15 Tempat Menarik Di Melaka Yang Wajib Anda Kunjungi Assalamualaikum Dan Selamat Pagi...Hai reader semua,Ada tak yang berminat nak tahu tempat-tempat yang menarik di Melaka Bonde ingin kongsikan kepada anda semua yang belum pernah ke Melaka, Ada banyak tempat Menarik di Melaka, negeri Melaka Kaya dengan kesan peninggalan sejarah dan penuh dengan tarikan moden menjadikan negeri Melaka destinasi sasaran popular pelancong tempatan dan antarabangsa. Melaka juga merupakan destinasi pilihan utama warga Ibu Kota yang mencari tempat percutian singkat untuk melarikan diri daripada kesibukan bandar buat seketika. "Siang dan malam pun ada je tempat best untuk dikunjungi. List tempat menarik Melaka waktu malam boleh baca di sini." Dibawah ini Bonde senaraikan tempat-tempat yang pernah Bonde lawati bersama keluarga. 15 Tempat Menarik Di Melaka Yang Wajib Anda Kunjungi
15 Tempat Menarik Di Melaka Yang Wajib Anda Kunjungi
TEMPAT PENINGGALAN SEJARAH NEGERI MELAKA
Adalah tempat paling ramai dilawati oleh pelancong asing
dan tempatan Bonde juga tidak tidak melepaskan peluang untuk pergi dan lihat
sendiri depan mata. Berikut adalah
tempat yang bersejarah itu.
1. Sejarah Perigi Hang Tuah
Perigi Hang Tuah terletak di Kampung Duyong, Melaka. Dikatakan mempunyai kaitan dengan Hang Tuah seorang pahlawan yang terkemuka di Nusantara ini di Zaman ahirkan di Kampung Duyong ini dipercayai menggali sendiri perigi ini untuk kegunaannya.
Pada asalnya perigi ini adalah kecil tetapi lama kelamaan menjadi besar dan dalam. Perigi ini dikatakan tidak pernah kering, walaupun di musim kemarau panjang. Airnya sentiasa jernih dan dikatakan boleh menyembuhkan penyakit.
Bonde pernah ambik air dekat situ dan minum, Air perigi Hang Tuah ni tak rasa apa-apa tapi dia sejuk. Kalau ada yang nak cuba untuk sembuhkan penyakit kulit bolehlah buat mandi air dari perigi ni.
Bayaran Masuk:
-Percuma
2. Muzium Kapal Selam
Muzium Kapal Selam ini terletak Dataran 1 Malaysia, Klebang, 75200 Melaka. Kapal selam yang boleh dilihat di muzium ini, bergelar FS Quessant Agosta 70 dan merupakan sebuah kapal selam bekas milik tentera Perancis.
Ia diserahkan kepada Kementrian Pertahanan dan kemudian diserahkan kepada kerajaan negeri Melaka untuk dipamerkan ke orang awam. Dengan bayaran yang kecil anda dapat masuk dan melihat dengan mata sendiri bagaimana rupa bahagian dalam kapal selam.
Pengalaman masuk dalam Muzium Kapal Selam ni, memang istimewa sekali, sebabnya kita akan rasa seperti berada dalam Kapal Selam yang sedang berada di dasar lautan, Boleh tahu dan rasa sendiri bagaimana keadaan pekerja navi yang bertugas disitu. Cara mereka bekerja dalam tempat yang sempit, Boleh lihat sendiri tempat makan, tempat tidur, tempat mesyuarat dan tandas yang digunakan. Yang pasti semua ruang dalam saiz yang kecil dan semua pekerja perlu sesuaikan diri dengan keadaan kapal tersebut. Bawalah anak anda kesini dan pasti ianya akan teruja dan dapat pengalaman berharga yang tak ternilai tidak semua orang dapat merasainya.
Bayaran Masuk:
Dewasa RM5
Kanak-kanak RM3
Waktu Operasi:
Isnin – Khamis (9.00am – 5.30pm)
Waktu Operasi:
Isnin – Khamis (9.00am – 5.30pm)
Jumaat – Ahad (9.00am-9.00pm)
Bertempat di Melaka River Cruise Boarding Port, Jalan Tun Mutahir, 75300 Melaka.
Jika anda mahu melihat keindahan
Bandar Melaka tanpa melalui kesesakan jalan raya dan jauh daripada orang ramai
anda boleh menaiki Melaka River Cruise. Kelebihan Melaka River Cruise ini adalah kerana anda boleh
naik waktu siang atau malam.
Cruise ini bermula dari Jeti Muara, kemudian
ia akan berhenti sebentar di Jeti Tanah Rempah dan selepas itu berpatah balik
ke Jeti Tanah Rempah dimana ia berakhir.
Haaaa kalau anda nak tahu Bonde sudah tiga
kali naik Melaka River Cruise ni, Bonde pilih untuk naik pada waktu malam, Selain dari waktu malam yang sejuk dan angin
yang menyenangkan. Ini kerana untuk menikmati pemandangan Bandar Melaka pada
waktu malam yang sangat cantik dan Bonde tak pernah jemu untuk melihatnya. Pemandangan kampong manton yang berwarna
warni dengan lampu kelip-kelip yang
sangat mendamaikan. Dan terdapat juga
kedai-kedai ditepi sungai yang sangat menarik perhatian pelancong, mereka
secara kreatif mencantikkan kedai/restoran mereka dengan lukisan dan
mendendangkan muzik mengikut tema kedai/restoran mereka. Suasana itu, tidak dapat dilihat pada waktu
siang. Yang pasti mendamaikan dan menenangkan.
Bayaran Masuk:
Dewasa RM10
Kanak-kanak RM5
Waktu Operasi:
Bertempat di Jalan Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Melaka.
Muzium Maritime atau Muzium Samudera, berjaya menarik sebanyak 20,000 orang sebulan. Di sini ini anda berpeluang untuk melihat bagai mana kekuatan tentera maritime memainkan peranan penting dalam menuntukan pihak yang berkuasa pada zaman tersebut.
Tarikan utama di sini merupaka replica kapal
Flor de la Mar (Flower of the Sea) yang mengikut sejarah telah karam di
perairan Sumatra. Agak teruja melihat bahtera dengan ketinggian 34 meter tinggi
ini.
Pengalaman masuk dalam kapal ni juga sesuatu
yang istimewa, Hanya di Melaka sahaja ada kapal Flor de la Mar ini memang boleh
Nampak tersergam ditengah Banda Melaka, Sebelum ini Kalau Bond ke Melaka, tak
pernah masuk dan singgah dekat kapal tu tapi bila Fatin ada, dialah yang teruja
nak tahu, kalau anda tak pernah masuk lagi dalam kapal ini, pasti anda akan tertanya-tanya apa yang ada
di dalamnya. Bila sudah masuk baru anda
akan puas hati dan bila ada yang bertanya pada anda apa dekat dalam tu pasti
anda boleh bagi penerangan apa yang ada dekat dalam tu.
Pengalaman berada di atas Kapal ni, boleh
tengok view yang sangat cantik sekali.
Bayaran Masuk:
Dewasa RM5
Kanak-kanak RM3
Waktu Operasi:
Isnin (9.00am-6.00pm) | Rabu-Ahad
(9.00am-6.00pm)
5. Zoo Melaka
Kalau anda merancang aktiviti untuk seisi
keluarga anda dapat meluangkan masa bersama keluarga di Zoo Melaka. Zoo Melaka merupakan Zoo kedua terbesar di
Malaysia dan menjadi rumah kepada 215 spesis haiwan yang berbeza.
Antara haiwan yang boleh ditemui di Zoo
Melaka ini adalah Badak Sumatera yang hamper pupus dan Gajah Kecil Asia yang
kewujudanya di muka bumi ini juga terancam.
Siapa yang teruja nak masuk dalam Zoo ( mesti
lah Fatin juga ha ha ha ) masa tu umur Fatin dalam 8 tahun dan berlajar di
sekolah rendah. Pada masa ini Fatin
memang teruja nak kenal haiwan-haiwan yang ada dekat Zoo, Pastinya apa yang dibelajarkan di sekolah
mereka hendak rasa dan lihat dengan lebih dekat lagi, kami jalan-jalan dalam Zoo dekat dua jam untuk
melihat kesemua haiwan yang terdapat dalam Zoo.
Beri anak-anak pendedahan untuk mengenali haiwan-haiwan di persekitaran
mereka.
Bayaran Masuk:
Dewasa RM17.80
Kanak-kanak RM7.10
Waktu Operasi:
Isnin – Ahad (9.00am-6.00pm
Bertempat di Jalan Kota, 75000 Melaka, Malaysia.
6. Muzium Kesultanan Melayu Melaka
Bertempat di Jalan Kota, 75000 Melaka, Malaysia.
Datang dan lihat sendiri kehidupan harian penduduk istana di Muzium Kesultanan Melayu Melaka. Di sini anda dapat melihat apa yang
terkandung dibelakang dinding istana dan mempelajari tentang adat istiadat
Kesultanan Melayu. Istana ini dibina dengan cara tradisional bagi mengekalkan
ciri-ciri unik sejarahnya.
Pengalaman masuk Muzium ni sangat lama, kerana memang menarik meninjau
sejarah Kesultanan Melayu Melaka. Kami
sekeluarga mengambil masa yang lama melihat sendiri secara dekat pameran yang
ada di dalam Muzium, bukan sahaja Fatin
sesiapa sekalipun yang masuk akan teruja nak tahu sejarah Kesultanan
Melayu Melaka.
Dari segi pakaian dan persalinan raja-raja memang banyak dipamerkan disini,
replika keris taming sari juga ada cerita dan sejarahnya dan boleh dilihat
disini.
Bayaran
Masuk:
Dewasa RM3
Kanak-kanak RM2
Waktu
Operasi:
Bertempat di Jalan Parameswara, Bandar Hilir,
Alor Gajah, 78000 Melaka.
Kota A Famosa dikenali sebagai mercu tanda paling
popular di Melaka. Mengikut sejarah ia didirikan oleh penjajah Portugis sebagai
kubu pertahanan mereka di Melaka.
Pada tahun 1807 kebanyakkan dari pada
bangunan ini telah diruntuhkan dan yang tinggal adalah sebahagian daripada
pintu gerebang dan Portade Santiago. Apa yang dapat dilihat sekarang hanya
sebahagian kecil sahaja daripada kubu asal. Ini adalah tarikan yang wajib
dilawati semasa anda bercuti ke Melaka kerana ia merupakan satu detik penting
dalam sejarah Negara.
Ramai yang tertarik dan teruja nak bergambar
dekat sini, sebab terdapatnya pintu gerbang yang menarik di situ, Ia juga memang menjadi tarikan utama pelancong.
Dekat depan pintu gerbang ini terdapat beca untuk anda sewa. Cantik-cantik
rekaan beca tau, anda boleh sewa dan naik.
Dan sini terdapat jualan lukisan, key chain dan cenderahati untuk anda
beli.
Pengalaman menaiki tangga untuk melihat
peninggalan sejarah dari arah dekat memang sesuatu yang menarik sekali percuma
pemandangan menarik dari atas dan anda
akan lihat sendiri seni bina bangunan sejarah yang tinggal. Tidak heranlah dekat kawasan tu , selalu menjadi
tempat bergambar dan shooting drama/filem, sebabnya pemandangan disitu akan
nampak macam dekat luar Negara tau.
Bertempat di Jalan Merdeka Banda Hilir, 75000 Melaka.
8. Menara Taming Sari
Bertempat di Jalan Merdeka Banda Hilir, 75000 Melaka.
Menara Taming Sari adalah
Gyro tower pertama di Malaysia dan dibuka secara rasmi pada tahun 2008. Dengan
ketinggian 110 meter, strurtur yang berpusing ini dapat memuatkan seramai 80
oran dan memberi pengunjung pandangan panoramik 360 darjah Bandar Melaka.
Seperti mana yang anda sudah teka, menara ini
di namakan seperti keris Hang Tuah yang masih belum dijumpai lagi hingga ke
zaman ini. Kalau di lihat dengan teliti mereka telah cuba membina menara ini
menyerupai bentuk keris.
Pengalaman naik di atas menara ini memang
sesuatu yang indah dan sukar dilepaskan.
Perasaan teruja bila nak naik tu memang ada. (tapi kalau anda gayat memang rugilah tak
naik atas menara tu)
Menara tu akan berpusing dari bawah keatas
dan dari atas akan turun kebawah semula.
Anda akan dapat lihat pemandangan sekitar Banda Melaka yang
berhampiran. Tapi sayangnya Bonde tak
pernah naik lagi Menara ni pada waktu malam.
Tentunya pemandangan pada waktu malam lebih cantik dari waktu siang.
Bayaran Masuk:
Dewasa RM17
Kanak-kanak RM11
Waktu Operasi:
Bertempat di Pusat Pelancongan Ayer Keroh, Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka.
Taman Buaya ini sudah lama menjadi sasaran
pelancong ke Melaka dan dibuka kepada orang ramai semenjak tahun 1987. Kawasan
kurungan buaya ini di reka untuk menyerupai habitat semulajadi haiwan ini.
Antara spesis buaya yang boleh ditemui di
sini adalah Buaya America, Buaya Marsh Mugger India, Buaya Cayman dan lain-lain
lagi. Anda juga dapat berhibur dengan tarikan bonus di sini seperti rumah
mamalia dan rumah reptilia.
Anda akan dapat melihat pertunjukan pentas
yang diadakan disitu, ramai yang teruja nak tengok pertunjukan ini dengan
dekat. Hebat mereka dapat menjinakkan
haiwan ganas ini. Kanak-kanak pasti teruja nak tengok 'show' buaya.
Bayaran Masuk:
Dewasa RM20
Kanak-kanak RM17
Waktu Operasi:
Isnin – Ahad (9.00am – 7.00pm)
10. Mini Malaysia And Asean Cultural
Terletak di Ayer Keroh, Taman budaya Malaysia & ASEAN Mini.
Mini Malaysia & ASEAN Cultural Park adalah Taman budaya di mana mengagumkan replika rumah-rumah tradisional Malaysia dan ASEAN dapat dilihat dengan dekat.
Di dalam setiap rumah terdapat patung lilin yang lengkap berpakaian pakaian tradisional masing-masing serta hasil kraftangan tempatan. terdapat juga model sebuah kampung Orang Asli disini.
Tahun lepas Bonde berkesempatan ke sini. Datang buat kali ke tiga. He he he
Bayaran Masuk :
Dewasa : RM 18
Kanak-kanak : RM 10
Pelajar RM 12
Waktu Operasi :
Isnin – Sabtu (9.00am – 5.30pm)
Ahad (9.00am – 6.00pm)
11. The Shore Oceanarium
Bertempat di 2F-01,
The Shore Shopping Gallery,193, Pinggiran @ Sungai Melaka,Jalan Persisiran
Bunga Raya, 75100 Melaka.
The Shorea Oceanarium ini merupakan tarikan baru di Melaka
yang bertema hidupan laut. Di sini bukan anda dapat melihat hidupan laut yang
unik anda juga dapat memegang haiwan akuatik seperti Ikan Yu, Kuda Laut,
Starfish dan macam-macam lagi.
Pengalaman berada didalam Oceanarium ni
memang seronok sekali. Bonde datang sini
bersama rakan office masa tu Jabatan
kami buat family day. Di sebab kami menginap di sini, salah satu aktiviti
adalah lawatan ke Oceanarium. Bukan
setakat kana-kanak yang teruja, kami
orang-orang dewasa ni pun tak kurang rasa keterujaan itu, memang seronok dapat
melihat sendiri dengan dekat kehidupan laut dan sungai.
Bayaran Masuk:
Dewasa RM35
Kanak-kanak RM25
Waktu Operasi:
Isnin-Ahad (10.30am – 9.00pm)
3 TEMPAT MANDI MANDA DI MELAKA YANG SELALU KAMI KUNJUNGI
12. A’Famosa Water World
Bertempat Lot PT 17178, Lebuh Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya, Ayer Keroh, 75450 Melaka.
A’Famosa Resort ini mempunyai 2 taman tema yang
menarik. Pertama adalah A’famosa Water Park yang bergelar taman tema air
terbesar di Malaysia. Disini kanak-kanak anda dapat bermain di Kids
Adventure Party Pool dan anda pula boleh mencabar diri di
gelongsor air High Speed Slides.
Taman tema kedua pula bertema safari dan
diberi nama Safari Wonderland. Di sini anda berpeluang untuk melihat gelagat
lucu haiwan liar di kawasan Safari Adventure, Monkey Island dan Farm House.
Bonde tak pernah ke Safari
Wonderland, tapi akan dating Bonded an family dah ‘plan’ akan pergi situ.
Bayaran Masuk:
Dewasa RM69
Kanak-kanak RM55
Waktu Operasi:
Isnin – Jumaat (11.00am – 7.00pm)
Bertempat di Lot PT 17178, Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka.
Melaka Wonderland Theme Park & Resort adalah antara taman tema air yang baru
dibuka di Negara kita dan boleh ditemui di Ayer Keroh Melaka. Satu fakta
menarik tentang tarikan ini, jika dihitung jumlah air didalam semua kolam
renang yang terdapat di taman tema air ini ia melebihi 200 juta liter.
Tempat ini memang sesuai untuk seisi keluarga
kerana terdapat sebanyak 12 tarikan yang unik dan berbeza seperti Tornado
chaser, Kamikaze Race, 1 Big Wave Pool dan Adventure Island.
Masa Bonde datang sini ianya masih baru
dibuka dan umur Fatin masa tu kecil lagi tak ingat berapa tahun rasanya tujuh
tahun, biasalah masa tu sudah tentu
focus dan tumpuan hanya pada Fatin, sudah tentu masa tu mandi-manda kat tempat
kanak-kanak jadi… tak dapat nak rasa main semua 12 tarikan yang ada tu, pasti
lepas ini Bonde akan repeat lagi sebab Fatin pun sudah besar.
Bayaran Masuk:
Dewasa RM37.90
Kanak-kanak RM32.00
Waktu Operasi:
Selasa – Jumaat (11.00am – 7.00pm)
14. Bayou Lagoon Park
Bertempat di Bayou Lagoon Park Resort, Jalan Wakaf Utama, Bukit Katil, 75450 Melaka.
Hanya 15 minit sahaja dari Bandar Melaka, Bayou Lagoon Park merupakan sebuah resort yang mempunyai service apartment, taman tema air dan pusat membeli belah semua di dalam tempat yang sama.
Bayou Lagoon Park ini juga pertama kali Bonde
datang kerana office ada buat familyday dekat situ. Disini anda boleh sewa apartment dan mandi
manda di Taman Tema yang ada terdapat beberapa kolam untuk kanak-kanak dan juga
dewasa.
Syukur Alhamdulillah, yang menariknya pihak
pengurusan office Bonde sudah beli lot apartment dekat situ untuk kegunaan
kakitangan bercuti bersama keluarga.
Tapi ada syarat yang perlu kami ikuti dan patuhi untuk menginap disitu
dan seandainya ada kekosongan pada tarikh ingin di sewa memang rezekilahkan.
Bayaran Masuk:
Dewasa RM28
Kanak-kanak RM20
Waktu Operasi:
Isnin – Ahad (9.00am – 7.00pm)
Selain itu, negeri Melaka memang telah
dikenali dengan tempat makan yang popular dan femes semua Bonde dah pergi
terjah tau. Coconut Shake, Keria Antabangsa dan Asam Pedas Claypot semua tu
memang dah banyak kali Bonde ulang-ulang jjcm kalau datang Melaka.
Satu tempat makan yang Bonde tidak sampai
lagi ialah yang memang viral dekat FB iaitu:
15. Manggo Float Royale Melaka
Beralamat di :
Lot
950, KM 8, Kampung Sungai Putat
Batu Berendam, 75350 Melaka
Tel: 017-678 3602
Batu Berendam, 75350 Melaka
Tel: 017-678 3602
Waktu Operasi:
Isnin
– Sab (12.00pm – 6.30pm, 8.30pm – 11.30pm),
Ahad (11.00am – 6.00pm)
Ahad (11.00am – 6.00pm)
“Segala info akan Bonde kongsikan
selepas Bonde dah sampai dekat tempat tu nanti”
Sebenarnya ada banyak lagi tempat
menarik terdapat di Melaka. Ini adalah sebahagian kecil sahaja yang Bonde
kongsikan dan telah explore sendiri dekat situ. Anda Boleh dapatkan info berkaitan dekat laman
web ini sebagai rujukan, panduan dan info lengkap untuk perjalanan anda dan
keluarga di :https://www.traveloka.com/en-my/infographic/malaysia/unseen-malaysia dan bak kata pelancong asing "where to stay in Melaka" anda tak perlu susah untuk mencari sebab dekat "Traveloka" ada
bermacam-macam pilihan dan tawaran menarik untuk kemudahan anda.
Moga perkongsian ini bermanfaat.
Sumber sejarah : Mai Singgah
~ Bonde Senyum Riang ~
21 Ulasan
Lama tak ke Melaka...akhir 2 tahun lepas kalau tak silap..pergi Zoo Melaka...seronok..luas kawasannya..
BalasPadamYeah!!! Melawat Melaka bererti melawat Malaysia.. Dah lama rasanya LeYa balik kampung dan tak jalan-jalan ke tempat ni.. Almaklumlah, orang kata tempat sendiri malas nak berjalan..ekekeke..
BalasPadamAda a few places ana tak singgah lagi bonde di melaka. Especially muzium dia. Boleh plan lepas ni.
BalasPadamDulu masa kecik2 asal cuti sekolah mesti gi Melaka. Rombongan sekolah pun kat Melaka jugak. Banyak kan temoat bersejarah kat Melaka....
BalasPadamThanks for sharing bonde. Banyak tempat menarik dekat Melaka. Ada beberapa tempat yang dah pergi.
BalasPadamseronok yer kalo bawa anak2 holiday ke Melaka ni, macam2 tarikan best
BalasPadammenara taming sari..tak sempat nak pergi.Dengan anak kecil.. payah nak menunggu
BalasPadamhampir semua I dah jelajah kat Melaka, tapi yang Afomosa resort.tu je belum lagi heheheheheh.. kena ada bajet yang besar nak travel ke sana ke sini unless dapat sponsorship best lah ;)
BalasPadamTq bonda sebab share 15 tempat best di Melaka. Memudahkan mereka yang nak cuti-cuti ke Melaka.
BalasPadamLamanya x pergi perigi hang tuah. Dan 30 Tahun ado
BalasPadamBanyak lagi tak terjah tempat-tempat di Melaka ni. Takpe nanti kita plan lain
BalasPadammemang banyak tempat menarik kat melaka ni. bukan tempat menarik je banyak, tempat makan best pun banyak juga.. memang best melaka ni
BalasPadamwww.maisarahsidi.com
Tau pergi a famosa je..tak sangka da lagi tempat menarik..
BalasPadamdlm senarai tu..byk juga saya dh singgah...trining nk pegi yg mango float tu
BalasPadammacam2 ada kat melaka...haruslah dijadikan rujukan bila ke melaka nanti
BalasPadambiasa pergi melaka short trip je.. x smpat jelajah betul2.. lepas ni bleh la plan betul2 ikut ni..
BalasPadamwahhhh ramai cerita pasal melaka skg ni. kita pun baru balik dari melaka tropical frut farm memang best tau. tq for tips1
BalasPadamDalam banyak2 yang pernah cuba, hanya Melaka River Cruise je yang kurang best.
BalasPadamAda beberapa laluan, bau airnya agak.... lebih malang lagi.. bila ia terpercik dekat muka siap pakej masuk dalam mulut lagi hahahah
Thanks for the recommendation, all these places are really suitable for family with kids, gotta plan one with my daugther.
BalasPadamThe marine museum seem nice n also perigi Hang Tuah. Adventures places.
BalasPadammenarik! takpernah terfikir nak ke melaka. nanti nak rancang la kesana!
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.