Assalamualaikum Dan Selamat Pagi...
Hai reader semua,
Ni Bonde nak cerita dengan anda semua... Kisah kami dua beranak hantu Shushi.
Satu petang kami berdua lepas siap kerja dekat rumah mengatur langkah untuk jalan-jalan dan lepak-letak dekat Mesa Mall, memandangkan jarak antara Mesa Mall dengan rumah tidaklah lah jauh lebih kurang 15 minit sudah pun sampai.
Planning awalnya hanya hendak jalan-jalan dekat watsons dan jaya grocer nak shopping barang keperluan dan mencari bahan nak masak.
Memandangkan Kanda tak ada dirumah... dan pada ketika inilah Bonde dan Fatin mengambil peluang "girls day" "bonde bonding time" ha ha ha macam-macam gelaran ada. Tak kisahlah janji istilahnya sama.
APABILA HANTU SUSHI BERTEMU SUSHI UCHI
Dari dalam mall ada banyak kami jumpa iklan dan promo tentang Shushi Uchi ni... lama-lama keluar dari mulut Fatin ayat ni "Bonde jom makan Shushi" sebenarnya dah boleh agak dah memang Fatin akan cakap nak makan shushi.
Memandangkan Kanda memang dah pangkah shushi atau apa saja yang berkaitan dengan shushi dia memang tak boleh makan. Paling tak suka cakaplah sedap macam mana pun dia dah pangkah sekali dan tidak akan berpaling lagi.. (wahhh tiru lirik lagu ayat Bonde... power gak)
Dari luar restoran dah nampak iklan besar ni... menu-menu yang bakal di order sekejap lagi... Fatin degan rasa tak sabarnya terus jer masuk... bertuah punya anak dia tinggalkan i kat luar yang sedang snap pic nih.
[HARGA SHSHI UCHI]
Macam dekat Sushi King juga harga sushi uchi dekat sini mengikut warna piring seperti dibawah :
Kuning - RM 1.80
Hijau - RM 2,80
Purple - RM3.80
Merah - RM 4.80
[MENU SUSHI UCHI]
Selain dari menu yang ada dekat atas convayer bergerak tu, anda boleh order menu yang tidak ada seperti dalam menu dibawah.
Fatin yang terus masuk tadi telah memilih lokasi meja kami di hadapan convayer bergerak ni. Dia kata senang nak pilih sushi yang dia nak.
Tada... tengoklah apa yang Fatin dah pilih... wasabi tu bukan main diambiknya... bonde tak suka wasabi tapi i like sushi.
Miso soup... (soup tahu)
Amboi-amboi sudah kenyak dia nak tidur pula.. Fine tinggal sisitu yea.
Tak banyak piring pun yang kami makan, sebenarnya sebelum datang ke sini, kami sudah makan nasi jadi kami berdua hanya makan sedikit sahaja buat rasa tekak.
[ PERSEKITARAN RESTORAN ]
[ BAHAGIAN DALAMAN ]
bagi Bonde keseluruhan restoran ini memang menarik sekali. Semua perabot disusun rapi. Restoran bersih.
[ BAHAGIAN LUAR ]
SUSHI UCHI
MesaMall, Lot G32C,
Persiaran Ilmu,
Bandar Baru Nilai
Nilai
Mesengger : @mysushiuchi
Telefon : 012-789 1761
Waktu Operasi : 11.30 pagi - 9.30 Malam
~ Bonde Senyum Riang ~
8 Ulasan
wah sushi saya suka ini
BalasPadamDi Johor tak pernah lagi nampak sushi ni,kalau sushi king berlambak la...murah jugak tu
BalasPadam1st time dgr sushi uchi..oh kt nilai...konsep sama mcm sushiking ..harga ikut color piring...saya sejak dh tau sushi king express mmg lama dh tk singgah sushi king sbb yg kt sushi king express mmg stiap ari smua sushi rm 3...kalo sushi king kena tgu time bonanza kalo nk dpt rege rm 3 tu
BalasPadamSedap je tgk org mkn sushi..tp sy sndri xmakan
BalasPadammurah aje sushi kat situ. untung bonde ada geng makan sushi.. kalau mama menung makan sorang je laa hik hik
BalasPadamTeringin juga nak rasa sushi lain selain sushi king. dalam kedai pun nampak cosy. tak jauh dari rumah mak saya pun ni bonde. ada rezeki boleh lah ke sana nanti
BalasPadamHehe.. ciktie kureng sikit bab sushi ni. Tapi masih boleh telan la
BalasPadamsha ada google, kat negeri9 takde sushiking eh? tapi kira oklah ada sushi uchi ni, kalau gi sana leh gi makan yay yay
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.