AYAM GORENG BEREMPAH



Assalamualaikum Dan Selamat Petang...

Hai Reader semua,

... Bila ada kawan yang request resepi dekat Bonde tak sampai hati nak kecewakan permintaan dia... ( sebenarnya malu pon hado) maklumlah Bonde rasa bukanlah masakan Bonde ni hebat sangatkan! tapi atas niat nak membantu Bonde ikhlas membantu dan semoga bermanfaat untuk semua... he he he

Resepi yang Bonde Kongsikan kepada kawan Bonde adalah :

Ayam Goreng Berempah

Ayam Goreng Berempah – Resepi Bonde Sedap Meletopszz!

Ayam Goreng berempah ini untuk dimakan bersama-sama Nasi Lemak Kukus sempena 'open office raya jabatannya" Team kawan Bonde buat Nasi Lemak Kukus, dia dan beberapa orang rakan yang lain kene buat ayam goreng berempah.  
So... Ayam sebanyak 10 ekor untuk resepi ini...
        Bahan-bahan :
10 ekor ayam, dipotong 12 bahagian ( nak jimat boleh potong kecik sedikit)

15 biji bawang putih (kisar/blend)

30 bawang merah besar (kisar/blend)

200g halia (belilah dalam RM 5.. guna semua) (kisar/blend)

40 batang serai ( potong dan (kisar/blend)

150g lengkuas (belilah dalam RM 5..guna semua) (kisar/blend)

20 batang daun kari, (ambik daun sahaja)

4 senduk serbuk kari ayam atau daging ( beli paket sederhana)

5 senduk  gula (secukup rasa)

2 senduk  garam (secukup rasa)

1 sudu besar lada hitam (kisar/blend)

15 sudu teh biji ketumbar (kisar/blend)

15 sudu teh jintan manis (kisar/blend)

15 sudu teh jintan putih (kisar/blend)

1 paket serbuk cukup rasa maggi (sederhana)

minyak masak, cukup untuk mengoreng 10 ekor ayam

Cara Memasak Ayam Goreng Berempah :


1. Kisarkan bahan-bahan yang perlu dikisar , kisar sehingga halus. Jika perlu, tambah air untuk membantu proses mengisar. Tuangkan campuran ke dalam mangkuk/besen.
2. Masukkan daun kari, serbuk kari, serbuk cukup rasa maggi, gula, garam dan lada hitam ke dalam adunan. Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan ayam ke dalam campuran dan ratakan ayam dengan sama rata. Tutup dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya dua jam atau, sebaik-baiknya, semalaman.

Selamat mencuba! bagi anda yang tiada idea nak masak apa untuk open house rumah anda.. ayam goreng berempah ni boleh sahaja digandingkan dengan nasi ayam, nasi putih tetap sedap meletopsszz hi hi hi asalkan makan masa panas-panas tau... cicah dengan sampah belacan dengan sedikit ulam-ulaman.. wooahhh sedapnye.




~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. sedapnyaa. ayam berempahhh makan ngn nasi panas2

    BalasPadam
  2. Memang Maznee cukup suka makan ayam goreng berempah

    Kalau makan nasi lemak dan nasi kukus

    Ini lah dia lauknya yang maznee cari

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.