MINYAK YU YEE CAP LIMAU, KENE BAWA KEMANA-MANA SAHAJA.



Assalamualaikum Dan Selamat Petang....

Hai reader semua....

Minyak Yu Yee Cap Limau adalah dalam katergori minyak angin, kegunaannya pula adalah untuk bahagian luaran sahaja.

Minyak Yu Yee Cap Limau memang sesuai digunakan oleh kanak-kanak hingga orang dewasa.

Foto Zaidalifah Aisheteru.

Memandangkan kami memang amat-amat memerlukan minyak Yu Yee Cap Limau ini, Bonde dah siap-siap bahagikan stok yang ada untuk mereka simpan dan bawa kemana sahaja untuk kegunaan semasa diperlukan dan kecemasan.

[Pengalaman Fatin]

Fatin rasa nak deman, perut rasa sakit.... dari rumah lagi dah rasa macam tu, tapi kene juga pergi training Bowling... sebab macam atleast seminggu kena ada sekurang-kurang sekali training bowling... mula-mula sampai mood fatin masih tak ok... nampak lemah.

Lalu Bonde keluarkan sebotol minyak Yu Yee Cap Limau yang memang ada dalam handbag Bonde sapukan ke perut dan belakang Fatin... Alhamdulillah.. rasa lega katanya dan... lepas tu...boleh training bowling macam biasa.


Riaksi Fatin lepas disapu minyak Yu Yee Cap Limau





[Pengalaman Kanda]
Kanda pula, hari tu dia sakit perut, Kanda ni selalu makan tak ikut time,  Bonde selalu bebel dekat Kanda makan kenelah ikut time, Lama-lama gastrik menyerang sebab angin dah naik keatas... yang paling Bonde takut ialah.... tiba-tiba Kanda mengadu sakit dada... sukar untuk bernafas... ishhh risau dibuatnya... lepas tu Bonde terus bawa ke klinik.... doktor cakap Kanda diserang gastrik... balik dari klinik Bonde terus bagi makan ubat dan sapu Minyak Yu Yee di seluruh perut dan bahagian belakang... masa sapu dekat perut tu... Bonde rasa agak keras perutnya... Ishh gastrik sampai keras perut ni masuk angin macam tu... ishhh orang dewasa pun ada kembong perut...

lepas sapu bagi Kanda rehat, alih-alih tertidur dan bila terjaga dari tidur Bonde tanya dia dah ok ke Kanda kata lega... Alhamdulillah....:)

[STOK MINYAK YU YEE CAP LIMAU]

Untuk itu, lepas kejadian tersebut Bonde rasa, family Bonde  semua perlu ada setiap seorang Minyak Yu Yee Cap Limau, Bonde satu botol, Kanda satu botol dan Fatin satu botol dan extra satu botol Bonde letak dalam handbag untuk dibawa kemana-mana.  senang nak guna nanti dimasa kecemasan...

[ KANDUNGAN BAHAN DALAM MINYAK YU YEE CAP LIMAU ]

Linimen berwarna coklat berbau peppermint mengandungi : 

Peppermint oil..................36.0 % w/v
Clove Oil............................2.6 % w/v
Nutmug Oil........................0.6 % w/v 
Menthol..............................1.6 % w/v
Borneol...............................1.0 % w/v
Cortex Cinnamoni..............1.0 % w/v
Resina Calamus Draco......1.0 % w/v
Light Liquid Paraffin..........q.s 100%


Indikasi: 
Minyak ini melegakan sakit-sakit ringan pada otot-otot atau sendi serta melegakan simptom-simptom kembung perut juga selesema. 

Cara Pakai : 
Gosok di tempat yang sakit ketika diperlukan. 

Kesan Sampingan: 
Tidak boleh digunakan bagi orang yang berhiper sensitif terhadap bahan-bahan kandungan minyak di atas 

Amaran: 
Untuk kegunaan luar sahaja. Kesan sensitif mungkin berlaku. Jangan terkena mata. Jangan sapu atas luka atau kulit yang rosak. jangan sapu dalam lubang hidung bayi. Jika berterusan, sila dapatkan nasihat doktor. 

Cara Penyimpanan: 
Simpan dalam suhu bilik (25-30 darjah C) Jauhi dr kanak2. tempoh penggunaan 4 tahun dr tarikh pengeluaran.

Untuk kegunaan Bayi Bolehlah sapukan mengikut point-point berikut :



Foto Minyak Yu Yee Cap Limau.

[ MINYAK YU YEE DISAHKAN HALAL ]



Untuk pengetahuan anda Minyak Yu Yee Cap Limau telah di sahkan HALAL.  Dan ada Sijil Pengesahan yang telah dikeluarkan oleh JAKIM.

Foto Minyak Yu Yee Cap Limau.


[ MINYAK YU YEE  HALAL YANG DIPERCAYAI SEJAK TURUN TEMURUN ] 

Foto Minyak Yu Yee Cap Limau.
[ MANA NAK DAPATKAN MINYAK YU YEE CAP LIMAU ]

Minyak Yu Yee Cap Limau, boleh didapati di Pasaraya, Farmasi, Kedai Ubat dan juga di 7 Eleven .

Harga pun tak mahal.

Foto Minyak Yu Yee Cap Limau.

Info lanjut mengenai Minyak Yu Yee Cap Limau , 
boleh layari :
Weng Seng Heng Medical Hall Sdn. Bhd
221, Lebuh Pantai, George Town,
10300 George Town, Pulau Pinang, Malaysia


~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. ooo boleh mencuba - selalu minyak cap kapak jer

    BalasPadam
  2. Macam minyak cap kapak jugak eh

    http://www.fatindays.com/

    BalasPadam
  3. bagus minyak nie...
    memang selalu guna

    BalasPadam
  4. Anak aku dah 2 tahun guna minyak yu yee ni...mmg bagus..

    BalasPadam
  5. Minyak ni selalu gunakan untuk anak jer, tak tahu pulak orang dewasa pun boleh guna

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.