Assalamualaikum Dan Selamat Pagi...
Hai reader semua,
Adakah Bonde dah mula rindu Korea bila asyik tekak ni nak makan... makanan Korea ha ha ha...
Bukan main demand tekak ni yea nak makan yang sedap-sedap sahaja. Lepas tu tertengok pula resepi Bulgogi ni dekat Seimik Makan hadoiiiii makin menjadi-jadi lah keinginannya.
Kalau anda pun suka makan makanan Korea macam Bonde, jom kita cuba buat nak... nampak senang jer resepinya.
BULGOGI...MAKANAN KOREA SENANG JER NAK BUAT!
RESEPI BULGOGI
Bahan-bahan:
- 500g daging sirloin
- 1/4 cawan buah pir Korea (dikisar)
- 1 sudu besar gula perang
- 2 ulas bawang putih (dicincang)
- 1 sudu besar halia (dikisar)
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil lada hitam
- 2 sudu besar kicap masin
- 1/2 biji bawang kuning (dihiris)
- Bijan
- Daun bawang
Cara-cara:
1. Di dalam mangkuk, masukkan daging sirloin, buah pir kisar, gula perang, bawang putih, halia kisar, garam, lada hitam, kicap masin dan bawang kuning. Perapkan semalaman.
2. Panaskan kuali. Kemudian, masukkan daging yang sudah diperap.
3. Masak hingga kuahnya menjadi pekat.
4. Taburkan bijan dan daun bawang.
5. Siap untuk dihidang!
Buah pir Korea :
digunakan dalam resipi seperti ini untuk melembutkan daging dan menambahkan sedikit rasa manis. Jika tiada buah pir Korea, anda boleh juga gantikan dengan buah pir biasa ataupun buah epal.
KREDIT TO : SEISIMIK MAKAN
Daging Sirloin
Steak sirloin dibuat dari daging Lembu pada bahagian dekat belakang sebelum kaki belakang. Pembagian Sirloin ada tiga, aitu sirloin bagian paling atas, top sirloin yang berada bawah tenderloin, dan bottom sirloin yang merupakan sebagian besar otot di bawah top sirloin. Top sirloin pada umumnya dianggap sebagai daging bahagian sirloin yang paling lembut dan lezat. Bottom sirloin dianggap kurang banyak disuka orang, karena tidak terlalu lembut dan rasanya kurang enak. Metode yang sangat baik untuk memasak sirloin adalah dengan memanggang.
Apa lagi jom cari daging sirloin nak buat Bulgogi...
~ Bonde Senyum Riang ~
11 Ulasan
tengok video ni terus rasa terliur nak makan. adoiiii
BalasPadamMenarik juga resepinya..
BalasPadamOkey . petang ni confirm pergi cari bahan .
BalasPadampatutla ada yg ckp senang je buat bulgogi ni. nmpk unik, bahan je mudah je kan, bonde
BalasPadamsedapnya, teringin nak cuba resipi ni, bosan dah asyik menu tunjuk2 je... uwaaaa
BalasPadamWow sedapnya bonde. Lepas ni boleh berkorban food lah kat rumab
BalasPadamTak berani nak try masakan korea ni sbb takut tak kena dengan selera mr hubby..Kang jenuh saya kena perabiskan sensorang..haha
BalasPadamsenang rupanya buat bulgogi ni.. pernah makan masa kat pulau nami.. situ ada yg halal.. sedap!
BalasPadamMakan dengan nasi lembut2 ke, makan dengan daun salad ke.. sedapnya bonde.....
BalasPadamEh macam senang je...eh..nak buat la....sedap ni
BalasPadamhaaaih tetiba kang teringin makanan Korea tengah2 malam tengok food hehe..
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.