Assalamualaikum Dan Selamat Pagi...
Hai reader semua,
Minggu masa balik berbuka di Banting hari tu, Bonde sempat juga bawa balik Popia Vietnam, Pertama kali makan popia ni memang terus suka... lepas tu, hari tu ada beli lebih kawan pejabat jual, Bonde bawa balik bagi Fatin rasa, memang dia terus suka...
Terus dia kata nanti Bonde beli lagi... Fatin suka... katanya, Lepas tu Bonde cadangkan dekat dia, apakata nanti kita cuba buat, sebab macam senang jer Bonde tengok gayanya.
Dan bermulalah cari-cari bahan-bahan nak buat Popia Vietnam tu he he he...
CARA NAK BUAT POPIA VIETNAM
Bahan-bahan:
Kulit Popia Vietnam
Undang
Isi Ketam (crab stik)
Suhun
Untuk Sayuran :
Salad
Lobak merah
Daun ketumbar (potong ikut saiz yang anda suka)
Cara-cara nak Memasak :
Rebus udang, Isi ketam, suhun dan lobak merah. setelah rebus toskan dan asingkan dalam mangkuk yang berlainan.
Untuk kulit popia pula, Rendam kulit popia dalam air suam-suam dalam kiraan 4 angkat, letak semua sayur, suhun isi ketam, udang. Lepas tu gulung macam gulung popia.
Ulang semula step, Buat sehingga bahan habis.
Nota :
- Jika tak suka daun ketumbar x perlulah letak... (hi hi hi)
- Isi ketam boleh digantikan dengan sosej (kalau nak tambah, nak letak dalam tu kene potong saiz kecil)
Bonde makan dengan Sos Cili Thai yang ini, memang ada gambar dekat Botol sos untuk dimakan dengan popia vietnam.
Selamat mencuba...
~ Bonde Senyum Riang ~
4 Ulasan
Datang belajar resepi
BalasPadamBulan Puasa ni, kalau tengok makanan, terus rasa nak beli terus atau buat terus.. Hehe..
BalasPadam- ERAZ FADLI
Jemput baca dan komen entri ini >> http://www.erazfadli.com/2017/06/susu-kambing-hayra-campuran-kurma-dan.html
TQ :)
kena dengan sosnya..memang terangkatlah rasanya, kan...err, kat mana nak dapat kulit popia tu?
BalasPadamSOs cili tu mkn dgn popia vietnam mmg ummm...sedap ni..nak try jgk
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.