MEN'S WALLET DAN CARA MEMILIHNYA



Assalamualaikum dan Selamat Malam...

Hai Reader Semua...

Ada infomasi untuk anda .. yang ingin Bonde kongsikan!

Adakah anda mempunyai sambutan hari jadi atau ulangtahun perkahwinan tidak lama lagi? Atau anda saja-saja mahu belikan sesuatu untuk suami atau ayah kesayangan anda?

Tak perlu fikir terlalu lama,

 Anda boleh jadikan wallet yang amat mudah dibeli secara online sebagai pilihan hadiah utama tersebut. Wallet lelaki terdapat banyak jenis tetapi yang paling diminati ramai ialah pilihan jenis leather wallet  yang sangat bergaya.

Tahukah anda, terdapat banyak jenis kategori wallet? Jadi mari kita tengok jenis rekaan wallet lelaki hari ini.

MEN'S WALLET




Tri Fold


Apa maksud tri fold? Wallet lelaki jenis tri fold maksudnya lipat tiga. Ini jenis mens wallet yang ringkas dan kerap digunakan oleh golongan muda kerana mudah dibawa dan terdapat ruang simpanan yang memadai untuk wang kertas dan beberapa keping kad penting sahaja. Wallet jenis tri fold hanya mempunyai ruang zip kecil jadi kalau anda suka membawa duit syiling, mungkin perlukan wallet jenis lain.


Bi Fold


Okay bi fold pula maksudnya lipat dua. Sering kali anda akan melihat wallet jenis ini digunakan oleh majoriti lelaki sekarang ini. 

Kenapa ya? Kerana ia senang dipakai dan mempunyai ruang penyimpanan yang mencukupi. 

Kebanyakan wallet bi fold diperbuat daripada leather (kulit) kerana pereka fesyen mahu ia kekal seperti mana wallet bi fold dibuat pada zaman 50-an. 

Tak lupa juga, wallet ini selalu dipakai kerana senang muat dalam poket.


Checkbook Wallet


Ini merupakan wallet jenis panjang yang anda boleh lihat ramai lelaki usahawan atau yang suka bergaya gunakan. 

Secara tradisional, wallet ini digunakan untuk memuatkan buku cek tapi sekarang, wallet ini digunakan secara versatil terutamanya untuk mereka yang suka travel. 

Untuk para traveler, wallet ini boleh menyimpan tiket penerbangan, tiket pengakutan awam malah passport juga. Tapi secara umumnya, wallet checkbook sperti ini lazimnya boleh digunakan untuk bila dan apa sahaja.

Okay ini lah tiga top wallet lelaki yang ada. Mana satu pilihan anda?


 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. tq bonde, dah dapat idea bagi adiah utk En Eddie, bi fold ne macam simple masuk poket

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.