NASI AYAM MAFIA PUAS HATI MENIKMATINYA...



Assalamualaikum Dan Selamat Petang

Hai reader semua,

Bonde nak share dengan anda semua ada satu warung tepi jalan baru dibuka area Bandar Baru Salak Tinggi berdekatan dengan tanam perumahan Bonde. Dikenali sebagai Warung Chef.Joe@ The Dagau..  Kira-kira jarak dari rumah nak sampai warung ni dalam lima minit macam tu.  Biasalah pantang ada warung dibuka dekat-dekat dengan kawasan rumah mesti nak cuba.  Kalau sedap boleh repeat lagi.

Menu Makanan yang menjadi tarikan kami sekeluarga ialah Nasi Ayam Mafia dan Nasi Bajet (Ikan Talapia).

Menu Minuman pula cendol, green tea, ice kacang (tapi masa datang dah habis).

Lokasi warung ni dekat tepi jalan sahaja memudahkan anda untuk datang makan dekat sini.

Kedudukan warung beada di sebelah bawah, tapi ada kemudahan yang disediakan bagi anda yang nak turun jika menggunakan atau membawa kereta sorong baby atau kerusi roda, kenapa mudah sebab ada dua lalulan bertangga dan juga ram mendatar di laluan untuk turun. 


NASI AYAM MAFIA PUAS HATI MENIKMATINYA...


NASI AYAM MAFIA, CHEF JOE @ THE DANGAU

Terdapat dua tempat pakir kenderaan, satu di atas di tepi jalan dan satu di bahagian bawah, anda kena melalui susur masuk di hadapan sedikit.

NASI AYAM MAFIA, CHEF JOE @ THE DANGAU


Untuk yang pertama kali datang ke warung ini , nak dapat makanan dengan cepat dan pantas.. anda hendaklah mengikut arahan tuan warung seperti terdapat dalam banner di bawah :

1. Order di kaunter

2. Bayar di kaunter

3. Kami hantar ke meja

NASI AYAM MAFIA, CHEF JOE @ THE DANGAU

Beratur untuk membuat pesanan.

NASI AYAM MAFIA, CHEF JOE @ THE DANGAU

Menu Minuman

NASI AYAM MAFIA, CHEF JOE @ THE DANGAU

Menu Makanan ( Pic ni blur.. nanti Bonde singgah dan tukar yea he he he )

NASI AYAM MAFIA, CHEF JOE @ THE DANGAU

Memandangkan warung ni baru dibuka jadi pelanggan ramai dan makanan yang kami pesan pula agak lambat dihantar ke meja dan pekerja pula perlu ditambah untuk membantu kerja-kerja penghantaran makanan.  Bagi melancarkan kerja-kerja penghantaran.  Jadi sambil-sambil tunggu menu yang kami pesan sampai kami... selfie lah dulu he he he.


NASI AYAM MAFIA, CHEF JOE @ THE DANGAU

NASI AYAM MAFIA, CHEF JOE @ THE DANGAU



NASI AYAM MAFIA, CHEF JOE @ THE DANGAU

Alhamdulillah tak lama lepas selfie tu, Makanan yang kami pesan pun sampai... tak sabar nak cuba nasi ayam he he he.

NASI AYAM MAFIA, CHEF JOE @ THE DANGAU

Untuk nasi ayam rasanya tidak mengecewakan memang sedap macam yang tertulis dekat banner, Nasi "Lembut" Ayam "juisy" Cili " Garang Mafia" Sup "wangi" Kicap "penyedap rasa"

Boleh repeat lagi...

NASI AYAM MAFIA, CHEF JOE @ THE DANGAU

Untuk nasi bajet pula, menu memang simple, yang buat sedap ikan talafia tu digoreng panas-panas memang selera makanlah. kene dengan selera tekak Bonde.

NASI AYAM MAFIA, CHEF JOE @ THE DANGAU

Untuk minuman, order cendol 2 mangkuk.. dan bila mana waktu tengahari , panas-panas makan cendol anda rasa??? tentulah sedap.... sejuk aje tekak bila air cendol masuk kan!

Cendol memang sedap..

NASI AYAM MAFIA, CHEF JOE @ THE DANGAU

Specialnya cendol ni ada biji sagu.


Air green tea ni pon sedap.  Boleh repeat makan dekat sini.


NASI AYAM MAFIA, CHEF JOE @ THE DANGAU

Semua makanan habis dimakan dan diminum tak membazir... he he he tengok tu sampaikan sup pon habis dihirupppp hu hu hu

NASI AYAM MAFIA, CHEF JOE @ THE DANGAU

Kalau anda nak datang makan dekat sini, kedai ini tidak jauh pun dari Airport KLIA, 

anda boleh ikuti waze : https://waze.to/Ir/hw2825hube


~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Aduhhh...Bonde plak buat SA terliur ni...

    BalasPadam
  2. hehehe pergh nama nasi ayam tu.. ganaaaz harusla puas makan nya kan =)

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.