Assalamualaikum Dan Selamat malam...
Hai Reader Semua....
Selamat Malam...
Baiklah petang ni Bonde nak share cerita kucing, Siapa 'cat lover' terus baca entri nih yea... haaaa mesti tak sabar dan teruja nak tahu cerita pasal cat's kan!
Sesungguhnya Bonde pon memang teruja nak datang Cat Signature Cafe & Studio bila dapat tahu lokasi hanya di Bangi.
Hati bagai meronta-ronta nak pergi... tapi memandangkan masa sangat mencemburui dan ada banyak komitmen membuatkan Bonde tak dapat ke sana. Hari ke hari .... nyanyi lagu menghitung hari sampai lebam.
Satu hari tanpa dirancang... hati yang meronta dapat juga dileraikan dengan terjahan ke Cat Signature Cafe & Studio terletak di Seksyen 8, Bangi. Bonde pergi bersama Kanda, Fatin dan Farhana...
Cat Signature Cafe & Studio Bangi, baru mula beroperasi 15 Januari 2017.
BUKU PENERBITAN KARYA SENI DAN PENULISAN2U
Kalau anda masuk sahaja depan pintu anda sudah nampak deretan novel terkini tersusun dekat almari keluaran Penerbitan Karya Seni Dan Penulisan2U ada dijual. Kalau nak tahu, Cat Signature Cafe & Studio adalah milik isteri kepada Ceo Penerbitan Karya Seni Dan Penulisan2U.
Kalau nak beli novel keluaran terkini boleh juga dapatkan disini.
Sebelum anda naik tangga untuk melihat 'cat's' , Sila bayar 'Studio fees' atau bayaran masuk terlebih dahulu di kaunter bayaran.
1 sesi selama 45 minit
Dewasa - RM 10.00
Kanak-kanak (bawah 12 tahun) - RM 7.00
Setelah buat bayaran baru boleh naik ke atas..... Main-main dengan kucing.
Pic Wall depan pintu masuk... menarik sekali...
(kredit pic google)
ADA PELBAGAI JENIS KUCING DI STUDIO CATSIGNATURE :
Antaranya ialah :
☆ SCOTTISH FOLD
☆ BRITISH SHORTHAIR
☆ RAGDOLL
☆ BENGAL
☆ CORNISH REX
☆ SPINYX
☆ MAINECOON
☆ ABYSINIAN
☆ MUNCHKIN
☆ PERSIAN
☆ EXOTIC
☆ SELKIRK REX
☆ ORIENTAL
☆ AMERICAN CURL
☆ DLH
Pertama sekali Bonde cari ialah... Mainecoon yang paling besar warna putih ni... arghhh menyorok pula dia...
Mainecoon ni yang paling Besar... dan beratnya sudah melebihi 11 kilogram. Wahhhh beratkan! memang besar sangat ... selalu Bonde tengok Cat's besar-besar macam ni, dekat Instagram dan FB sahaja. Ni dapat tengok depan mata.. tak tahu nak cakap macam mana dia punya teruja...
Rasa nak dukung jer cat's ni... tapi cat's ni macam tak suka dipegang... just main-main bulu dia, belai-belai tak berani nak angkat...
Chakkk, Chak.. Chak...! pandai pula tengok camera...
Ok Cat's dah turun dia nak makan rupanya...
Bagi dia makan jangan kacau cat's yea....
Ok dah kenyang....
Lepas makan baru Boleh main-main balik... yea....
CORNISH REX CAT
Bonde difahamkan Exotic Cat's ini berumur 4 bulan... exotic Cat's tiada bulu... dan sepanjang Bonde di Studio ni dia asyik tidur sahaja!... suka tengok tapi geli nak pegang!
Mainecoon yang Bonde pegang ni... sangat friendly dan sangat manja... gayanya suka dibelai.
Fatin pon nak pegang dan main juga ... haaa sampai terlentuk tu... dia nak tidur!
Aloooo-alooooohhhh manjanye
MAINECOON KE DUA TERBESAR...
Yang ni dah kekenyangan agaknya.... asyik tidur sahaja... dikacau pon cat's ni tak nak bangun... kan main syok dia tidur. (geram tau tengok cat's ni tidur... )
EXOTIC CAT'S
Exotic Cat's muka agak garang... jenis ini memang tak suka dipegang!
Cat's ni sedang bunting...
Cat's yang Bonde pegang ni umurnya baru 4 bulan... sangat manja rasa nak bawa balik hu hu hu
Comel sangat... baik jer cat's ni... semua pelawat rasa nak bergambar dengan dia femes tu.
BRITISH SHORTHAIR
Cat's yang ini memang... sangat friendly dan suka main! Kalau diacah dengan mainan cepat jer dia nak tangkap...
Suka ambik pic dia sebab pandai pose depan camera!... ishhh geramnye...
Nampak tak? bertapa cat's ni suka pose pandang camera he he he
fatin dok acah-cah main... suka betul cat's nak main sama... terhibur kami dengan pelawat yang lain...
DECORATION TEMPAT MAINAN KUCING
Pandai dia tidur di tempat yang tinggi.... tak nak pelawat lain ganggu... syoknye tidur dekat atas tu
Radio lama ni... masih berfungsi... sambil santai-santai main cat's boleh dengar lagu...
EXOTIC CAT'S
Sama Cat's Bonde yang warna hitam dekat rumah tu... kalau ambik pic dia memang tak nampak apa susah nak snap pic dia...
MAJALAH MEOW...
Semua majalah yang Bonde tengok rasanya anda menunjukkan kejayaan yang pernah diraih oleh Cat's di Cat Signature Cafe & Studio ni...
Sambil-sambil santai Boleh juga baca Majalah Meow dekat studio ni... Tu Kanda tekum membaca Majalah...
Owner Cat Signature Cafe & Studio dalam majalah...
Yeayyy dapat pegang Cat's, ni dia dah bangun.... dari tadi asyik tidur sahaja...
(pic dari FB CatSignature cafe & studio)
ANUGERAH-ANUGERAH YANG DIPEROLEHI
Banyak terdapat anugerah-anugerah pertandingan cat's dipamerkan sepanjang anda melangkah turun anda dapat melihatnya.
Bonde sempat ambil sebahagian darinya...
RUANG CAFE DITINGKAT BAWAH
Chocolate Ice RM 7.90
Beef Thai Noodle RM 7.90
Menu yang sempat Bonde try adalah Beef Thai Noodle dan Chocolate Ice... Harga sangat berpatutan. Rasa pula sedap kena dengan citarasa Bonde. Next nak repeat datang makan-makan sebab ada banyak menu lain yang sedap-sedap...
Antaranya:
MENU SPECIAL
☆ BEEF THAI NOODLE☆ CHICKEN THAI NOODLE
☆ SEAFOOD THAI NOODLE
ANTARA MENU LAIN YANG PERLU TRY
♢ SELKIRK REX EGG (TELUR DADAR SPECIAL)♢ TOMYAM
♢ NASI + TOMYAM + SELKIRK REX EGG
♢ NASI + TOMYAM + IKAN KERISI GORENG PANAS2
SPECIALITY
● COCONUT ICE CREAM● THAI MILK TEA ICE CREAM
(resepi aiskrim dr catsignature)
Untuk Info Lanjut Boleh Terjah FB :
YANG BERALAMAT DI :
No. 8 Jalan 8/36, Seksyen 8,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
WAKTU BEROPERASI :
11PAGI - 11MLM
SABTU - KHAMIS
( JUMAAT TUTUP )
Review Bonde :
Cat's Signature Cafe & Studio ni memang sesuai dihadiri oleh mereka yang memang pencinta kucing... Ada banyak Cat's disini untuk anda bercakap, bermanja dan bermain. Kalau stress main dengan kucing boleh hilang stress kerana ianya satu terapi. Cat's ada banyak, tempat bersih... Boleh duduk dengan selesa bermain dengan Cat's.
Terdapat kedai cenderamata untuk anda beli.. sebagai hadiah semua berbentuk Cat's...
Lepas puas main dengan Cat's dekat studio... anda bolehlah menikmati makanan citarasa Thai di tingkat bawah.
Jemput Datang Yea.....
3 Ulasan
Bondeeee ooo Bondeee.. Lea singgah umah bonde ni.. Hehe..
BalasPadamWooo menariknye tempat ni.. Byk gile kucing cantik.. Siap ada makan2 agik tu.. Tu yg best tu..
Wah, jinaknya. Debab-debab lagi tu.
BalasPadam-Diari Mommy Muhaimin-
Gream nyer tengok kucing kucing nih.. Gebu gebas semua.. nanti nak pergi la..
BalasPadamDone follow =)
[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.