Assalamualaikum Dan Selamat Pagi...
Hai reader semua...
Sambungan dari cerita Part I dan Part II Bonde nak cerita kemeriahan hari-hari yang di nanti dan ditunggu semua rakyat Perak dan juga semua pengunjung yang hadir memeriahkan Fiesta NBOS Carnival.
Acara-acara yang akan berlangsung adalah seperti dalam jadual dibawah:
Persembahan dan Penampilan Istimewa Artis Tanahair :
Jay Jay, Dafi Af, Arja Lee dan Adeline Tsen
Pelbagai Aktiviti menarik dan Cabutan Bertuah Perdana
Gadis-gadis cilik mengenakan pakaian tradisional berbilang kaum di Malaysia mengiringi YAB Dato' Seri DiRaja Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi di ke Pentas Utama.
Hari yang dinantikan telah tiba... Menunggu dengan sabar dibawah khemah utama untuk Majlis Perasmian. Fiesta NBOS #SayangMalaysia 2017 dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia , YAB Dato' Seri DiRaja Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi di SMK Hutan Melintang, Bagan Datuk, Perak.
Ketibaan YAB Dato' disambut dengan meriah sekali... terpancar wajah ceria diwajahnya.
Ketibaan YAB' Dato' disambut dengan meriah sekali... khemah utama di banjiri dengan pengunjung yang ingin melihat YAB' Dato' dengan lebih dekat lagi...
Semua hadirin yang hadir tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dengan YAB' Dato'
YAB Dato' Seri DiRaja Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi dengan mesra sekali berjabat salam dengan semua pengunjung yang hadir.
Turut hadir bersama YB Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia serta YBhg. Datuk Rashidi bin Hasbullah, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.
Fiesta NBOS #SayangMalaysia ini merupakan salah satu lagi inisiatif yang dilaksanakan untuk kesejahteraan dan kemudahan untuk masyarakat.
Selain itu, program ini bertujuan untuk menyemaikan semangat cintakan dan #SayangMalaysia dengan inisiatif kempen #SayangMalaysia yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.
Majlis dimulakan dengan Nyayian Lagu Negaraku dan Bacaan Doa.
Tibalah masanya YAB Dato' meyampaikan amanatnya untuk semua rakyat Perak dan pengunjung yang hadir.
NBOS (National Blue Ocean Strategy) atau Strategi Lautan Biru Kebangsaan merupakan inisiatif kerajaan dengan melibatkan lebih 80 kementerian dan pelbagai agensi dalam merangka dan menjalankan kolaborasi yang kreatif dan bersifat transformasi kepada negara. Kaedah ini dilihat lebih sistematik dalam mewujudkan nilai tinggi dengan kos rendah kepada negara.
Gimic Pelancaran Fiesta NBOS Carnival
Persembahan tarian oleh Penari-penari ASWARA
Selepas Majlis Pelancaran Fiesta NBOS Carnival YAB Dato' Seri DiRaja Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi melawat ke khemah Pavillion NBOS dan khemah pameran yang mengambil bahagian.
@TAPAK PAMERAN
Bonde sempat melawat dan melihat pameran yang menyertai Fiesta NBOS Carnival disertai oleh pelbagai agensi Kerajaan dan Swasta antaranya Bomba, PDRM, Kementerian Kesihatan Malaysia (anda boleh buat pemeriksaan kesihatan di booth ini), Jabatan Perpustakaan Negara, Jabatan Pengangkutan Jalan (anda boleh semak saman dan jelaskan saman jika ada), Jabatan Pendaftaran Negara, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, MDEC, MOTAC, Bank Rakyat, YAPEIM, Institut Jantung Negara dan banyak lagi.
BOOTH PDRM
BOOTH BOMBA
@PAVILLION # SAYANG MALAYSIA
Acara yang dijalankan adalah seperti persembahan kesenian dan kebudayaan dari Jabatan Kesenian Dan Kebudayaan Negara (JKKN).
Pesembahan Muzik dan tarian tradisional Negeri Perak dari penari-penari Akedemi Seni Budaya Dan Warisan (ASWARA).
Pameran produk-produk tempatan.
Pameran Homestay yang terdapat di Negeri Perak.
Pameran Urutan Tradisional Malaysia.
Pameran dari Tourism Malaysia.
Di Booth #SayangMalaysia juga terdapat dua orang artis yang sporting memeriahkan lagi suasana fiesta NBOS mereka akan memberi nombor cabutan kepada pengunjung yang datang, Fiesta NBOS kali ini, memang nampak mereka sangat menghargai pengunjung yang datang jika bertuah, pengunjung tidak pulang dengan tangan kosong. (bedebar menunggu nombor cabutan bertuah, tapi tiada rezeki untuk kali ini)
Arja Lee
Adeline Tsen
@ PAVILLION CITARASA MALAYSIA
Dekat sini Bonde paling seronok sebab dapat mencuba pelbagai makanan tradisi Perak antaranya ialah :
Kebebe
Bubur Anak Lebah
Rendang Itik Dan Ketupat Palas
Bihun Madu Klah
Soto Bagan Dato
Kuih Peneram
Telur Dadar Ikan Loma
Untuk pengetahuan anda semua makanan diatas Bonde baru pertama kali cuba di Negeri Perak. Semuanya sedap. Makanan ni semuanya diberi secara percuma. Jadi ianya boleh ulang-ulang makan sementara stok masih ada.
LUKISAN SEMPENA FIESTA NBOS CARNIVAL
Lukisan yang dihasilkan oleh pelukis yang dijemput khas oleh Gaya Travel... mereka hampir menyiapkannya.
PERSEMBAHAN ARTIS JEMPUTAN
Persembahan dari dua orang artis yang sangat menghiburkan.
JAY JAY
DAFI AF
ACARA KEMUNCAK DAN PENUTUP....
Acara yang ditunggu-tunggukan oleh pengunjung iaitu Cabutan Nombor Bertuah. Ramai yang tak sabar menantikan nombor cabutan bertuah ini. (termasuklah Bonde he he he)...
Bonde berharap... Dapat lagi menyertai Fiesta NBOS Carnival ini dimasa akan datang...InsyaALLAH, Jangan lupa.... #SAYANGMALAYSIA.
~ Bonde Senyum Riang ~
14 Ulasan
jmput la singgah join n meriahkan segmen GA kt sini
BalasPadamhttp://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html
Memang meriah habis. Seronok dapat join event=event macamni :)
BalasPadambila attend any karnival ...sure Sal tertarik dengan gerai yang jual juadah selain pameran yang ada ...serious banyak info kita akan dapat
BalasPadamMeriahnya event. Tengok makanan tu pon semua sedap-sedap. Bonde tak selfie dengan menteri tu ker ☺
BalasPadamMeriah dan banyak sangat aktiviti kat NBOS ni. Tahun depan nak join lah
BalasPadamThe event looks fun. Too bad that I had miss it out. Hope to join next round.
BalasPadamactually ade dah plan dah pi sini tapi macam biasa laa...banyak kekangan kalau dah plan..huhuhu...pulak kebetulan mmg ade kat Korea..lg laaa...eh...macam mana rasa bubur anak lebah tuu..hahaha..curious!
BalasPadamAmboi Bonda suka sangat dapat jumpa artis popular hehehe meriah tengok dapat makan macam-macam lak tu bestnya lepas ni kat mana lagi nak buat nak pergi hehehehe...
BalasPadamSeronok dapat memeriahkan acara. Btw, sedap nampak makanan orang Perak. Tak pernah pula mendengarnya sebelum ni. Teringin nak makan dan cuba membuatnya.
BalasPadamMemang menarik dan meriah lagi2 di pavilion Sayang Malaysia. Cukup happening dengan sokongan padu orang kampung!
BalasPadambila pergi event yg mcm ni, ririey selalu attack booth yg ada food dulu hahaha
BalasPadamwow sumore got lucky draw with motorsikal modenas to win!
BalasPadampart bila tengok makanan...nampak menarik tu! :)
BalasPadamWah...seronokkan dpt joint event macam ni?Macam2 benda kita boleh dapat..
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.