KERANG MASAK ALA THAI VIRAL



Assalamualaikum Dan Selamat Pagi...

Hai reader semua....

Hari ni Bonde nak kongsikan resepi Kerang Masak Ala Thai yang viral tu, tapi bahan-bahan dalam resepi ini ikut bahan yang olah Bonde sendiri.

Rasanya tetap marbeles tau!


KERANG MASAK ALA THAI VIRAL


KERANG MASAK ALA THAI VIRAL

Bahan-Bahan :


1/2 kilo-kerang (masa tuk stok last dapatlah sikit jer)


2 batang serai (hiris)

1 biji bawang besar (hiris)

1 Biji bawang bombai (hiris)

3 ulas bawang putih (hiris)

6 biji cili api merah (hiris)

2 biji tomato (potong dadu ikut saiz anda suka)

3 batang daun ketumbar (hiris)

5 sudu jus lemon

sedikit garam

sedikit gula 

sedikit cukup rasa maggi

sedikit air

CARA MEMASAK KERANG MASAK ALA THAI VIRAL  :


Rebus kerang terlebih dahulu, setelah masak angkat toskan air dekat tapis, Masukkan sedikit air dalam kuali, buka api kecil sekali...

Selepas itu masukan bahan yang dihiris bawang, serai, bawang putih dan cili api kacau rata, masukan jus lemon dan masukan kerang yang telah direbus tadi.

Selepas itu letak garam dan cukup rasa maggi, masukan tomato dan dan daun saderi kacau lagi bagi rata dan last sekali taburkan daun saderi semasa hendak dihidang.

Siap untuk dimakan... Selamat Mencuba!

~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Salam Bonde..
    LZ suka juga makan kerang. Selalu rebus camtu masuk halia dan daun kunyit. Resepi Bonde ini akan ku cuba nanti..

    BalasPadam
  2. Senangnya resipi dia..macam nak try je nnti

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.