Assalamualaikum Dan Selamat Pagi...
Hai reader semua,
Ada tak dikalangan anda semua suka makan ikan masin. Kalau ada yang suka kita geng, Bonde sebelum ni memang suka makan ikan tak kira ikan masin apa yang baru memang suka sangat, sebab dulu arwah mak memang buat ikan masin sendiri, ayah pula buat ikan jeruk sendiri.
Sebabnya dulu.. arwah ayah memang suka memancing dan menjaring, tiap-tiap hari ayah akan pergi tengok jaring ada tak hasil.
Kadang-kala rezeki tangkapan tu banyak dan kadang-kala tak dapat pon ada bergantung pada rezeki pada hari itu.
NOSTALGIA IKAN SEPAT, TANGKAP SENDIRI....
Memandangkan dulu kami ada peti sejuk saiz kecik sahaja jenis satu pintu, Kalau hasil tangkapan tu banyak, memang tak ada tempat nak simpan, terpaksalah buat ikan kering. Part jemur dengan angkat tu memanglah tugas Bonde.. Kenangan dan memori yang susah nak lupa. Kalau cerita dengan adik beradik boleh bedekah-dekah ketawa. Bila mak suruh buat kerja ... Mulalah masing-masing mengejek dan betekak satu sama lain. (masa tu kecik-kecik biasalah keje semua berkira)
Nostalgia betul kisah dulu-dulu.. bila ingat kisah adik-beradik kami...
Tiba-tiba hari tu Bonde teringin makan ikan sepat fresh.. dulu masa kecik-kecik Bonde masuk parit tangkap sendiri guna tapis. Bila parit penuh air tak berani nak masuk, tapi bila air dah mula cetek kami adik beradik dan sepupu berebut-rebut masuk parit nak menapis anak ikan.
Ceritanya gini... memang tekak ni kalau dah nak, tak boleh tahan-tahan... kena gak cari! Disebabkan Abg Long sekarang ni rajin memancing talafia, Bonde pon berceritalah dengan mereka mengenai tekak Bonde yang teringin nak makan... Try cakap dekat Kak Long dengan Abg Long hari tu.. (siap dapat soalan cepu mas kau ngandong yea kata Kak Long ha ha ha)
Minggu lepas Kak Long telefon bagi tahu yang dia ada letak ikan dalam peti ais. Masa Bonde pergi Penang hari tu dia yang tengok-tengokan kucing dekat rumah. Alhamdulillah dapat juga makan ikan sepat fresh. Abg Long beli dari kawan dia yang duduk Kuala Selangor.
Tada...... Nah pic Ikan Sepat fresh... 10 ekor Kak Long bagi siap siang... tinggal goreng tau.
Terima kasih Kak Long dan Abg Long. Sedap ikannye.
Ikan fresh... Goreng pon sodap tau.
Nanti Bonde kongsi resepi. Di next entri yea...
~ Bonde Senyum Riang ~
3 Ulasan
suka makan ikan masin dengan bubur nasi and pulut. kalo ikan sepat ni makan dengan nasi panas sedaaapnya hehe..
BalasPadamsdap tu bonde..:)
BalasPadamSedapnya makan lagi2 ikan tengah panas2...dgn sambal kicap pun sdp.
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.