Assalamualaikum Dan Selamat Petang...
Entri ini adalah sambungan dari Entri Family Day KBBA9 semalam. Kalau anda ada yang ketinggalan entri tu... nak repeat baca klik saja sini.
Pagi itu seawal 7.30 pagi kami satu family telah bersiap untuk turun ke Dewan makan, Dewan yang sama kami makan malam malam tadi iaitu Dewan Bunga Raya.
Tak sabar pagi ni nak memperagakan Tshirt 'Family Day' yang kami dapat malam tadi, sedondon gitu...
T-shirt 'Family Day' kami yang smart dan cantik telah diprint oleh AJcetak. Memang puas hati dan kain berkualiti.. tak panas dan serap peluh!
KLIK : AJcetak Ent untuk info.
T-shirt 'Family Day' kami yang smart dan cantik telah diprint oleh AJcetak. Memang puas hati dan kain berkualiti.. tak panas dan serap peluh!
KLIK : AJcetak Ent untuk info.
SARAPAN DEWAN BUNGA RAYA JAM 8.00 PAGI
Setelah siap kami punturun ke Dewan untuk bersarapan... Sarapan pagi ini ialah nasi lemak... terima kasih De Rhu Beach Resort menyediakan sarapan pagi ini... barulah bertenaga nak bersukan lepas ni...
Bismillahirahmanirahim...
ACARA SUKANEKA 9.00 PAGI
Dekat De Rhu Beach Resort ni.. Memang ada disediakan tempat/padang urntuk acara sukaneka dan ianta lengkap dengan peralatan dan crew sekali. Sebab tu Bonde suka kemudahan yang disediakan di De Rhu Beach Resort ni semua ada tak payah pening kepala nak bawak peralatan bagai.. (semua ada dalam pakej cuma tinggal pilih sahaja)ACARA KANAK-KANAK :
-Cari Gula-gula
-Musical Chair
-Cari Guli
-Bawa bola ping-pong dalam sudu
ACARA DEWASA :
-Bowling Kelapa
-Kukur Kelapa
-Dadu Gergasi
-Kelereng
-Terompah Gergasi
SESI BERGAMBAR FAMILY DAYS KBBA9:
SESI BERGAMBAR BLOGGER KBBA9:
SESI BERGAMBAR FAMILY BONDE:
Selepas sesi bergambar aktiviti seterusnya mandi kolam dan lebih kurang jam 12.00 tengahari semua blogger dan family bersiap-siap untuk makan tengahari dan bergerak pulang ke destinasi masing-masing.
Tahniah dan Syabas kepada semua yang terlibat menjayakan Family Days KBBA9 kali ini, memang meriah dan seronok sekali, terima kasih KBBA9 memberi peluang Bonde dan Family turut serta kenangan terindah yang sukar dilupakan...
Lepas ni.... nak datang lagi De Rhu Beach Resort!
Info lanjut:
Website: De Rhu Beach Resort
Facebook: De Rhu Beach Resort, Kuantan
Instagram : De Rhu Beach Resort
LKPP De Rhu Beach Resort
152, Sungai Karang, Beserah
26100 Kuantan
Pahang Darul Makmur, Malaysia.
Tel: +609 5579 000/
Fax: +609 5579 002
e-Mail: drbr@derhu.com.my
1 Ulasan
Sukaneka best! Meriah masing masing dah mcm bdk bdk je hehehe
BalasPadam[PENAFIAN]
Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.
~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
Terima kasih.