Assalamualaikum Dan Selamat Petang...
Hai reader semua,
Apa khabar semua...
Bonde nak share dengan anda semua cerita Jalan-Jalan Cari Makan Bonde ke Thailand Malaysia Food Fest. Dah macam pengacara JJCM TV3 pulak rasanya. Bila Bonde post gambar dekat IG dan FB ada yang comment, Akak.. akak dah macam pengacara JJCM lah Kak.. (hahaha puji ker perli) tak kisahlah andai ada yang mendoakan mana tau satu hari nanti tercalon sebagai pengacara ha ha ha. (popular Bonde masa tu...) Umur nak masuk empat serries laku kerassss ha ha ha.
Biasalah dekat Thailand Malaysia Food Fest memang macam-macam makanan ade yang paling popular sekarang ni adalah musim durian, jadi semua pon nak dapatkan durian dengan harapan dapat makan durian yang paling sedap dalam dunia dan paling murah.
Thailand Malaysia Food Fest berlangsung pada 18 November hingga 26 November 2017 bertempat di Kipmall Kota Warisan Sepang. Dibuka pada jam 10 pagi- 10 malam.
Pesta makanan terbesar ini menghimpunkan makanan-makanan terkenal dalam dua negara iaitu makanan original dari negara Gajah Putih Thailand dan makanan viral dalam Malaysia.
Selain dari jualan makanan dan buah-buahan ada juga jualan barangan seperti pakaian, handbag, kasut, karpet dan bantal.
Jom... Jalan-jalan Cari Makan kali ni bersama Banana dan Odah.
MAKANAN-MAKANAN POPULAR DAN VIRAL
DI THAILAND MALAYSIA FOOD FEST
MAKANAN VIRAL DALAM MALAYSIA
Memandangkan sekarang di Malaysia adalah Musim Durian Jadi kebanyakan warga Malaysia yang #hantudurian memang akan keluar mencari durian tidak kira malam atau siang ... Kalau tak dapat makan durian yang sedap pasti akan mengalami kemurungan di wajah masing-masing, ada juga yang buat muka ketat kalau tak dapat makan durian. Yang ada kebun durian juga akan buat tak kenal dengan saudara-saudara terdekat. (betul tak?) eeeiiii malu kite time musim durian baru kenal saudara katanya.
PULUT DURIAN
Siapa suka makan Pulut Durian, memang power betul pulut durian ni tau... anda jangan lupa cari dekat Thailand Malaysia Food Fest ni ada beberapa gerai yang jual. Anda boleh buat pilihan nak beli dekat gerai yang mana, yang pasti semua nampak menyelerakan. Durian pula dari gred yang berkualiti.
Harga RM 10.00
PULUT MANGGA
Pulut mangga juga adalah salah satu tradisi makanan di Thai yang popular di Malaysia, Memang sedap dan ramai yang meroyan kalau tak dapat makan. Mangganya di ambil dari gred yang berkualiti memang sedap dimakan dengan pulut. (meleleh air liur... kalau tak dapat makan)
Harga : RM 8-10
BIHUN TOM YAM ORIGINAL THAI
Bihun Tom Yam Original Thai ni, memang sampai-sampai Bonde sudah list nak makan. Sebab Tom Yam Original Thai memang power. Kecur air liur tengok jadi memang target nak makan ni dulu. Selain Bihun anda boleh pilih mee atau kue tiow, Setiap satu hidangan dapat udang galah. (memang terangkat sedap power giler Tom Yam).
Harga RM 8.00
Pilihan Mee untuk Tom Yam
Udang Galah.
Seperiuk besar kuah Tom Yam dia. Nampak tak? nampak tak?
Tadaaaaa... semangkuk Tom Yam seekor udang galah. (cewah macam tajuk lagu pulak)
Tak sabar nak cubaaaa .......... hirup kuah dia
KERABU MAGGI
Kerabu maggi ni, Bonde pertama kali cuba... sebelum ni ramai kata kerabu maggi ni sedap, jadi hari ni Bonde mengambil kesempatan nak cuba Kerabu maggi ni. Dalam kerabu maggi terdapat seekor udang galah.
Kerabu manggi ini mengunakan maggi khas dari Thailand gambar seperti dibawah..
Harga RM 8.00
Psssttttt kakak ni sedang menyediakan empat bungkus kerabu maggi dari tempahan Bonde dan geng.
Tadaaaaaaaa... nilah rupa kerabu maggi.
SOMTAM DAN KERABU MANGGA
Makanan popular Thai juga adalah Somtam dan Kerabu Mangga.
NASI KAOMOK
Nasi Kaomok ni... Bonde tak sempat rasa, tapi macam menarik, next time nak cuma. Nampak macam nasi briani pon ada, nasi arab pon ada.
Harga RM 7.00
DIMSUM DAN MAKANAN BERCUCUK
Ini pon Bonde tak sempat nak rasa... next time nak cuba juga, makanan yang bercucuk harga 1 cucuk RM 4 dan 3 cucuk RM 10 untuk Dimsum pula 7 biji RM 6.
ICE CREAM KELAPA
Ini memang popular dekat Thai, masa Bonde pergi dekat Thai memang cari Ice Cream Kelapa ni.
THAI TEA ICE
Memang wajib pekena dan rasa Thai Tea Ice... tak sah kalau tidak minum sebab ia adalah original Thai Tea.
RM 4.00
DURIAN
Durian Thailand memang sedap rasa manis, lemak bersatu, makan seulas dan kenyang sebab isinya sangat tebal dan bijinya kecik sahaja. Tapi sayang di Thailand Malaysia Food Fest tak jual ikut biji sebab didatangkan khas untuk Pulut Durian.
Harga sekilo RM 20
Selfie bajet comel tepi durian Thailand. (part 1)
Rapat lagi.... (part 2)
selfie last sambil mengoda (part 3)
Baiklah tiba masanya untuk kami menikmati Makanan Thai... anda jangan marah yea, Kalau dekat silakan berkunjung ke Thailand Malaysia Food Fest yang sedang berlangsung.
Sebab kalau nak pi Thailand kena ada pasport antarabangsa modal lagi tinggi nak naik kapal terbang lagi.
Jadi... datanglah ke Thailand Malaysia Food Fest. Pesanan dari penaja... Jangan pergi seorang diri, Pastikan anda datang bersama keluarag tercinta, kawan-kawan, kawan sepejabat,jiran dan orang-orang kampung.
~ Bonde Senyum Riang ~
3 Ulasan
wow banyaknya makanan.suka makan durian thailand (^_^).
BalasPadamFav menu makanan Thai.. Meriah tgk gmbr food ni.. Suka pulut mangga, Thai ice tea
BalasPadamohhhoi memang boleh meroyan sungguh heeheh tengokla makanan2 tu semua sedapnya... nak dimsum nak pulut durian nak tu nak ni !!
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.