Assalamualaikum Dan Selamat Petang...
Menu-menu yang terdapat dalam Buku Menu :
Ayam goreng order by Banana
Fries oleh Odah
Hai reader semua,
Bonde pertama kali makan... Ice Bucket ni dekat IOI City Mall, Putrajaya. Sebenarnya memang sudah lama teringgin nak pergi dan makan dekat situ. Sebab tertengok update status dari kawan.. (arghhh sungguh mudah terpengaruh dan tergoda) Kalau Bab makan ni memang selalu lemah dan kuat mengoda betul tengok gambar-gambar terus kecur air liur. Berangan dari hari ke hari nak singgah.
PENGALAMAN INDAH MENIKMATI ICE BUCKET DI IOI CITY MALL, PUTRAJAYA.
Perancangan yang tidak disengajakan.... Bonde terus whatsapp Banana dengan Odah masa hari kejadian adalah hari Jumaat. Waktu rehat hari Jumaat adalah waktu yang panjang... dimana kaum lelaki pergi menunaikan solat Jumaat dan yang perempuan macam-macam perancangan termasuklah Bonde... Hari Jumaat macam ni memang sesuai makan dekat luar, bolehlah pi JJCM jauh sikit.
Syukur alhamdulillah, langkah kanan Banana dengan Odah nak "follow plan" Bonde makan Ice Bucket, tapi Banana yang bawak kereta masa tu... yahuuuu
Kami pon geraklah ke IOI City Mall....menaiki kereta Banana.. lebih kurang 20 minit macam tu dah sampai.
Jom order Ice Bucket... cepat tak sabar... teruja sudah...
Kami pilih Ice Strawberry Bucket RM 29.90 sahaja.
Sambil tunggu order kami sampai, explore sekitar kedai Ice Bucket, Suka tengok decoration area kaunter Ice Bucket ni, penuh tergantung bucket dekat atas tu... Nampak kemaslah...
Kalau nak tahu kebersihan Kedai Ice Bucket ni, telah di beri gred B ada dipaparkan di wall belakang kaunter. Maksudnya kategori bersih.
Satu lagi sudut, menarik tumpuan Bonde adalah ... anda boleh tengok dekat bawah, wall menunjukkan sebuah bukcet yang penuh di isi dengan buah-buahan.
Zoom sikit....
Selfie sikit...
Ok sampai dah... sudu dengan mangkuk.... bertambah tak sabar jadinya...
CARA NAK MAKAN ICE BUCKET
Agak-agak anda macam mana nak makan ni? jeng..jeng..jeng...
Caranya ialah dengan mengunakan senduk yang diberi, kena kacau ice dari atas ke bawah... kene gaulkan semua buah-buah tu samarata. kemudian barulah dicedok kedalam mangkuk.
Kalau tak pandai nak gaulkan ice cream tu boleh minta tolong adik dekat kaunter tu... tu kerja diaorang tu memang pakar... he he he
Tadaaaaaaa.................... tu dia, Ice Bucket Stawberry sudah sampai.. first kenalah ambik gambar dulu.
Sebenarya besar tau... Ice Bucket yang Bonde pesan ni... Boleh makan dalam 5-6 orang.
Wajiblah selfie sekali....
Ada makanan lain yang dipesan oleh... Banana dan Odah ...
Ayam goreng order by Banana
Fries oleh Odah
Review Dari Bonde
Ice Bucket ni memang sedap sekali rasanya seperti makan yogart buah-buahan, bagi Bonde yang tak suka sangat manis-manis yang Ice Bucket Strawberry memang sesuailah. creamy, masam-masam strawberry sedap giler.. buah yang ada dalam tu semua fresh selain buah strawberry ada buah mangga, buah cranberry dan jeli semua sedap.
Waktu yang sesuai makan Ice Bucket ialah waktu anda moody... Ice Bucket dapat merubah anda menjadi cool semula ha ha ha.
Ice Bucket yang besar tu Bonde yang banyak kali top up ke mangkuk ha ha ha
Jangan lupa cuba tau... tak tipu sedapppp
Adegan gurau senda kami...
Adengan sweet potong kaki Banana dan Odah...
Mula-mula, Banana suapkan Odah
Lepas tu Odah suapkan Banana
Info lanjut anda Boleh ke klik media sosial dibawah :
Ice Bucket
L2-18,Level 2,IOI City Mall,
Putrajaya.
Putrajaya.
~ Bonde Senyum Riang ~
12 Ulasan
comelnya nickname dia Banana hehehe.. ya rabbi besarnya kalo pegi sorang memang tak jalan ni. kena kumpul angkatan tentera sama2 ikut baru boleh cuba..
BalasPadamMemang kena makan berjemaah.. sesorang tak abih membazir jer nanti
PadamNama Banana tu nama manja dia... he he he
PadamWow, saya nih hantu ais krim. Mahu hadap ais krim sorang jer. Ha ha.
BalasPadamMemang Win kalau boleh abiskan seorang he he he
Padamcawangan pertama kt aeon shah alam..mmg dkt je ngan opis..pegi mkn ngan kwn2..mmg ngam la share 5 orang...kami amik yg coklat
BalasPadamsyok makan beramai-ramai kan!
PadamCanteknnya Ice Bucket tu. Sayang pulak nak kacau kan :D
BalasPadamsebab tu sebelum makan selfie dulu...Kalau tak kacau tak rata bahan-bahan dia tak nikmat...
PadamWahhh sedap nyer bonde, ni time-time cuaca panas nanti memang kne serbu taw. kikiki
BalasPadamwah bestnya!! ni kalau sha pergi sini memang org marahlah sbb asyik nak ambik gmbar hahaha
BalasPadamppssst jemput join ga sha ; http://shafyqahazahar.blogspot.com/2017/11/giveaway-shfyqhazhr-x-printcious.html
Besarnya portion....makan satu family tu bagi saya....
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.