JJCM KEDAI MAKAN ASAM PEDAS SEDAP DEKAT KULAI JOHOR



Assalamualaikum Dan Selamat Pagi...


Hai reader semua,

Apa khabar anda semua,

Bonde nak sharekan kepada anda semua masa Bonde ke Johor bulan lepas Bonde sempat JJCM Asam Pedas Sedap dekat  Kulai, Johor.

Kedai makan ini berdekatan dengan Pasaraya Cowboy iaitu Medan Arked Mara.  Kedai Makanan Ezool ini yang kawan kami rekemenkan.  Katanya asam pedas dia memang sedap. Bonde memang pantang dengar makanan yang sedap-sedap mesti nak cuba!

ASAM PEDAS SEDAP DEKAT KULAI JOHOR



ASAM PEDAS CLAYPOT EZOOL


Ada pelbagai menu asam pedas yang disediakan. seperti dibawah :

Ikan : 

Pari, Kaci, Merah, Selar, Bawal, Mayung, Siakap, Kembung, Cencaru dan Sembilang.

Seafood :
Lala, Kepah, Ketam, Kupang, Siput Sedut

Lain-lain :
Tetel, Puyuh, Ayam, Sardin, Gearbox, Ekor Lembu


Telur :
Telur Sotong, Telur Mayong dan Telur Tenggiri.



Wahhh... Kami pon tak sabar nak cuba.. tengok menu pun dah kecur air liur.. Jom tengok apa yang sempat kami cuba untuk makan tengahari ini.



Asam Pedas Ayam



Asam Pedas Ikan Kembung



Asam Pedas Telur Mayong

Asam Pedas Ikan Pari

Set Nasi

Asam Pedas memang sedap makan dengan nasi, yang menariknya, kalau kita order set asam pedas ni, Dapat free air sirap dan free nasi tambah. Boleh makan sampai kenyang betul tak? 

Sayur Goreng

Untuk anda yang ingin merasai kesedapan asam pedas dan nak JJCM ke :

Boleh follow FB Page : ASAM PEDAS CLAYPOT EZOOL




 Call nombor di bawah untuk rujukan atau sebarang tempahan.



~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. sedapnya sha tengok. bestnya dapat nasi tambah free haha sebaik jauh, kalau dekat dah pergi dah

    https://shafyqahazahar.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. tak pernah lagi menapak ke sana, nanti kalau ada rezeki boleh lah try :D

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.