BELUM BAYAR ZAKAT? JOM SERTAI KEMPEN YEZ 2017 (Year End Zakat)



Assalamualaikum Dan Selamat Petang...

Hai reader semua,

Memandangkan tahun 2017 akan melabuhkan tirainya lebih kurang dua minggu lagi, persoalannya sudahkah anda menunaikan tanggungjawab anda sebagai umat islam memenuhi kehendak Rukun Islam yang ke empat iaitu Menunaikan Zakat.

Bagi Bonde, jalan mudah yang Bonde ambil adalah buat potongan gaji setiap bulan bagi mengelakkan terlupa dan bayaran tertunggak setiap tahun.  Alhamdulillah syukur, tak payah pikir lagi urusan potongan di buat di Unit Gaji.  Tugas Bonde hanya semak 'pay slip' sahaja setiap bulan.

Tahukah anda?

"HUKUM MEMBAYAR ZAKAT ADALAH WAJIB"

BELUM BAYAR ZAKAT? JOM SERTAI KEMPEN YEZ 2017 (Year End Zakat)


[ YEZ - YEAR END ZAKAT ]

Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP) sentiasa menawarkan perkhidmatan terbaik buat para pembayar zakat yang mahu menunaikan Zakat.

ZAKAT ONLINE, BANTUAN ZAKAT, BAYAR ZAKAT, Zakat,Kiraan Zakat, INFO ZAKAT, PERTANYAAN BANTUAN ZAKAT, PERTANYAAN PUNGUTAN ZAKAT, LOKASI PUNGGUTAN ZAKAT,


Satu Kempen YEZ 2017 (Year End Zakat) diadakan khas bagi menggalakkan umat islam menunaikan zakat sebelum berakhirnya tahun 2017.

Kempen ini diadakan selama sebulan bermula dari :

1 Disember 2017 

dan berakhir pada :

31 Disember 2017 

Kepada anda yang belum membayar zakat, segeralah menunaikannya. 


[ CARA MUDAH BAYAR ZAKAT ]

Macam mana hendak bayar zakat dengan cara yang mudah?

Sempena dengan kempen YEZ (Yez End Zakat) ini, terdapat 11 kaunter PPZ-MAIWP dibuka 7 hari seminggu sepanjang Disember 2017 (termasuk cuti umum).

Dibuka dari jam 8.15 pagi hingga 4.45 petang.

Buat pengetahuan anda juga, pada 26 hingga 31 Disember 2017 pula, kaunter PPZ-MAIWP akan beroperasi dari jam 8.15 pagi hingga jam 8.00 malam.

ZAKAT ONLINE, BANTUAN ZAKAT, BAYAR ZAKAT, Zakat,Kiraan Zakat, INFO ZAKAT, PERTANYAAN BANTUAN ZAKAT, PERTANYAAN PUNGUTAN ZAKAT, LOKASI PUNGGUTAN ZAKAT,

[ SALURAN BAYARAN ZAKAT ANDA ]

[ 11 KAUNTER PPZ-MAIWP ]

1. Dataran Shamelin

2. Plaza RAH, Kg. Baru

3. Masjid Negara

4. KLSC, Wangsa Maju

5. UTC KL, Pudu Sentral

6. Presint 9, Putrajaya

7. Presint 15 Diplomatik, Putrajaya

8. Masjid Al-Imam Al-Ghazali, Kepong

9. Anjung Niaga Masjid At-Taqwa, TTDI

10. Masjid Abdul Rahman bin Auf, Jalan Puchong

11. Labuan Time Square

[ PORTAL PPZ-MAIWP ]

Boleh membuat pembayaran melalui:

- FPX

- Kad Kredit Perbankan Islam


[ SKIM THOHIR ]


Bayaran Zakat melalui potongan gaji

Pos Malaysia

Bayar zakat di kaunter Pejabat Pos sekitar Wilayah Persekutuan


[ PERBANKAN INTERNET ]

www.maybank2u.com.my (Maybank)

www.publicbank.com.my (Public Bank)

www.muamalat.com.my (Bank Muamalat)

www.bankislam.com.my (Bank Islam)

www.ocbc.com.my (OCBC Bank)

www.agrobank.com.my (Agro Bank)

www.cimb.com.my (CIMB Bank)

www.affinbank.com.my (Affin Bank)

www.ambg.com.my (Ambank)

www.mybsn.com.my (Bank Simpanan Nasional)

www.hsbc.com.my (HSBC Bank)

www.rhb.com.my (RHB Bank)

www.bankrakyat.com.my (Bank Rakyat)

www.hlisb.com.my (Hong Leong Islamic Bank)

www.myeg.com.my (MyEG)

[ KAUNTER ZAKAT BERGERAK JADUAL 12 LOKASI TETAP SEPANJANG DISEMBER 2017 ]

1 Disember - Masjid Muadz bin Jabal (Taman Setiawangsa)

13 
Disember  - Perbadanan Putrajaya

15 Disember  - Masjid Wilayah Persekutuan (Jalan Duta)

19 Disember  - KWSP Wangsa Maju

22 Disember  - Surau Tabung Haji (Menara Tabung Haji)

22 Disember  - Masjid Ar-Rahah (Bangsar South)

26 Disember  - Taman Melati (Berhadapan Sate Kajang Hj. Samuri MRR2)

26 Disember  - Jalan Binjai (Berhadapan InterContinental Kuala Lumpur)

27 Disember  - CIMB Bank Setiawangsa

28 Disember  - Jalan Dungun

29 Disember  - Masjid As-Syakirin KLCC

29 Disember  - Surau Menara Bank Islam (Jalan Tun Perak)



[ APA YANG ISTIMEWANYA??? SEMPENA KEMPEN YEZ INI! ]

Pelbagai keistimewaan yang akan diberi kepada pembayar zakat iaitu pemberian cenderahati  khas di kaunter-kaunter PPZ MAIWP  iaitu :

- CD MAU’ IZATI oleh Ustaz Ahmad  Dusuki  Abd  Rani

- Kalendar Meja 2018 (sementara stok masih ada) 

- Buku Siri Rukun Islam ( diberi kepada kanak-kanak)

[ CABUTAN BERTUAH ]

Satu cabutan bertuah dibuat pada setiap hari, bermula dari 1 hingga 29 Disember 2017. 

Manakala 20 cabutan bertuah pula dibuat pada tarikh 30 hingga 31 Disember 2017.

[ MENARIK DI KAUNTER SHAMELIN PERKASA ]

Pada 30 dan 31 Disember 2017 nanti, turut ditampilkan maskot Omar dan Hana (siri kartun terbitan ASTRO, Jangan lupa bawa anak-anak anda).


[BAYAR  ‘ZAKAT ONLINE’ DAN MENANGI CABUTAN BERTUAH]

Bagi anda yang tidak berkesempatan hendak membayar zakat di 11 kaunter yang telah PPZ-MAIWP sediakan itu, Cara lain, anda boleh juga membayarnya menerusi Portal PPZ-MAIWP atau terus klik  www.zakat.com.my 

Yang menariknya, anda berpeluang memenangi 100 cabutan bertuah yang disediakan. Tunggu apa lagi? Segerakah bayaran zakat anda yang tertangguh dan mana tahu ada rezeki anda untuk memenanginya.

Info lanjut untuk sebarang pertanyaan anda boleh rujuk talian zakat dibawah :

Talian Zakat: 1-300-88-5757
Emel: info@zakat.com.my

Atau datang terus ke alamat :

Pusat Pungutan Zakat-MAIWPWisma PPZ 
68-1-6 Dataran Shamelin, 
Jalan 4/91, Taman Shamelin Perkasa, 
56100 Kuala Lumpur.


ZAKAT ONLINE, BANTUAN ZAKAT, BAYAR ZAKAT, Zakat,Kiraan Zakat, INFO ZAKAT, PERTANYAAN BANTUAN ZAKAT, PERTANYAAN PUNGUTAN ZAKAT, LOKASI PUNGGUTAN ZAKAT,


P/S Jangan lupa war-warkan kepada semua.



~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

21 Ulasan

  1. Senamg nak bayar zakat sekarang ni.tak ada alasan tak sempat atau tak ada masa nak bayar zakat.online pun boleh

    BalasPadam
  2. bagus kan zakat skrg awareness dah banyak.kalau ada yang tak alert ni. tak tahu lah

    BalasPadam
  3. Bagus Ada krmpem macam ni disamping beri peringatan org pun seronok but zakat

    BalasPadam
  4. Info yang bagus. Thanks for sharing bonde. Jom bayar zakat.

    BalasPadam
  5. mudah sangat sekarang nak bayar zakat kan...

    BalasPadam
  6. Sekarang memang dah mudah untuk tunaikan zakat. Tiada alasan lagi.

    BalasPadam
  7. Wahhh menarik betul program macam ni. Mendidik masyarakat supaya menunaikan zakat dengan cara yang lebih mudah!

    BalasPadam
  8. Zakat mmg sgt dituntut dalam islam. Jadi bila ianya telah dipermudahkab rugi pula kalau kita lakukan salah satu yg disyariatkan dlm kehidupab harian

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah sekarang bertambah senang

    BalasPadam
  10. mudahnya zaman sekarang nie. segalanya dihujung jari. tiada alasan untuk tidak bayar zakat.

    BalasPadam
  11. wah nak bayar zakat pun dah begitu mudah sekarang. perbankan online pun dah boleh. menarik ni.

    BalasPadam
  12. Great that they have set up so many convenient ways for you to pay.

    BalasPadam
  13. Menarik Dan semoga lebih ramai umat Islam berzakat lpas ini

    BalasPadam
  14. Wajib, sebolehnya tak perlu tunggu sehingga hujung-hujung tahun. Boleh minta majikan buat potongan juga untuk tujuan zakat ini. Kaedahnya lebih jurang sama dengan potongan PCB. Bayarlah zakat mengikut tempat kita mencari rezeki.

    BalasPadam
  15. Bagus ada pemakluman gini. Takde la memasing ingat Year End Sale (YES) je kan. TQ ingatkan Rawlins ye Bonda

    BalasPadam
  16. senang dah nk byar zakat lpas ni
    Takda dah alasan ssh nk pi byr kat kaunter ka amenda ka kan kak

    BalasPadam
  17. Macam-macam kemudahan disediakan untuk pembayar zakat menjalankan tanggungjawap mereka. Bagus info ni bonde.

    BalasPadam
  18. Penghujung tahun, disamping kita sibuk dengan persiapan anak-anak nak kembali ke sekolah, sibuk dengan perancangan nak bercuti sempena cuti sekolah, sibuk dengan kenduri kendara saudara mara terdekat yang nak mendirikan rumahtangga...Jangan lupa dengan kewajipan yang satu ni..berzakat..InsyaAllah berkat rezeki sepanjang tahun!

    BalasPadam
  19. Is time to pay for zakat. Will spread and remind my Muslim friends

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.