VIRAL DURIAN UDANG MERAH DEKAT MANTIN DURIAN GEMUK



Assalamualaikum Dan Selamat Petang...

Hai reader semua...

Apa khabar hari ini... Moga anda semua dalam keadaan sihat hendaknya, Memandangkan hari ini adalah hari yang terakhir bulan Sya'aban dan esok nak semua umat islam akan menyambut bulan Ramadhan.  Bonde sebenarnya teringin nak makan durian... Bila Bonde teringgin nak makan durian... Kanda kenalah bawa hak hak hak...



Bonde ada cakap dekat Kanda... Abg, belanjalah makan durian kat pasar malam jadilah.... sebelum puasa ni!... dia kata nanti gaji kita pergi, makan durian sedap.

Alhamdulillah memandangkan semalam adalah hari gaji untuk pejawat awam memang rezeki Bondelah... masa sarapan bersama kanda, dia plan dengan Bonde nak pergi makan durian time lunch.  Kami plan dengan dua rakan yang lain.

Jam menunjukan jam 12.00 tengahari,  Hati dan berdebar-debar menunggu masa  nak keluar... tapi kenapa Kanda dengan dua orang rakan tak call dan tak whatapps, aduh gundah gulana dibuatnya.  

VIRAL DURIAN UDANG MERAH DEKAT MANTIN DURIAN GEMUK


Jam 1.00 petang Kanda muncul dan bagitahu, tak jadi pergilah Yang... emmm tak jadi... lemah terus tak ada rezeki nak makan durian ( cakap dalam hati, hu hu sedih).. Kanda sambung lagi... tak jadi pergi tengahari, tapi kita pergi petang nanti gerak dari pejabat jam 6.00 petang.

Ok... best... sambil buat kerja, sambil menghitung masa jam 6.00 petang.... 

(ding..dong..ding..dongg dah jam 6.00 petang)

Bonde toleh keluar pejabat dari tingkat 4, wah gelapnya... macam dah malam rupanya hari nak hujan... tak lama lepas tu hujan...

Disebabkan dah hujan...Bonde terpikir balik, mesti tak jadi nak pergi makan durian... so diam sahaja.  ( cakap dalam hati, tak apalah esok-esok pon boleh makan durian)

Jam 6.15 petang... Kanda call cakap, Yang jom cepat balik, ambik anak terus pergi Mantin. (Mantin, Durian Gemuk wow bestnya...)

Wahhh seronoknya... pergi makan durian dekat Mantin, Durian Gemuk... yang tengah viral dekat media sosial tu... duriah udang merah sedapnya....

Memandangkan perjalanan nak balik kerumah memang merentas hujan... perjalanan agak pelahan...

Sampai rumah dah magrib, jadi lepas magrib baru gerak ke Mantin, perjalanan dari rumah ke Mantin lebih kurang 30 minit jugalah.. sebab hujan...


8.30 malam Sampai di Mantin, Durian Gemuk...

Kereta ada banyak dah parking... hujan-hujan pon ramai jer pelanggan lain dekat situ... masing-masing nak makan durian jugak.. tempat ni ramai mungkin sebab dah viral...

Alhamdulillah syukur akhirnya dapat makan durian sedap...


Ada... macam-macam jenis dan gred durian dekat situ... Anda boleh tanya dengan tokeh durian tu, durian apa yang anda cari nanti dia tunjukkan dan tanya berapa kilo anda nak???

Kalau anda hantu durian, sila bawa duit lebih yea...

Macam mana nak pergi makan dekat situ....

Waze : Mantin Durian Gemuk.


~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

1 Ulasan

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.