Assalamualaikum dan Selamat Petang...
Hai reader semua,
Pejam celik-pejam-celik dah nak berakhir bulan Syaaban dan dah nak masuk bulan Ramadhan nak puasa dah, Bagaimana persiapan anda semua menjelang bulan Ramadhan, masa nilah ramai yang google balik niat puasa di internet.
Baiklah dekat bawah ni Bonde ada share :
JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA TAHUN 1438H / 2017M BAGI SEMUA NEGERI DI MALAYSIA
JADUAL BAGI NEGERI SELANGOR
JADUAL BAGI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA
JADUAL BAGI SELURUH WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
JADUAL BAGI NEGERI PERLIS
JADUAL BAGI NEGERI KEDAH
JADUAL BAGI NEGERI PULAU PINANG
JADUAL BAGI NEGERI PERAK
JADUAL BAGI NEGERI SEMBILAN
JADUAL BAGI NEGERI MELAKA
JADUAL BAGI NEGERI JOHOR
JADUAL BAGI NEGERI PAHANG
JADUAL BAGI NEGERI TERENGGANU
Imbas kembali peekara-perkara berikut...
Perkara makruh ketika berpuasa
a) Berbekam
b) Mengeluarkan darah
c) Berkucup
d) Merasa makanan
e) Bersugi selepas gelincir matahari
f) Mencium wangian
Perkara yang membatalkan puasa
a) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja kecuali terlupa
b) Makan dan minum pada siang hari dengan sengaja / Makan dan minum sepanjang hari
c) Muntah dengan sengaja
d) Melakukan persetubuhan pada siang hari
e) keluar mani dengan sengaja
f) Keluar darah haid & nifas
g) Gila
h) Pitam atau mabuk sepanjang hari
i) Murtad
Keuzuran yang mengharuskan berbuka puasa
a) Musafir
b) Sakit
c) Mengandung & Ibu yang menyusukan anak
d) Tua
Keistimewaan Bulan Ramadhan
a) Bulan yang mulia,berkat dan setiap doa akan dimakbulkan
b) Allah merahmati orang yang mengimaninya
c) Al-Quran diturunkan dalam bulan ini
d) Iblis dipenjarakan
e) Terdapat malam yang mulia iaitu malam Lailatul qadar
f) Solat tarawikh dan zakat fitrah dilaksanakan.
Menghormati Bulan Ramadhan
a) Kita hendaklah mengelakkan diri daripada kebiasaan yang boleh merugikan diri kita seperti berbelanja dengan boros,suka berhibur,membuang masa dan bersembang tentang perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah sebaliknya hendaklah kita menyambut Ramadhan dengan azam yang tinggi untuk memperbanyakkan ibadat bagi menyucikan jiwa.
b) Kita hendaklah berusaha menyediakan diri untuk menjaga benih-benih amal yang kita tanam di bulan Ramadhan kerana seseorang yang menanam benih jika tidak membaja,menyiram serta memelihara pasti tidak akan mengeluarkan hasil yang baik di masa hadapan.
Selamat Berpuasa semua....
~ Bonde Senyum Riang ~
0 Ulasan
[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.