DIARI DIET V 2.0 BANTU MENDAPATKAN BERAT BADAN YANG DIIMPIKAN!
Bonde dapat info berkenaan Diari Diet ni, pada Disember 2016 Sepatutnya... Bonde harus menjadikan ianya azam 2017 dan bermula pada Januari 2017. Kene lupakan semua azam yang lepas yang hangat-hangat tahi ayam tu.
Bermula 1 Februari Bonde gunakan Diari Diet ini. catat apa sahaja mengikut rujukan dan panduan yang diberi oleh Doktor dan pantau sendiri..
'AWAK ADALAH, APA YANG AWAK MAKAN"
DIARI DIET V 2.0
AKU JANJI KE ATAS DIRI SENDIRI
ISI MAKLUMAT PERIBADI PENTING!
APA ITU DIARI DIET V 2.0 ?
Diari Diet v2.0 (DD v2.0) merupakan instrumen yang menggabungkan konsep “Planner harian + Buku + Personal Coaching” – kesemuanya 3 dalam 1.
Dengan DD v2.0, usaha anda untuk menurunkan, mengekalkan, atau menaikkan berat badan akan menjadi lebih teratur. Ia merupakan diari yang akan membimbing anda menguruskan “trafik kalori” anda satu persatu, dari A hingga Z, sehinggalah anda betul-betul faham akan konsep kalori dalam kehidupan seharian.
Secara asasnya DD v2.0 terbahagi kepada beberapa bahagian utama seperti berikut:
1 – Kelas Kalori – Perincian dari apa yang pernah saya tulis menerusi Kelas Kalori di blog. Ia juga disertakan dengan gambarajah dan contoh agar lebih mudah difahami. Maklumbalas pengguna DD v1.0 (2013) sebelum ini mendapati majoriti menyukai konsep ini dan mengaku mereka lebih mudah untuk memahami konsep kalori. Nota-nota juga telah ditambahbaik bersesuaian dengan maklumat terkini.
KESEIMBANGAN TENAGA MASUK DAN TENAGA YANG KELUAR
2 – Perancangan Menu – Aplikasi dari kelas kalori selain memberi anda idea bagaimana untuk merancang pembahagian kuota kalori harian dalam mencapai matlamat anda.
3 – Kalori Makanan dan Senaman – Senarai kalori makanan dan senaman yang telah dikemaskini (updated) ini dibekalkan kepada anda sebagai rujukan agar lebih mudah untuk anda mengetahui kalori dalam satu-satu makanan tempatan atau menerusi satu-satu aktiviti fizikal.
4 – Panduan Senaman – Panduan dalam merangka senaman khusus yang paling efektif tapi memberikan kesan yang optimum kepada matlamat kecergasan anda (i.e senaman membakar lemak, kesihatan jantung, dan lain-lain).
5 – Penilaian Kemajuan – Ramai menyangka kemajuan transformasi hanya diukur berdasarkan KG berat badan dan BMI sahaja. Ini sama sekali kurang tepat. Menerusi DD v2.0, sekurang-kurangnya 5 indikator kemajuan telah didedahkan. Barangkali selama ini KG anda tidak berubah, tetapi siapa tahu 4 indikator yang lain telah berubah secara positif?
6 – Panduan Diari Diet – Penerangan agar anda faham untuk menggunakan DD v2.0.
7 – Log untuk 6 bulan / 24 minggu – Ruangan “Log” untuk DD v2.0 tidak bersifat ‘fix’ untuk tarikh/tahun tertentu; bererti anda boleh mula menggunakannya bila-bila masa yang anda mahu, tidak semestinya pada “1 Januari”.
Selain itu, tempoh log juga telah dikurangkan dari 1 tahun (12 bulan) kepada 6 bulan atas beberapa faktor.
- Majoriti kajian klinikal menunjukkan kesan positif ke atas tubuh hasil dari perubahan gaya hidup (intervention) sudah berlaku seawal tempoh 12 minggu pertama (3 bulan).
- Pengalaman client – 6 bulan merupakan tempoh realistik untuk transformasi tubuh badan berlaku.
- Untuk mengelakkan DD v2.0 menjadi terlalu tebal / berat.
Sekiranya anda memerlukan penggunaan selama satu tahun, anda boleh mendapatkan 2 unit DD v2.0 secara terus (akan ada diskaun). Konsep log selama 6 bulan ini pada pandangan saya lebih fleksibel kerana secara tak langsung ia memberikan pilihan kepada pengguna untuk memilih tempoh penggunaan yang mereka inginkan, sesuai dengan matlamat masing-masing.
8 – Tips Mingguan – Tips mingguan turut dibekalkan agar anda kekal motivasi setiap minggu.
9 – Nota Nutrien – Nota untuk anda memahami konsep nutrisi seimbang pada kesihatan tubuh badan turut dilampirkan dalam DD v2.0.
10 – Lebih Interaksi! – Anda akan ditemani maskot kotak susu En. SS bersama rakan-rakan beliau sepanjang tempoh anda menggunakan DD v2.0. Dengan adanya En. SS yang comel ini, anda pasti tidak akan bosan dalam melalui perjalanan transformasi untuk menjadi kurus, sado, atau untuk menjadi lebih sihat!
Pada yang berminat untuk mendapatkan :
Diari Diet v2.0 (teks oleh Susu Sejat, Ilustrasi oleh Conteng Conteng)
Harga : RM32
Kos Pos Laju: bermula dari RM8 (bergantung pada lokasi dan berat bungkusan)
Ukuran A5, 242 mukasurat (Berwarna + Greyscale) Spiral binding dan 1x Penanda Buku (free gift)
info : Website www.sususejat.com
Bonde suka sangat dengan adanya Diari Diet ini... Moga dapat membantu Bonde untuk mengurangkan berat badan dan mendapatkan kesihatan yang baik. InsyaAllah ....
11 kg kene hilang? bukan mudah? tapi Bonde harus usaha dan usaha!
Doakan Bonde BERJAYA! Istikomah InsyaAllah, Aamiin.
5 Ulasan
comelnyaaa diari diet tuu. hehe
BalasPadamDoakan Bonde Sukses yea...
Padamdan jgn lupa dapatkan Diari Diet tu...
bgslah ada buku cmni.lbh smgt
BalasPadamMemang bagus buku ni... tapi baru sekarang jumpa!
Padambagus ni rasa nak cuba gak lah
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.