Assalamualaikum Dan Selamat pagi ...
Hai reader semua...
Anda pernah dengar Burung Wak Wak tak ? Anda pernah makan dan rasa isinya. Memang sedap sekali, Dulu masa dikampung pak cik memang rajin menjerat burung ni, arwah ayah dulu rajin juga memikat burung merpati, tapi kami tak makan burung tu arwah ayah beli dan jual, keliling rumah kali dipenuhi dengan sangkar burung dan bila berbunyi seekor yang lain turut berbunyi. Teringat moment tu balik.. pada masa itu Bonde cakap ishhh memekaklah burung ni. Tak tahu pula sekarang susah nak tengok burung macam tu... kalau ada pun kena pergi taman burung kena bayar tiket nak masuk. Padahal dulu ada didepan mata sahaja. terus ingat dekat iklan Petronas tu.. antara anak dengan bapanya...burung apa? burung apa?...
Bagi yang tak kenal Burung Wak Wak inilah rupanya... nak dapatkan Burung Wak Wak memang susah walaupun ianya tak boleh terbang tinggi di pantas bergerak. Nak tangkap kena buat perangkap atau jebak.
(Gambar dari Google)
Bonde ada beli dengan kawan satu pejabat Burung Wak Wak ni dia jual siap proses seekor RM 4.00 dia tangkap sendiri dekat rumahnya yang berdekatan dengan kawasan kebun kelapa sakit. Memang banyak burung ni dekat kawasan macam tu. Tak heranlah dia boleh dapat banyak ekor untuk sesekali waktu tangkapan. Kawan Bonde ni juga ada tangkap ayam hutan dia jugalah yang beri bekalan ayam hutan dekat Bonde kalau teringin nak makan ayam hutan.
Burung Wak Wak yang siap diproses untuk dimasak.... Burung ini sebenarnya tiadalah besar sangat, dia bersaiz kecik sahaja, untuk di masak Bonde hanya potong dua bahagian nampaklah besar sedikit. tapi boleh sahaja kalau nak potong empat. Disebabkan family kami ni kecik jadi Bonde potong kepada dua bahagian memang puas makan.
RESEPI MASAK LEMAK CILI API KENTANG - BURUNG WAK-WAK
Bahan-bahan :
5 Bahagian - Burung Wak Wak (dipotong dari 4 ekor selebihnya nak goreng buat ratah-ratah he he he)
1 Senduk - Cili api (siap dikisar)
2 Biji - Bawang merah (siap dikisar)
3 Ulas - Bawang Putih (siap dikisar)
1 Kotak santan (saiz kecik) (guna santan MS)
4 Biji kentang - belah empat
3 Batang - Serai (dititik)
2 Sudu - Jus lemon
200 ml - Air
sedikit serbuk kunyit
sedikit serbuk cukup rasa maggi
sedikit garam
CARA MEMASAK MASAK LEMAK CILI API KENTANG - BURUNG WAK-WAK :
Didihkan air, masukkan bahan yang di kisar , serbuk kunyit, serai (dititik), masukkan burung tutup periuk/kuali yang anda gunakan biarkan burung lembut isinya dan cili nampak masak dan buka setelah 10 minit masukan santan dan masukkan kentang. Masukkan jus lemon, serbuk cukup rasa maggi dan sedikit garam, Setelah kentang lembut tutup api.
Sedia untuk dihidangkan. selamat mencuba.
Sedia untuk dihidangkan. selamat mencuba.
~ Bonde Senyum Riang ~
20 Ulasan
Sedapnya la hai...last SA makan masa mengandungkan Dania dulu...pas tu tak ppernah makan sampai sekarang...
BalasPadamaduh.. terliur teman nengoknya.. huhu.. Tapi TB tak pernah makna burung.. rasa macam tekak tak boleh terima lak.. huhu.. tapi lain orang lain la citarasa nya.. mana boleh kita nak sekat.. heee.. tapi kalau guna resepi ni masak ayam pun boleh kan?
BalasPadam*makan
BalasPadamtak pernah rasa lagi burung wak wak ni....
BalasPadamtak pernah rasa lagi burung wak wak ni..tengok tak pernah ni baru first time tengok ni
BalasPadamTak pernah tau pun pasal burung wak wak ni. Rasa ape tah lagi. Besar mana je dia ni? Ade besar burung puyuh ke besar lagi?
BalasPadamBuat tahun baru lumayan ini . Bisa makan bareng sama keluarga :D . Makasih yaa
BalasPadamSally pernah makan sekali je dulu...lama sgt dah masa tu arwah papa still ada..kalau burung puyuh tu selalu laa..hahaha...Ya Ampun...sedapnya masak lemak cili padi..hahaha
BalasPadamIndeed looks delicious. I want to cook for my children to try it out.
BalasPadamNampak sedap, tapi belum pernah makan burung masak lemak. Burung puyuh goreng pernah la makan.. tu pun lama dah..
BalasPadamfirst time dengar tentang burung wak wak ni bonde.. sedap ke? rasa macam ayam juga ke.. tapi sajian masak lemak cili padi memang my favourite sebab mudah sesangat resepinya
BalasPadam1st time dengar burung wak wak. Makan lagi lah tak pernah. Burung puyuh jer pernah makan.
BalasPadamrasa daging burung wak-wak ni macam mana ye? lembut macam ayam ke? takpernah lagi makan sebarang burung hehee
BalasPadamyanmieonline.com
Alamak Bonde kita tengok burung tu pun takut nak makan hehehehe tapi nampak menyelerakan bila dah siap tu...
BalasPadamLooks delish! I have never tried this bird before wonder what it taste like.
BalasPadamAlahaii, mana nak carik ni pulak burung wak wak, kalau burung puyuh tu ada ler kat pasar Larkin ni haah.. gulp (telan air liur aja lah)
BalasPadamTingkatkan trafik blog anda dengan 12 tip sempoi ini
woah rare nye,, burung wak wak ni senang nak tangkap ke, aduh sayang nye tengok dah la kale blue blue gitu
BalasPadamtak pernah try pula makan burung. Susah nak tangakp.Kalau ada jual teringin.
BalasPadamTak pernah menjamah burung Wak Wak. Tapi nampak sedap kan. Daging mesti juicy.
BalasPadamFuhhh lemak berkrim tengok kuah tu. Bila la dapat cuba resepi ni. Burung pun tak tau nak beli kat mana. Hahha
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.