MINI NOVEL ACIK LANA(BELLA) DAN LYNN SAFIYA (LOVE, UNLIKELY)



Assalamualaikum Dan Selamat Malam...

Hai reader semua,

Anda peminat novel Acik Lana... untuk pengetahuan anda Acik Lana ada terbitkan Mini Novel bersama Lynn Safiya,  Dibawah Bonde kongsikan sedikit sebanyak tentang novel tersebut...

Diakhir teaser anda boleh pesan novel ini...

MINI NOVEL ACIK LANA(BELLA) DAN  LYNN SAFIYA (LOVE, UNLIKELY)

Foto Fiqa Shah.

[SINOPSIS BELLA - ACIK LANA]

BELLA – Acik Lana
Bella - si ‘Ugly Betty’ yang sering dipersenda, dibuli dan diejek. Dengan kaca mata tebal, baju berwarna pelangi, dia dilabel sebagai perempuan kolot. Dalam kolot-kolot pun, Bella berangan juga nak cari true love. Sebab dia percaya cinta sejati memang wujud.
Faid - si tampan yang menjadi rebutan dan dambaan ramai gadis. Lelaki yang biasa-biasa saja hartanya, tapi punya hati dan karisma yang cukup memikat. Di mata Faid, si Ugly Betty itulah pujaan hati. Tapi setiap kali dia buat confession, setiap kali itulah kena reject. Kenapa susah sangat Bella nak terima cintanya? Sebab Amalina?
Amalina - Kembar seiras kepada Bella. Raut muka yang sama, namun penampilan dan sikap mereka berbeza. Kalau Bella the beast, dialah si beauty. Dari kecil lagi mereka tak pernah sebulu. Hubungan yang berantakan semakin memuncak saat Bella ‘merampas’ sesuatu daripadanya. Dalam hati Amalina, dendam perlu dilunaskan tak kira apa!
Ini kisah cinta tiga segi penuh drama. Jadi di mana penghujung kisah antara Bella, Faid dan Amalina? Siapa yang sengsara? Siapa pula yang bahagia?

[SINOPSIS LOVE, UNLIKELY - LYNN SAFIYA]


LOVE, UNLIKELY – LYNN SAFIYA
Timah - Sempoi nama itu, sesempoi orangnya. Pertembungan dengan si jejaka dalam suatu insiden yang tidak disengajakan menyerlahkan sifatnya yang tenang lagi selamba. Namun Timah punya kompleks rendah diri yang agak tinggi ekoran ‘kecomelan’ tubuh badannya, lebih-lebih lagi diri sering menjadi bahan usikan serta ejekan sejak alam persekolahan lagi.
Firas - Tidak mengerti mengapa dia sering ditolak oleh gadis itu. Namun dia tidak mampu menerima alasan-alasan yang dilemparkan Timah sedangkan hati yang disangka telah mati kini seakan bergetar kembali. Maka gadis itu berterusan diburu.
Dan ketika Timah mula akur dengan kehendak hati, langkah murninya telah disalah erti. Firas kecewa lalu meninggalkan si pemilik hatinya terkapai-kapai sendiri. Namun sejauhmana kaki mampu berlari, sedangkan hati tidak mampu menjauhi. Timah kembali dijejaki setelah kebenaran menampar tepat ke pipi. Masih adakah ruang untuk Firas kembali bertapak dalam hati?

Teaser dari mini novel Acik Lana bersama kak lynn Lynn Safiya

Random teaser BELLA..


​“Sayang…” Bibir Faid mendesis lembut saat Bella menerpa ke dalam pelukan. Rapat gadis itu melentokkan kepala ke dadanya. Dengan manja dan penuh kasih dia mengelus kepala Bella. Kucupan penuh terharu turut dihadiahkan ke dahi isterinya. Tanda dia menghargai apa saja yang dirancang oleh Bella malam ini.
​“Abang tak sangka sayang buat semua ni untuk kita. Thanks a lot.” Faid mengucup pula pipi mulus itu. Haruman tubuh isterinya berbeza malam ini. Lebih kuat dan menggoda. Mungkin satu lagi perubahan melalui tips rumahtangga yang dikongsi oleh jiran di depan rumah mereka.
​“Sayang, abang on lampu ya?” Setelah menjarakkan sedikit tubuh, Faid merenung wajah Bella dalam kesamaran. Dielus lembut pipi wanita kesayangannya itu. Namun tanpa menjawab, Bella sekadar menggelengkan kepala. Dia boleh nampak senyuman manja di bibir isterinya. Dan ketika Bella bergerak ke meja untuk memasang lilin, dia hanya memerhati dengan riak ceria. Teruja dengan permainan Bella yang penuh misteri.
​Bunyi dentingan mesej di telefon bimbit mengalihkan perhatian Faid. Tangan segera mengeluarkan telefon tersebut dari kocek seluar. Namun belum sempat dia memeriksa kandungan mesej yang diterima, Bella terlebih dulu merampas telefon bimbitnya. Jari telunjuk dan gerak bibir isterinya menunjuk isyarat ‘no phone tonight’.
Faid tertawa kecil. Semakin berdebar-debar dada dengan keberanian tingkahlaku Bella. Dan ketika dia diiring untuk duduk di meja makan, dia hanya tersenyum senang. Terlalu gembira dan bahagia dengan pengalaman baru begini.


****************************************************************

Anak mata masih merenung kosong ke dada skrin telefon bimbit yang sepi. Dia membaca semula mesej terakhir yang dikirim kepada Faid lima minit yang lalu. Mesej yang entah kali ke berapa dihantar sejak dia tiba di sini petang tadi.

Abang dekat mana? Dah dekat pukul lapan malam ni. Bella dah lama check in dalam bilik yang abang booked. Please reply, jangan buat Bella risau.

Beberapa minit berlalu, keadaan masih sama. Kenapa mesej dia tak berbalas lagi? Selalunya pantang dia hantar mesej, laju saja Faid membalas. Sesibuk mana pun lelaki itu, Faid sentiasa mencari peluang untuk mengirim mesejnya. Faid tak mahu dia runsing atau risau. Tapi kenapa sekarang lain pula?
Aduhai, hati mula tak sedap ni. Macam mana kalau ada sesuatu yang buruk berlaku kepada suaminya? Nauzubillah, tak sanggup dia nak bayangkan. Bimbang ada perkara tak elok berlaku, Bella mencapai tas tangan di atas meja. Kemudian dia bergegas keluar dari bilik menuju ke reception counter di ground floor. Kalau kebetulan Faid sampai ketika dia tak ada, boleh juga dia tinggalkan pesanan kepada staf di situ.
“Cik, I nak clarify something boleh tak?” Bella bertanya kepada seorang gadis yang bertugas di kaunter tersebut. Dengan muka manis gadis tinggi lampai itu menganggukkan kepala kepadanya. Senyuman mesra turut dipamer.
“Boleh puan. Puan nak clarify apa tu?”
“Actually I just nak tahu pukul berapa husband I datang booked bilik tadi.”
“Oh, sebentar ya. Bilik puan nombor berapa?”
“Bilik 312.” Balas Bella tanpa ragu. Sambil menunggu staf hotel itu memeriksa maklumat yang dipinta, matanya melilau ke sekeliling kawasan lobby. Berharap benar agar Faid muncul dengan selamat di depannya. Sesekali bibir diketap rapat dengan muka berkerut. Risau!
“Puan.”
Panggilan itu membuatkan kepala Bella pantas terpaling semula ke kaunter pendaftaran. “Yes? Anything?”
“Boleh saya dapatkan nama husband puan?”
“Faid bin Ahfan.”
“Hmm, puan pasti ke husband puan yang tempah bilik tu? Sebab dalam rekod kami, nama orang lain.”
Kening Bella berkerut kehairanan. Dia memang tak pasti pula kalau Faid ada menyuruh rakan sepejabat yang menempah bilik mereka. Manalah tahu kalau-kalau Faid tak sempat datang ke sini. Tapi tak mungkin pula kerana suaminya boleh saja membuat tempahan melalui online. Tak payah susah-susah nak guna nama orang lain.
“Boleh I tahu atas nama siapa reservation bilik tu?”
“Sekejap ya puan.” Gadis itu tunduk sedikit untuk melihat skrin komputer. “Bilik 312 tu didaftar atas nama Cik Amalina binti Ibrahim.”
Amalina? Mata Bella terbeliak luas. Amalina menempah bilik ini untuk dia dan Faid? Tapi kenapa? Otak ligat berfikir mencari logik dan alasan untuk perbuatan kakak kembarnya itu. Nafas mula terasa sesak di dada. Sebab dia masih ingat perbualannya dengan Amalina tengahari tadi. Memang Amalina tak ada memberitahu langsung tentang tempahan bilik di hotel ini. Siap boleh tanya dia nak keluar pergi mana lagi. Macam tak tahu apa-apa.
“Err, boleh you double check tak? Memang bukan nama husband I ke?”
“Memang bukan puan. Dekat sini memang ada rekod yang Cik Amalina sendiri datang pagi tadi untuk tempah bilik tu.”
Bibir Bella tak mampu lagi mengukir senyuman. Kejung. Dia tak faham apa tujuan Amalina melakukan semua ini. Dan kalau sekarang dia dekat sini, di mana pula Faid dan Amalina? Dan saat terfikirkan sesuatu, darah hangat terasa menyerbu laju ke muka.
Ah, sudah!

Random Teaser Love, Unlikely


Malas betul nak bukak FB sekarang ni. Kalau takde iklan kuruskan badan tak sah, lepas tu dengan iklan nak bagi kencang tulah, ketat inilah... Hesy! Menyampah betul... Aku nak bersosial pun tak senang...” dengus Timah sendirian.

Timah menekan mata kekunci anak panah untuk skrol ke bawah. Wajahnya berubah ceria melihat Qistina baru memuat naik gambar Adam yang didukung oleh papanya, Ian Iskandar, sedang mencium pipi adik kembarnya, Farhana, juga dalam dukungan Ian Iskandar. Pantas kekunci ditekan. Meninggalkan komen seolah-olah Adam boleh membacanya...

“Where’s my kiss, Adam?” - Timah

Selang beberapa saat, Qistina membalas bagi pihak Adam.

“Come here and get it, Achik Tim...” - Qistina

Timah tersenyum. Bahagia dia melihat kesempurnaan kehidupan Qistina bersama suami dan anak-anak. Kadang-kadang terdetik rasa sayu di hati kerana diri tidak sebertuah Qistina. Pada usia dua puluh lima tahun, Qistina sudah mempunyai sepasang anak kembar. Dia yang sudah berusia dua puluh enam tahun, teman istimewa pun tiada...

‘Eh, ada orang nak add aku? Siapa ni?’ Timah klik di ikon ‘Friend Request’. ‘Hah? Muhammad Amin? Apasal dia nak add aku pulak?’

Timah berkira-kira hendak menekan ikon ‘Accept’. Akhirnya dia menekan jua... Staf Crux Prima Sdn Bhd yang lain pun sudah menjadi rakannya di alam maya. Mengapa bukan Amin?

Laju sahaja Amin menghantar mesej ke wallnya.

“Terima kasih sudi add saya... J” - Amin

“Sama-sama, Encik Amin...” - Timah

“Eh, kita bukan kat ofis. Tak payah berencik-encik... J” - Amin

Errrrk??? Apakah??

Timah memilih untuk tidak membalas komen terakhir daripada Encik Amin itu. Biarlah...

Timah meninjau gambar-gambar yang dimuat naik oleh kawan-kawan yang lain. Gambar ayam dua ketul KFC yang dimuat naik oleh Zety membuat dia teringin untuk mengomen.

“Makan KFC je malam ni?” - Timah

“KFC je kak... Zety tak pandai masak macam akak. Huhu... L” – Zety

“Kesiannya dia... huhuhu...” – Timah

“Cik Timah kita pandai masak ya?” – Amin

Eh? Apasal tiba-tiba masuk line pulak ni? Hmmm... rupa-rupanya Amin sudah berkawan dengan Zety di alam Facebook...

“Kak Tim memang pandai masak! Marbeles...” – Zety

“Melampau kau ni dik...” – Timah

“Hahahaha... J J J” – Zety

Timah menggelengkan kepala lalu mendaftar keluar dari Facebook. Malas melayan berlebih-lebihan. Cukuplah ala kadar. Tidak mahu terlampau leka dengan dunia maya. Notebook kembali diletakkan ke atas meja kopi di hadapan. Mata kembali melihat perlawanan antara pemain beregu lelaki daripada Korea Selatan dengan pasukan dari England.

Tidak lama kemudian, telefon bimbitnya berdeting. Tanda mesej masuk daripada Facebook Messenger. Telefon bimbit di sebelah kanan dicapai. Terbeliak biji matanya. ‘Eh, apasal dia PM aku ni?’

“Cik Tim masak apa malam ni?” - Amin

Hmmm... dia kata jangan panggil dia ‘encik’, tapi dia masih panggil aku ‘cik’.

“Bihun sup...” – Timah

“Sedapnya...” – Amin

Hati Timah kian berasa tidak selesa. Dengan staf lain dia tidak berasa seperti ini kerana tiada seorang pun yang bermesej secara peribadi dengannya begini. Semuanya secara terang-terangan. Jadi dia memilih untuk tidak membalas.

Timah kembali meletakkan telefon. Ting!

Timah mengeluh... telefon dicapai semula.

“Harap suatu hari saya dapat merasa bihun sup buatan tangan Cik Timah...” – Amin

Apa nak jawab ni? Kalau jawab okey, nanti dia ingat aku melayan pulak. Nanti dia tuntut betul-betul, aku jugak yang susah... Sudahnya hanya ikon smiley yang dibalas. Cukup.

Amin keliru dengan ikon smiley yang diterimanya. Apa maksud dia?

Daripada pemerhatiannya, Timah bukanlah gadis yang suka melayan secara meleret dalam setiap komen yang dimuat naik. Selepas ‘menyelongkar’ wall Timah sebaik sahaja permintaan Friend Request diterima oleh gadis itu tadi, Amin teruja ingin melihat semua posting yang dibuat oleh gadis itu. Gambar yang dimuat naik turut diintai.

Timah binti Muhammad Atan, 26 tahun. Single.

Nama yang begitu ringkas. Tak perlu sampai dua-tiga nama dan panjang berjela-jela. Tapi Timah? Begitu klasik!

Amin tidak suka dengan perasaan yang sedang melanda jiwanya. Kenapa dia seakan berminat ingin mengenali gadis itu? Padahal, Timah memang bukan cita rasanya. Ya, dia mengaku. Dia lelaki yang memandang pada luaran dulu, baru yang lain. Logiklah begitu kan? Matanya yang akan memandang sehingga ke akhir hayat. Takkan nak memilih seseorang yang sakit mata memandang?

Pelik betul aku ni. Jadi pengintip tak bertauliah pulak malam ni. Mungkin aku jadi macam ni sebab aku rasa bersalah terhadapnya. Mungkin aku takkan sibuk nak tahu hal dia kalau aku dah mintak maaf? Mungkin...


Harga rm35

Postage: rm8 sm / rm12 ss
berminat boleh order terus disini :


~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Cover cantik 😍 1 persamaan dalam 2 cerita, ada adik-beradik kembar 😄

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.