway, thanks sudi kongsi ilmu .. banyak jugak rupanya makanan yang tak boleh di makan masa pantang.. huhuuuu!!

    BalasPadam
  7. Bagusnya. Info yg sgt berguna utk rujukan di masa hadapan.

    BalasPadam
  8. Nice sharing.. Ikan haruan tu ada orng kata sangat baik untuk czer. Ada pula yang kata tak elok untuk czer.

    BalasPadam
  9. ilmu baru untuk orang yang belum berkahwin, terima kasih atas perkongsian. nanti boleh share kat fb untuk rujukan masa depan :D

    BalasPadam
  10. Assalammualaikum Bonda;
    Ya perkongsian yang sangat berguna untuk bakal ibu-ibu dan ibu-ibu lama juga huhu.
    Ikan yang boleh mencetus gatal dan makanan atau sayuran yang menyebabkan angin perlu dielakan.
    Tapi....bab air sejuk atau ais tu----kadang terkucil juga, adeh.

    BalasPadam
  11. Gud info Bonde ! thanks for sharing ya. biasa tengok ibu-ibu ni makan nasi dengan ikan selar bakar je

    BalasPadam
  12. tq Bonde share , pada Sal menu berpantang ni memang terbaik . nak amalkan lepas pantang pun boleh... demi kesihatan..hehehe

    BalasPadam
  13. Walaupun saya masih bujang dan belum ada isteri tapi tips dan ilmu Bonde ini sangat membantu saya di masa hadapan lepas ni kita tahu lah serba sedikit persediaan betul tak..

    BalasPadam
  14. Pantang bersalin kena ikut kan bonde..jgn pantang nampak plak..badan nak pakai lama kan..rindunya nak berpantang

    BalasPadam
  15. Perkongsian baik buat bakal ibu yang nak berpantang. Baru lah tahu pantangnya kerana apa. Take note ya para ibu. Hehe

    BalasPadam
  16. Bagus perkongsian ni untuk ibu2 yang baru lepas bersalin. Memang pantang kena jaga. Saya dulu tak berpantang langsung..now mula lah sakit sana sini..berangin sana sini

    BalasPadam
  17. wa memang banyak larang pantang. thanks for the tips

    BalasPadam
  18. wow are these scientifically proven? or just pantang larang from old tradition? cause i always think all food can be eaten but just be moderate.

    YourFinanceDoctor

    BalasPadam
  19. Masa pantang anak sulung mak mertua bg ikan parang.. Tp sy xmakan pun sbb ikan parang byk tulang.. Hilang terus mood nak makan

    BalasPadam
  20. info ini bagus..w alaupun x kawen lagi.. boleh simpan jadi panduan untuk cik en. Hahhahahah..

    BalasPadam
  21. good info bonde..yang minum ais tu, mmg saya tak buat pun..haha..saja jaga kesihatan...

    BalasPadam
  22. good info bonde..yang minum ais tu, mmg saya tak buat pun..haha..saja jaga kesihatan...

    BalasPadam
  23. terima kasih untuk perkongsian ini, tapi memang banyak pantang larang untuk ibu bersalin, salah makan fuh badan bolehh mengigil

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.