Assalamualaikum Dan Selamat Pagi...
Hai reader semua,
Apa khabar hari ni?... Salam 25 Ramadhan... Dah tak lama lagi dah kita nak sambut bulan Syawal betul tak ? Apa persediaan anda semua dah selesai ke? he he he taks abar nak raya betul tak? Masa diawal bulan Ramdahan hari tu...Bonde ada buat Sambal Hitam Belimbing Buluh versi Bonde... asal resepi dari Negeri Pahang. Siapa antara anda tak pembaca blog Bonde, Kalau ada pokok belimbing besi ni tak tahu nak buat apa bolehlah buat sambal hitam Bonde share resepi dibawah versi Bonde... he he he
Bonde suka menggunakan "periuk ajaib" sebab ia tak akan melekat dan hangus... he he he
CARA NAK BUAT SAMBAL HITAM BELIMBING BULUH VERSI BONDE
Bahan-bahan :
20-30 biji belimbing buluh
10 ulas bawang merah
1 cawan ikan bilis (rendam terlebih dahulu)
15-20 biji cili padi
Minyak untuk menumis
garam & gula
Cara-cara Memasak :
1. Belimbing direbus hingga kekuningan, toskan air dan sejukkan. (Bonde ada baca dari google resepi asal rebus belimbing sehingga 4 jam..dan sehingga hitam.)
2. Bawang merah, cili padi & ikan bilis dikisar dan masukkan belimbing yang telah ditoskan tadi. kisar sekali.
3. Tumis semua bahan yang dikisar. Masak menggunakan api yang kecil dan biarkan ia garing... (Bonde masak lebih kurang 3 jam api pelahan)
4. Masukkan garam & sedikit gula.
1 Ulasan
terliur pulak tengok hihi rumah sha banyak belimbing ni
BalasPadam//shfyqhazhr
[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.