Assalamualaikum Dan Selamat Petang...
Hai reader semua,
Bonde nak cerita pengalaman Bonde paling best buat facial dengan anda semua, Seperti yang anda maklum Bonde baru sahaja balik dari trip pulau pada 30 September yang lepas.
Biasalah cuaca dekat pulau memang panas dah tentu-tentu muka mengalami sunburn. Itu memang kebiasaan bagi Bonde kalau pergi trip pulau memang akan sunburn, walau masa tu dah pakai sunblok (konon tak nak sunburn) bagi mengatasi masalah sunburn.
Kadang-kadang tetap akan belaku pengelupasan. Selalu fokus pada muka sahaja. Kerana ia terdedah pada terik cahaya matahari dan air masin.
Bagi mengatasi masalah tersebut... Alhamdulillah dengan jayanya Bonde dapat mengembalikan kulit muka seperti sediakala dan lebih cantik persis celebriti. Nak tahu Rahsianya?
Rahsianya adalah... jeng.. jeng..jeng...
Bonde buat facial treatment di Celebriti Skin Expert yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam.
Memang sangat bersesuaian dan tepat pada masanya... untuk perbaiki skin muka yang telah sunburn dengan keadaan muka Bonde yang mengalami pengelupasan dan nampak gelap dari sebelumnya.
CELEBRITE SKIN EXPERT MENAWARKAN PAKEJ H20 FACIAL TREATMENT HARGA MURAH
DI SHAH ALAM
DAFTAR SEBAGAI AHLI
Sebelum membuat rawatan anda hendaklah mendaftarkan diri sebagai ahli setelah mendaftar banyak benefit yang anda dapat apabila menjadi sebagai ahli.
CELEBRITE SKIN EXPERT MENYEDIAKAN BILIK RAWATAN YANG SANGAT SELESA UNTUK PELANGGAN
Sebelum tu Bonde nak tunjuk keadaan Bilik Rawatan yang sangat selesa sekali.
2) Ada locker untuk pelanggan meletakan barang peribadi. Yang dibawa contoh handbag.
H20 FACIAL TREATMENT STEP BY STEP (2 HOUR)
Bermulalah rawatan H20 Facial Treatment. Mula-mula kene bersihkan permukaan muka dari sebarang make-up.
Untuk memudahkan proses sapuan scrub (untuk membuka liang pori yang tertutup) dan sapuan jel pelembab.
Selepas proses ini, muka sangat selesa sekali kerana rasa sangat bersih dan rasa segar.
Proses ini lebih kurang 20 minit
Best tau muka bila diurut-urut. rasa selesa sampai nak terlelap.
Lihatlah muka Bonde tu nampak sangat glowingkan! best sangat...
2. STEAMER
Steamer muka untuk membuka liang-liang pori yang tertutup. 15 minit sebelah kiri dan 15 minit sebelah kanan.
Masa diperlukan 30 minit.
3. VACUUM
Membuang sel-sel kulit mati , blackhead , whitehead dan mencegah kulit berminyak.
Masa diperlukan 15 minit.
4. OKSIGEN
Ia adalah proses menyegarkan kembali kulit muka selepas proses steamer dan vacuum.
Masa diperlukan 20 minit.
5. MASKER
Terakhir sekali ialah proses sapuan Masker, Kenapa kena pakai Masker ?
Ianya untuk memutihkan kulit muka, untuk mengatasi masalah jerawat dan menghaluskan kulit wajah.
Masa diperlukan 30 minit.
Total masa yang diperlukan 2 jam.
Muka Bonde selepas selesai H20 Facial Treatment. Sangat bersih, lembab, bermaya dan segar. Bonde memang recommend anda semua buat treatment ni.. memang terbaik. Kulit mati semua dah keluar dari liang-laing yang tertutup tu. Sunburn pon dah tak nampak.
PAKEJ-PAKEJ YANG TERDAPAT DI CELEBRITE SKIN EXPERT
~ Spa Bridal
~ Body Massage
~ Back Massage & Bekam
~ Eye bag treatment
~ Eyelash perming treatment
Facial Whitening Chocholate Pakej ni sangat murah dan berpatutan , anda harus cuba kerana semua wanita boleh cantik persis celebriti gituuuuu.
Buat anda wanita-wanita diluar sana,
Yang berminat nak cantik persis celebrite rebutlah peluang dapatkan harga pakej murah dan sangat berpatutan.
Segeralah call Celebrite Skin Expert untuk booking hari dan waktu yang sesuai untuk anda buat H20 Facial Treatment nih.
Staff Celebrite Skin Expert akan melayan anda dengan mesra sekali.
Lokasi:
Celebriti Skin Expert
No.6A, 1st floor, Jalan Kristal K7/K, Seksyen 7,
Shah Alam, Malaysia
Waktu Operasi;
(11.00 pagi - 8.00 malam)
Hari khamis - Closed
Untuk Booking & Appoiment :
Whatsapp :
MIZZ FIZA 011-12825902
MIZZ NURIN 012-9409372
CALL 03-55194159
FB Page : Celebrite Skin Expert
IG: @spa_best_murah
~ Bonde Senyum Riang ~
3 Ulasan
Wah... Dah cantik berseri lah yer... :)
BalasPadamwah bestnya dapat ke spa...dah lama tak memanjakan diri...
BalasPadamhttps://leenazi9783.blogspot.my/
bestnya bonde..nampak muka bonde smooth lps rawatan H2O
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.