Masak Lemak Cili Api Perut, Tembusu Dan Kitab Meletop Sedapnye Assalamualaikum Dan Selamat Petang.. Hai reader semua,Semua-semua mesti dapat banyak daging masa hari raya korban.. minggu lepaskan!Bonde pon ada dapat jugak... semasa balik kampung hari tu, Bapa mentua ada bawa balik perut (babat), tembusu (usus) dan kitab (perut yang berlapik-lapik). Selama ni, memang Bonde yang akan membersihkan perut lembu dan juga kitab, selalunya bukan dapat banyak pon cukuplah untuk sekali masak dalam 300 gram dan bila dah rebut, kecut lagi sikit jadinya.
Kali ini.... pertama kali Bonde mencuci (tembusu) tau tak berapa panjang tembusu tu.. masa bonde cuci tu dekat tiga depa panjangnya... (huh berpeluh tau membersihkannya.) Tapi sukalah buat benda-benda macam ni... sebab suka makan, kene dengan masakannya memang terangkat tau.
Disebabkan Bonde nak pi bercuti, jadi Bonde masaklah semangkok untuk melepaskan rasa keinginan. Kalau tak nanti di oversea dok teringat-ingat benda ni dalam peti ais. Tapi Bonde nak masak campur dengan rebung ataupun nenas tapi tak jumpa maklumlah cuti lima hari, banyak bahan basah habis dekat pasar dan kedai aceh yang berdekatan dengan rumah Bonde tu...
Jadi masaknya simple sahaja. Yang pasti sedap teramat!
Jadi masaknya simple sahaja. Yang pasti sedap teramat!
Masak Lemak Cili Api Perut, Tembusu Dan Kitab Meletop Sedapnye
Masak Lemak Cili Api Perut, Tembusu Dan Kitab Meletop Sedapnye |
Perut (babat), Tembusu (usus) dan Kitab (perut yang berlapik-lapik) yang telah dibersihkan.
Bonde kongsikan cara yang paling simple tapi sedap untuk masak perut, tembusu dan kitab.
Resepi Masak Lemak Cili Api Perut, Tembusu dan Kitab.
Bahan-bahan :
Perut, Tembusu dan kitab (yang telah direbus)
1 labu bawang (kisar)
1 labu bawang putih (kisar)
3 batang - serai dititik
20 biji - cili api kampung (kisar)
1 kotak kecil santan
1 sudi kecil - serbuk kunyit
garam secukupnya.
1 biji lemon
Cara memasak :
Masukkan cili api, serbuk kunyit, air dan seterusnya masukan perut, tembusu dan kitab, masukkan serai biarkan ia terus mendidih dan buka api kecil, kacau sekali sekala dan biarkan hingga perut, tembusu dan kitab jadi lembut.
Bila sudah lembut masukan garam dan perahan limau.
Siap untuk dihidangkan.
~ Bonde Senyum Riang ~
9 Ulasan
kita makan kitab rebus jer dengan air asam ...dap kannnn
BalasPadammak aii..sdap tu bonde..:)
BalasPadambondeeeee, sedapnyaaa haiihhh.
BalasPadamUyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan
Kuah bonde pekatnya. Bukan makan dgn nasi je sedap. Roti cicah kuah nih pun sedap..xpun mkn dgn cekodok...uitt..dapnyeee
BalasPadamSedapnya tengok.. lama juga tak makan masak lemak cili api mcm ni.. menyelerakan :)
BalasPadamAduhai, yang usus tu auni suka rebus cicah air asam je. Sedap sungguh!
BalasPadamsedapppnya
BalasPadamMesti penggemar babat suka resepi ni.
BalasPadamsedapnyer bonda, Pakcu kena minta emak pakcu buat nie. kikiii
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.