FESTIVAL NASI AMBENG



Assalamulaikum Dan Selamat Tengahari....

Hai reader semua...

Esok anda free tak? Kalau free Bolehlah ke :

FESTIVAL NASI AMBENG

Festival Nasi Ambeng kali ini akan diadakan pada 15-16 April 2017 bertempat di Homestay Banghuris, Sepang, Selangor.

Festival ini juga telah menjadi sambutan setiap tahun dan terdapat dalam kalender  Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara.

TUJUAN FESTIVAL INI DIADAKAN :

PROGRAM MERAKYATKAN SENI BUDAYA

Program Merakyatkan Seni Budaya (PMS) merupakan program di bawah seliaan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan dilaksanakan sebaik sahaja Jemaah Menteri memutuskannya pada 26 Januari 2005. PMS diadakan atas tujuan untuk mendekatkan masyarakat umum, khususnya masyarakat luar bandar dengan kegiatan seni budaya. Di samping untuk meningkatkan semarak seni, PMS juga begitu signifikan dalam memupuk nilai - nilai murni dan semangat kerjasama di kalangan masyarakat. 

Kekuatan untuk merealisasikan program murni ini didasari atas fakta untuk memulihara dan mengekalkan warisan seni budaya negara, di samping memupuk semangat kerjasama kearah meningkatkan toleransi, keharmonian dan perpaduan selaras dengan pengukuhkan jatidiri bangsa Malaysia. Penganjuran PMS juga merupakan strategi jangka panjang Kementerian untuk memupuk pembangunan industri kreatif dalam pelbagai bidang seni budaya negara melalui ransangan penglibatan maysarakat luar bandar. 

Kejayaan beberapa penganjuran PMS menyebabkan Kementerian bercadang menyebarluaskan program ini di seluruh Malaysia .

MATLAMAT

Memupuk nilai - nilai murni dan semangat kerjasama di kalangan masyarakat, khususnya di kawasan luar bandar dalam usaha memulihara dan mengekalkan warisan seni budaya negara.

KAEDAH PELAKSANAAN MENGIKUT KAWASAN & FOKUS
  1. Kawasan Komuniti Bandar
  2. Kawasan Luar Bandar
  3. Penempatan FELDA / FELCRA
  4. IPTA / IPTS
  5. Komuniti Beruniform
  6. Kawasan Putrajaya
PENGISIAN AKTIVITI
  1. Pameran dan Demonstrasi
  2. Gotong Royong & Kenduri Rakyat
  3. Persembahan Kesenian
  4. Permainan Tradisi dan Sukan Rakyat
  5. Hasil Kerja Tangan
  6. Mewarna dan Melukis
  7. Pencungkilan Bakat Kesenian Muda (Moden & Tradisi)
  8. Sistem Nilai dan Adat Istiadat
  9. Senam Seni Malaysia
  10. Pembudayaan Bahasa
  11. Penyemarakan Tradisi Islam

[ACARA MENARIK SEPANJANG FESTIVAL]

Ada macam-macam aktiviti menarik yang boleh anda sertai seperti :
  • Pertandingan Mewarna
  • Gubahan Sirih Junjung
  • Gubahan Hantaran
  • Memanah Tradisional
  • Masakkan Kuih Tradisional
  • Tarik Tali
  • Memancing (Kolam)



Bagi anda yang teringin nak merasa makan nasi ambeng original dari Banghuris jangan lepaskan peluang untuk datang.



~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. saya suka makan nasi ambeng ni esp sbb ada sambal tempe dan ikan masin tu....

    BalasPadam
  2. bestnya Bonde, feveret kak ana juga nasi ambeng ni :)

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.