REVIEW NOVEL MAHAR CINTA CINDERELLA



Assalamualaikum dan Selamat Malam....


Hai Reader Semua,



Pada Malam ini... Bonde nak Review sebuah Novel dari Tulisan seorang Penulis yang sangat berbakat dan dikenali oleh semua novel holic dan pencinta novel melayu semestinya telah mengenali beliau...



Seperti dalam entri sebelum ini ada Bonde perkenalkan Penulis tersebut iaitu...

Alhamdulillah Bonde diberi peluang untuk Review 3 Novel dari penulisan beliau...

Kali ini Bonde sangat berminat... dan tertarik untuk membaca Novel "Fugitif" bila Bonde mula membaca "Fugitif" kenapa Bonde rasa satu kelainan apabila membaca Novel tersebut...

Rupanya 'Fugitif" adalah Novel kesinambungan antara 3 novel karya Maya Iris...

Bonde terpaksa hentikan membaca Fugitif separuh jalan dan terus mencari novel yang pertama dan kedua... rasa tidak puas kerana tidak dapat membaca kisah Nur Sayang dan Dr. Ehsan dari awal lagi... kene cungkil sejarah mereka baru tahu jalan cerita sebenar...



SINOPSIS MAHAR CINTA CINDERELLA

Pertemuan pertama Nur Sayang dan Dr. Andrew bagaikan dongeng Cinderella. Doktor berbangsa Cina itu telah menyelamatkan Nur Sayang, jururawat pelatihnya dengan menggunakan sepasang kasut ketika kejadian ragut. Walaupun Nur Sayang berasa terhutang budi, namun dia membenci Dr. Andrew kerana sering mengasak dengan pelbagai persoalan sinis sebagai seorang Islam. Sehinggakan Dr. Andrew menggelarnya 'Islam Celup' kerana seringkali tidak dapat menjawab persoalan yang ditanya kepada Nur Sayang. 

Jiwa Nur Sayang juga tertekan apabila perkahwinannya dengan Kamil asyik tertangguh. Dia sedar dia bukanlah gadis pilihan ibu Kamil. Dia juga bimbang masa depannya dengan Kamil akan berakhir seperti nasib ibunya.


Dr. Ehsan muncul selepas Dr. Andrew mengucap dua kalimah syahadah. Dengan cinta yang sudah lama terpendam, Dr. Ehsan melamar Nur Sayang tetapi ditolak oleh gadis itu. Dr. Ehsan membawa rajuknya dengan menyertai Misi Kemanusiaan dan Perubatan ke Palestin.

Lalu, Nur Sayang mengutip sisa-sisa hidupnya yang masih panjang bagi memperbaiki diri. Dia akhirnya melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Mesir. Di sana, dia terperangkap dalam Revolusi Mesir menggulingkan presiden.

Apakah cinta persis dongeng Cinderella berjaya membawa kebahagiaan lewat jam 12? Ataupun hidup ini tidak semestinya berakhir seindah sebuah dongeng?



COVER PERTAMA

COVER BARU

Penulis   :  Maya Iris Bahasa   :  Melayu 
Genre : Malay Fiction, Thriller, Romance
Penerbit  :  PTS Litera Utama Sdn Bhd
Bilangan Mukasurat : 381
Tarikh Terbitan : 2014
ISBN : 978-967-408-226-0
Rating : ★★★★



MAHAR CINTA CINDERELLA DI MUKA AKHBAR





[ REVIEW BONDE NOVEL MAHAR CINTA CINDERELLA ]

Review Bonde tentang Novel ni... First sekali memang tak Boring membacanya... sebenarnya dalam Mahar Cinta Cinderella menceritakan bagaimana Nur Sayang bertemu dengan Dr. Andrew buat kali pertama. ( Ini adalah titik permulaan perkenalan mereka mereka)

Nur Sayang adalah seorang wanita muslimah yang mementingkan agama... Bonde cadangkan anda perlu baca sendiri novel MCC ini.  Bonde sendiri jatuh cinta dengan watak yang dibawa Nur Sayang dalam MCC.

Watak yang sukar dijumpai masa kini dalam 10 wanita untuk mendapatkan 1 watak seperti Nur Sayang memang sangat sukar.  Novelis Maya Iris juga menerapkan ilmu-ilmu agama dan ayat suci al quran dalam penceritaan watak yang dibawa oleh Nur Sayang.

Ada banyak persoalan tentang agama islam ditanyakan oleh Dr. Andrew kepada Nur Sayang... Dan Dr. Andrew juga telah memeluk agama islam dalam MCC. Dan wujudlah nama Dr Ehsan.

Kenapa Nur Sayang menolak lamaran Dr Ehsan??? dan masing-masing membawa haluan sendiri.... 


Seperti yang telah Bonde maklumkan.... di permulaan tadi, Novel ini akan ada sambungannya.. iaitu bertajuk :

[ KONSPIRASI SUAMI ] 

SJangan lupa baca Review Bonde dalam entri seterusnya dalam Konspirasi Suami. Jalan cerita yang lebih mencabar dan penuh dengan pelbagai halangan dan rintangan.  Bagaimana Nur Sayang menerima lamaran Dr. Ehsan.

Bagaimana untuk dapatkan Novel ini ?




 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. hi datang singgah dan follow dari segmen yang sama...salam kenal
    http://msvelentine.blogspot.my/2017/03/segmen-awak-follow-saya-saya-follow.html

    BalasPadam
  2. Menariklah bonde..dah lama rasanya tak baca novel ni.. Tgk review bonda terus terasa nk baca balik..hihi

    BalasPadam
  3. Wah bertambah lah koleksi novel bonde ye dalam rak tu. Ana sebulan satu je buku baru. =)

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.